Now Reading
10 Airbnb Kota Kinabalu yang Menarik Untuk Menginap

10 Airbnb Kota Kinabalu yang Menarik Untuk Menginap

airbnb kota kinabalu

Kota Kinabalu berfungsi sebagai Pusat Bandar Sabah yang juga terkenal dikalangan pengunjung yang mencari keindahan alam semulajadi di Borneo Malaysia. Resort dan hotel yang di sepanjang waterfront Kota Kinabalu, tersergam indah dengan kemudahan lengkap dengan padang golf, banyak tempat makan dan minum. Oleh itu airbnb Kota Kinabalu juga dapat menarik pelancong semasa di sana.

Kota Kinabalu bermula hanya sebagai kampung nelayan yang dikenali sebagai Api-Api,setelah dibangunkan di tukar nama ke Jesselton di tahun 1899 pada zaman penjajahan. Sederet dengan waterfront, anda berpeluang untuk menikmati budaya penduduk setempat dengan melawati pasar tamu , menaiki perahu dan juga menjamu selera di gerai-gerai sekitar waterfront.

Tentang Pusat Bandar Kota Kinabalu

Jarak perjalanan dari K.K.I.A ke pusat bandar sekitar 8km dan 10 minit bergantung dengan kesibukkan trafik jalan. Untuk menikmati prmandangan seluruh pusat bandar dengan berjalan kaki hanya memerlukan 45 minit atau 2 jam sekiranya jalan santai-santai sambil memerhatikan kehidupan penduduk setempat.

Terdapat banyak gerai-gerai, kedai kopi dan restaurant makanan laut yang yang murah-murah sekitar 1.6km persisiran pantai pusat bandar. Aktiviti membeli belah juga tidak kurang hebatnya, bermula dengan pasar tamu terbuka anda boleh juga ke shopping mall yang sejuk seperti IMAGO dan Suria Sabah, yang menyediakan keperluan membeli produk local, buah tangan dan produk jenama import.

Secara ringkasnya, Sabah sesuai di lawati disepanjang tahun kerana banyak aktiviti dan pemandangan yang dapat di nikmati di setiap bulan yang berlainan.  Disebabkan perubahan iklim yang ketara membuatkan musim nya berubah secara rawak, musim kering pada musim hujan, musim hujan di musim panas. Itu yang membuatkan kehidupan di Sabah semakin ceria kerana pengembaraan tanpa rintangan hanyalah kehidupan yang membosankan.

10 AIRBNB KOTA KINABALU

1. The loft Imago ( Harga bermula USD 31)

Dilengkapi 2 bilik tidur dan 8 katil, membuatkan apartment ini cukup besar untuk penginap berkumpulan dan sekeluarga. Terletak hanya 15 min daripada K.K.I.A . Kemudahan tersedia seperti WIFI, TV berancangan dan kelengkapan perkakas dapur. Waktu check-in sekitar jam 3pm ke 2am,

2. CJ Residence 2@city centre ( Harga bermula USD 20)

Harga berpatutan dengan bilik tidur yang selesa dan lokasi yang stratergik , berada di tengah-tengah pusat bandar watefront yang dikelilingi dengan restaurant, pasar dan tempat pelancongan. Dilengkapi dengan kemudahan penghawa dinigin, dapat melihat pemandangan seluruh bandar dari bilik, mesin basuh, ruangan kerja dan khidmat WIFI. Peringatan, bilik nya berada di tingkat 2 dan tiada kemudahan Lift, harus guna tangga.

3. Imago Loft A Studio Unit @ C&R

Kondominium terletak ditingkat 1 yang memberikan suasana selesa seperti dirumah sendiri dengan luas kawasan yang cukup besar untuk 4 tetamu, kelengkapan perkakas dapur, Smart TV, ruang tamu dan penghawa dingin. Pencahayaan yang bagus dengan saiz jendela yang besar untuk menyaksikan kesibukkan kota dari pandangan atas atau dari balkoni. Imago shopping mall terletak di bangunan yang sama. Terdapat banyak pilihan tempat makan, tempat letak kereta percuma, kolam renang umum dan Gym.

4. Faloe Hostel – Asrama 8 katil

Apartment yang reka bentuk nya agak moden dapat menampung sehingga 8 orang. Sepanjang penginapan, sarapan pagi akan disediakan, kelengkapan WIFI dan Komputer. Konsepkan bilik asrama membuatkan penginap berpeluang untuk berkenalan dengan kawan baru yang menginap disitu juga. Lokasi yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang dan tempat-tempat pelancongan.

5. AR #3 Cozy Studio Room

Rumah tumpangan yang masih baru ini sesuai untuk kumpulan atau keluarga kecil seramai 4 orang. Terletak 10 minit daripada K.K.I.A dan 5 minit ke pusat bandar. Setiap bilik disediakan bilik mandi, ruang rehat persendirian, wifi dan penghawa dingin. Waktu check-in pada 3pm

6. AR #2 : Cozy Studio

Bilik yang baru habis direnovasi ini dapat menampung 4 orang dan dijamin selesa. Terletak di lokasi yang berdekatan dengan tempat pelancongan ini dilengkapi dengan WIFI, Air conditioning dan ketuhar. Untuk pelancong luar dikenakan tambahan kadar khidmat RM10 semalam. Waktu Check-in selepas jam 3pm 

7. Queen Room

Berkeluasan besar dan disajikan sarapan pagi untuk penginap. Sesuai untuk pengembara solo ataupun berdua kerana bilik yang tersedia mempunya katil queen-size berhawa dingin. Terdapat jendela kecil untuk menerangi bilik , untuk hiburan terdapat ruangan umum belakang dimana semua penginap boleh kongsi bermain Pool dan Dart bersama, untuk yang suka akan sukan lasak, terdapat Calisthenic Gym dan Rock Climbing Wall, khidmat wifi dan TV. Klau nak masak, Queen room juga menyediakan dapur dengan perkakas untuk kegunaan bersama. Waktu checkin selepas jam 3pm.

8. WOWSpace @ Riverson 4.0

Apartment 1 bilik ini sangatlah mewah kelengkapannya, sesuai untuk yang hanya mahukan tempat untuk beristirehat yang menyediakan katil , sofa, wifi dan perkakas dapur yang asas. Yang paling mewah, penginap dapat menikmati istirehat dengan menggunakan kolam renang berlampu,  jaccuzi dan nak bersenam juga ada Gym dengan khidmat 5 bintang. Waktu check-in selepas jam 3pm

9. Soho #1

Reka bentuk perabot untuk keselesaan dan bilik persendirian. Antara yang AIRBNB yang terbaik di Kota Kinabalu, sesuai untuk pengembara solo ataupun berdua. Dilengkapi dengan kolam renang, dapur perkakas asas memasak dan gym. Hanya perlu 15 minit ke K.K.I.A. Untuk menginap disini, harus menyewa untuk 2 malam minimum. Waktu check-in selepas jam 3pm.

10. Wowspace @Riverson 3.0

Terletak dipertengahan pusat bandar bersebelahan dengan IMAGO dan KK TIMES SQUARE, kediaman ini dapat menampung 3 orang sahaja. Tetapi studio ini sememangnya direka untuk memberikan suasana yang eksklusif dan selesa. Dilengkapi dengan WIFI Fiber Optik, kolam renang, jacuzzi dan gym untuk penginap. Minimum 2 malam untuk disewa. Waktu Check-in selepas jam 3pm.

Jadi selepas habis PKP ni nanti bolehlah anda bersiap sedia untuk pergi ke Sabah. Penginapan pun kami dah sediakan untuk anda. Bolehlah merancang dengan keluarga anda. Bagi yang masih single selain bercuti dengan ibu bapa dan adik beradik anda, anda juga boleh merancang percutian ke Sabah dengan kawan-kawan anda.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua!

sumber:

https://www.amazingborneo.com/sabah/tours/kota-kinabalu-city

https://trip101.com/article/top-airbnbs-in-kota-kinabalu-malaysia

error: Content is protected !!