Now Reading
10 Bahan Berbahaya Dalam Produk Kecantikan

10 Bahan Berbahaya Dalam Produk Kecantikan

10 Bahan Berbahaya Dalam Produk Kecantikan
https://coconutsandkettlebells.com/10-harmful-ingredients-makeup-skincare-products/

Kulit adalah organ badan manusia yang terbesar dan juga salah satu organ terpenting pada badan kita. Ia melakukan beberapa fungsi penting termasuk melindungi organ penting, tulang, otot, ligamen dan saraf yang lain. Jadi, tentunya bahagian kulit kita perlu dijaga dengan baik termasuklah sebarang produk yang digunakan padanya.

Terdapat beberapa bahan yang boleh membahayakan kulit dan menyebabkan kesan sampingan yang mungkin meninggalkan parut atau tidak sembuh dalam jangka masa panjang. Ianya adalah sangat penting untuk membaca senarai bahan dengan teliti semasa anda membeli sesuatu produk kecantikan ataupun produk kulit. Produk tersebut juga harus dibuat dengan bahan organik tulen dan tidak mengandungi racun yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

Sekarang, mari kita lihat beberapa bahan yang harus dielakkan dalam produk kecantikan di pasaran.

1. Parabens

Parabens adalah bahan pengawet yang terdapat dalam semua perkara, seperti sabun, losyen serta alat solek. Sekiranya terdapat air di dalam produk itu, ia mungkin mempunyai kandungan parabens untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Malah, parabens dikenali sebagai pengganggu endokrin, yang bermaksud ia meniru estrogen di dalam badan dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, dan mungkin juga kanser payudara. Sebagai contoh, satu kajian baru-baru ini telah mendapati parabens, khususnya jenis methylparaben, pada tumor payudara manusia.

2. Wangian (Fragrance)

Hampir setiap produk penjagaan kulit dan kosmetik konvensional (bahkan yang “tidak wangi”) mengandungi wangian buatan. Memandangkan pengeluarnya tidak perlu mendedahkan bahan yang terdapat dalam wangian tersebut, anda hanya akan melihat bahan ini sebagai ‘Fragrance’ atau ‘Parfum’ dalam senarai bahan. Tetapi, ia sebenarnya boleh menjadi bahan berkarsinogen, alergen, pengganggu endokrin dan perengsa. Di samping itu, wangian boleh mengandungi pengganggu hormon dan merupakan antara 5 alergen utama di dunia. Oleh itu, beli produk bebas wangian atau produk dengan minyak pati yang bermanfaat untuk kesihatan jika boleh.

3. Sodium lauryl sulfate dan Sodium laureth sulfate

SLS / SLES adalah agen pembuih yang digunakan dalam kebanyakan produk penjagaan diri, termasuklah penjagaan kulit dan kosmetik, syampu dan ubat gigi. Bahan ini dikatakan boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan mencetuskan alahan yang berbeza. Selain itu, sebatian kimia yang dikenali sebagai ‘nitrosamines’ adalah produk sampingan biasa daripada proses ‘sulphatian’. 90% daripada ‘nitrosamines’ ini dipercayai bersifat karsinogenik.

4. Phthalates

Kumpulan bahan kimia phthalates digunakan untuk melembutkan dan meningkatkan kelenturan plastik dalam produk kosmetik. Ini membantu produk untuk melekat dan bertahan pada kulit kita. Selain itu, phthalates digunakan dalam produk kosmetik terutamanya dalam pewangi, dan juga boleh didapati dalam produk penjagaan diri lain, seperti semburan rambut dan pewarna kuku. Ia boleh menjadi sangat berbahaya bagi kanak-kanak, dan ianya adalah kaedah terbaik untuk mengelakkannya kerana ia boleh menjadi pengganggu endokrin yang serius dan bahkan dapat menyebabkan kecacatan semasa lahir.

5. Polyethylene Glycol (PEG)

Polyethylene glycol (PEG) digunakan dalam banyak jenis produk kosmetik sebagai pemekat, terutama pada losyen, syampu dan pelindung matahari. PEG biasanya tercemar dengan ethylene oxide (bahan karsinogen yang diketahui) dan 1,4-Dioxane yang boleh menyebabkan masalah pernafasan. Ini adalah bahan yang dapat mengubah dan mengurangkan faktor kelembapan semula jadi kulit. Ia menyesuaikan titik lebur dan menebalkan sesuatu produk itu.

6. BHT

Ini adalah antioksidan sintetik yang digunakan untuk memanjangkan jangka hayat dan berkemungkinan adalah bahan karsinogen dan pengganggu hormon yang boleh menyebabkan kerosakan hati. Hati adalah bentuk detoksifikasi utama badan jadi sekiranya itu tidak berfungsi sebaik mungkin, organ-organ lain mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik juga. Biasanya, bahan ini paling banyak dijumpai dalam lipstik, pelembap dan produk kosmetik lain.

7. Lead

Lead adalah logam berat dan merupakan neurotoksin. Ia boleh menyebabkan masalah tingkah laku dan pembelajaran yang serius, seperti penurunan IQ. Walaupun bahan ini sudah dikeluarkan daripada bahan seperti cat dan petrol, ia masih terdapat dalam produk yang kita pakai pada kulit walaupun dalam kadar yang sedikit. Sekiranya anda memakai lipstik atau pelembap bibir, sebahagiannya akan hilang apabila anda mengelap mulut, tetapi kebanyakan daripadanya akan diserap dan ditelan. Justeru itu, bagi mereka yang suka menggunakan Vaseline sebagai pelembap bibir, anda mungkin ingin mengelakkan produk ini kerana ia mengandungi bahan ini.

8. Formaldehyde

Formaldehyde digunakan sebagai pengawet dalam kosmetik. Ini adalah bahan karsinogen yang terkenal dan juga dikaitkan dengan masalah lain seperti asma, neurotoxicity dan keracunan perkembangan. Ia boleh didapati dalam bahan pengawet seperti quaternium-15, DMDM ​​hydantoin dan imidazolidinyl urea.

9. Minyak mineral (mineral oil)

Produk sampingan petroleum yang melapisi kulit seperti plastik boleh menyumbatkan liang-liang kulit kita. Ini adalah sangat berbahaya kerana ia mengganggu keupayaan kulit untuk menghilangkan toksin, justeru meningkatkan kemungkinan berlakunya jerawat dan gangguan lain. Minyak ini selalu ditemui dalam produk seperti losyen untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.

10. Oxybenzone

Oxybenzone adalah salah satu bahan kimia berisiko tinggi yang terdapat dalam pelindung matahari. Ia bertindak seperti estrogen di dalam badan, mengubah pengeluaran sperma pada haiwan dan dikaitkan dengan masalah endometriosis pada wanita. Kajian mengenai sel dan haiwan makmal pula menunjukkan bahawa oxybenzone dan metabolitnya boleh mengganggu sistem hormon. Malah, ia juga mempunyai kadar alergi kulit yang tinggi.

SUMBER

https://odacite.com/blogs/tohealthandbeauty/the-dirty-dozen-top-12-ingredients-to-avoid-in-your-skincare

12 Ingredients to Avoid in Makeup + Skincare Products

8 Toxic Skincare Ingredients to Avoid (& Why)

error: Content is protected !!