Now Reading
Kebersihan Diri: 10 Cara Perbaiki Penampilan

Kebersihan Diri: 10 Cara Perbaiki Penampilan

kebersihan diri

Menguruskan kebersihan diri adalah penting yang tidak hanya pada penampilan dan bau anda pada setiap hari, tetapi juga penting untuk menghalang penyakit berjangkit daripada berlaku dan tersebar.

Mengambil langkah berjaga – jaga boleh membantu anda mengelak daripada sakit dan menyebarkan penyakit kepada mereka yang berada di sekeliling anda.

Mari kita lihat cara menjaga kebersihan diri untuk meningkatkan penampilan anda keseluruhannya dan mengelak daripada penyakit.

Kebersihan Diri Dengan Mandi

Ini adalah cara terbaik untuk membuang segala kekotoran, peluh dan kuman yang terkumpul pada badan anda setiap hari dan menghalang daripada penyakit yang berkaitan dengan kebersihan. Selain itu, mandi setiap hari membantu anda untuk berasa, kelihatan dan berbau segar sepanjang hari.


Protex Shower Gel Propolis 900ml

RM 19.90

Maklumat produk Protex Propolis Antibacterial Gel Gel 900ml * Berkesan membersihkan & membantu mengeluarkan bakteria dari kulit anda * Ahli Dermatologi Diuji * Menghilangkan 99.9% bakteria * Kesegaran tahan lama *

Gunakan loofah, span atau tuala tangan untuk mengosok badan anda dengan lembut, menanggalkan kulit mati dan kekotoran. Sentiasa ingat untuk menggantinya dengan kerap kerana ia dengan mudah boleh membiakkan bakteria.

Jika anda tidak mahu membasuh rambut anda setiap hari, laburkan duit anda untuk membeli penutup kepala dan membasuh keseluruhan badan anda dengan sabun dan air.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk mandi, gunakan tuala tangan untuk membersihkan muka, ketiak dan alat sulit anda di akhir hari anda.

Kebersihan Diri Dengan Mencuci Muka

Ingatlah bahawa kulit wajah anda adalah lebih sensitif daripada bahagian badan yang lain. Anda boleh membasuh wajah anda dengan pencuci muka ketika mandi atau membasuh wajah anda berasingan di sinki.

Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ia boleh membuatkan kulit anda iritasi dan mengelupas. Ambil tahu tentang jenis kulit anda bagi memudahkan anda memilih pencuci muka yang bersesuaian.

Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering, elakkan daripada mengambil produk yang mengandungi kandungan alkohol yang tinggi kerana ia boleh membuatkan kulit anda bertambah kering.  

Jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, pilih produk hipoalergik yang mengandungi bahan kimia yang kurang kasar. Jika anda memakai solekan dengan kerap, cari pencuci muka yang khusus untuk menanggalkan solekan anda.

Atau, anda boleh membeli penanggal solekan yang berasingan dan membuang ke semua solekan anda sebelum membasuh wajah anda.

Mengosok gigi pada setiap pagi dan malam

Mengosok gigi dengan kerap serta flos membantu mengelakkan penyakit gusi, di mana berkait dengan penyakit lain pada badan seperti penyakit jantung, strok dan diabetes.


Sensodyne Multicare Toothbrush Soft Buy 2 FREE 1

RM 13.50

Berus gigi lembut berkualiti tinggi oleh Sensodyne; Ini adalah reka bentuk yang baru diperbaiki yang disebut Multicare. Ia adalah pengganti berus gigi presisi yang disebut sebelumnya; Berus gigi multicare dengan bulu sutera yang sama untuk pembersihan lembut, dengan ukuran yang sama. Bahan pegangan tidak lagi telus tetapi putih / hijau, reka bentuk lain sama. Reka bentuk kepala berbentuk kubah untuk dijangkau dan pembersihan berkesan

Ia sangat penting untuk mengosok gigi anda selepas makan manisan, gula atau makanan berasid yang menyebabkan gigi anda terhakis. Flos gigi anda setiap hari bagi mengelakkan penyakit gusi, radang gusi (gingivitis).


Oral-B Essential Waxed Dental Floss 50m

RM 10.94

Oral B Essential Waxed Dental Floss adalah rawatan penjagaan mulut yang lengkap untuk melindungi gigi dan gusi daripada reput. Benang gigi berlilin adalah formula berkesan membersihkan plak dan bakteria dengan mudah dari ruang interdental. Penjagaan mulut berperisa pudina adalah lapisan lilin ringan yang mudah meluncur di antara garis gigi dan gusi. Kandungannya membersihkan sehingga sukar untuk mendapatkan plak dan membebaskan gigi dan gusi dari sebarang risiko reput.

Untuk memastikan kebersihan diri pada bahagian gusi, bawa selalu berus gigi yang boleh dibawa ke mana sahaja dan ubat gigi bagi memudahkan anda mengosok gigi di antara waktu makan.

Kebersihan Diri Dengan Memakai Deodorant

Anti perspirant membantu mengawal peluh berlebihan manakala deodorant mengelakkan bau badan yang tidak disenangi yang disebabkan oleh peluh.

Pilih deodorant yang semula jadi dan tanpa aluminium untuk mengurangkan sebarang kemungkinan risiko kesihatan yang disebabkan oleh deodorant biasa.

Jika anda memilih untuk tidak memakai deodorant pada setiap hari, pertimbangkan untuk memakainya pada hari di mana anda akan berpeluh dengan banyak atau pada majlis istimewa. Aplikasikan deodorant anda sebelum bermain sukan, pergi ke gim atau menghadiri majlis formal.

Jika anda tidak memakai deodorant, basuh bawah lengan anda dengan sabun dan air sepanjang hari untuk membuang sebarang bau badan.

Membasuh pakaian selepas memakainya

 Secara umumnya, baju sepatutnya dibasuh selepas setiap kali penggunaan, manakala seluar panjang dan seluar pendek boleh dipakai beberapa kali sebelum dibasuh.

Gunakan pertimbangan terbaik anda untuk menentukan seberapa kerap anda membasuh pakaian ada. Buang segala kekotoran pada pakaian anda sebelum memakainya jika anda ingin memakainya lagi.

Gosok segala kedutan dan gunakan penggelek habuk untuk membuang segala habuk dan rambut yang tidak diingini daripada pakaian.

Kebersihan Diri Dengan Membasuh Tangan

Kebersihan diri yang paling asas adalah membasuh tangan. Tangan anda yang anda fikir bersih itu boleh menjadi medium bakteria tersebar hanya disebabkan anda tidak membasuh tangan dengan betul.

Basuh tangan anda sebelum menyediakan atau makan makanan, selepas pergi ke bilik air, selepas batuk atau bersin dan selepas menguruskan sampah, bagi mengelakkan diri daripada menyebarkan virus dan bakteria.

Pastikan produk kebersihan seperti gel sanitizer berasaskan alkohol sentiasa ada apabila sabun dan air tiada.


Dettol Instant Hand Sanitizer 50ml

RM 41.82

Dettol Instant Hand Santiser melindungi dari sehingga 100 kuman penyebab penyakit. Tanpa sabun atau air, ini adalah penyelesaian kebersihan yang baik untuk ibu dan keluarga yang memerlukan perlindungan semasa dalam perjalanan, sambil meninggalkan tangan anda merasa segar & tidak melekit.

Keringkan kaki anda

Anda sepatutnya tahu yang anda perlu basuh kaki, tetapi jika anda baru tahu sekarang lebih baik anda lakukannya dengan segera. Ia kerana kaki anda juga boleh berbau busuk!

Tapi tahukah anda apa lagi yang penting selain membasuhnya? Mengeringnya dengan betul dan memastikannya kering sepanjang hari.

Tijaun pada tahun 2012 oleh Institute of Preventative Foot Health menemukan bahawa 20% individu mempunyai athlete foot iaitu keadaan yang menyebabkan kaki pecah dan gatal.

Kulat yang menyebabkan athlete foot membiak dalam keadaan lembap. Jadi, selain memastikan kaki anda bersih memastikannya kekal kering adalah cara terbaik untuk memastikan kaki anda dalam keadaan yang baik.

Keringkan kaki anda dengan baik selepas membasuhnya, tukar stoking basah anda secepat mungkin dan tidak perlu memakai stoking basah jika tiada penggantinya.

Tukar cadar anda dengan lebih kerap

Kebanyakan orang tidak terfikir untuk memakai pakaian yang sama sepanjang hari, tetapi mereka boleh terbaring pada cadar yang sama untuk berminggu – minggu.

Kenapa perlu menukar cadar anda  dengan kerap? Ia kerana ia dipenuhi peluh, air liur, minyak badan, sel kulit mati dan mungkin sisa biskut. Ya, ia sangat mengelikan dan kotor bukan?

Ahli dermatologi berkata meletakkan wajah anda pada sarung bantal yang tidak bersih juga boleh menyebabkan jerawat dan tiada siapa sukakannya.

Menukar cadar anda seminggu sekali dan sarung bantal dengan lebih kerap daripada itu jika anda mempunyai wajah yang penuh dengan jerawat.

Kebersihan Diri Dengan Memotong Kuku

Tidak hanya dengan memotong kuku membuatkan tangan dan kaki anda kelihatan baik, ia juga akan menghalang lebihan kuku (kuku cekam), dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku pada kuku anda.

Kuku pendek tidak dapat memerangkap kotoran di bawah kuku seperti kuku panjang. Berapa kerap anda memotong kuku bergantung pada kepanjangan kuku yang anda inginkan.


Watsons Nail Clipper With Miniature File 1’s

RM 4.45

Dengan pemotongan tepat pada kuku halus dan kasar. Tahan lama dan senang dibersihkan. Sentiasa potong kuku dengan teliti dari tepi ke tengah. Selesaikan dengan melicinkan tepi kuku anda menggunakan fail yang disediakan.

Untuk menentukannya, pertimbangkan di mana, bila anda menggunakan tangan anda pada setiap hari. Jika anda menghabiskan banyak masa menaip pada papan kekunci komputer atau bermain piano (sebagai contoh), kuku pendek adalah pilihan yang lebih sesuai untuk anda.

Jika anda lebih sukakan kuku yang panjang, ia juga tiada masalah tetapi pastikan anda merapikannya dengan kerap untuk mengelakkan sebarang kerosakan.

Anda boleh gunakan kayu oren (orange stick) untuk mengeluarkan kekotoran di bawah kuku jari anda untuk mengelakkan jangkitan bakteria.

Tukar tampon atau pad dengan kerap (bagi wanita)

Kebersihan diri bagi wanita yang menggunakan tampon perlu menukarnya sekurang – kurangnya setiap 4 – 6 jam untuk mengelak daripada risiko sindrom kejutan toksik (toxic shock syndrome / TSS).

Bagi wanita yang menggunakan tuala wanita atau pad perlu menukarkannya pada setiap 4 – 8 jam. Jika anda ingin memakainya untuk tidur lebih daripada 8 jam, pakailah tuala wanita malam (overnight pad) berbanding tampon apabila anda tidur.


Libresse Maxi Overnight 2 x 12’s

RM 11.30

Perlindungan bermula dengan kesesuaian yang betul. Pad keselamatan eksklusif kami dengan saluran aliran dalam (Dfc) dibentuk dengan unik untuk tetap dengan selamat di tempatnya dan memeluk lekuk anda dengan selesa. Cecair dihantar dengan cepat ke pad untuk membantu mencegah kebocoran. Dengan perlindungan tersebut, anda akan tidur malam dengan selamat.

Kebersihan diri sering dianggap hanya perlu bersih tetapi ia sebenarnya untuk kekal sihat. Letakkan kesihatan anda dahulu dan anda akan dapat menjaga kebersihan dan kesihatan diri.


Listerine Cool Mint

RM 10.90

Listerine® Cool Mint membunuh 99.9% kuman yang menyebabkan bau mulut untuk nafas yang lebih segar.

  • Formula unik dengan 4 minyak pati menembusi secara mendalam untuk membunuh bakteria dalam biofilm plak.
  • Disyorkan untuk kegunaan harian.
  • Gunakan kekuatan penuh 20ml, bilas gigi dan gusi selama 30 saat, dua kali sehari sebagai sebahagian daripada kebersihan mulut yang biasa. Jangan telan. Untuk orang dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas. Tidak disyorkan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.

SUMBER

https://www.wisebread.com/10-quick-ways-to-become-more-hygienic

https://www.everydayhealth.com/healthy-living/guide-to-good-hygiene.aspx

https://www.wikihow.com/Be-Hygienic

error: Content is protected !!