Now Reading
17 Concealer Mampu Milik Yang Berkesan di Pasaran

17 Concealer Mampu Milik Yang Berkesan di Pasaran

concealer

Setiap hari muka kita sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran dan akan menyebabkan kulit kita mendapat jerawat. Jerawat kemudiannya menyebabkan parut di atas muka kita. Ini menyebabkan kita rasa kurang yakin untuk keluar dari rumah. Oleh itu, tidak dinafikan CONCEALER adalah satu keperluan dalam kehidupan kerja harian kita. Ia dapat menyembunyikan parut-parut di atas muka kita dengan demikian menambah rasa yakin terhadap diri untuk keluar masa bekerja atau bersantai.

Concealer

MAYBELLINE Instant Age Rewind

RM27.93

Concealer inisesuai bagi smeua orang, mempunyai aplikasi yang sama rata dapat membantu untuk menyembunyikan parut dan juga lingkaran hitam di bawah mata. Selain itu ia juga boleh mencerahkan kawasan bawah mata supaya mata anda kelihatan ceria dan segar. Diformulasi untuk diaplikasi dengan lancar oleh aplikator yang dibina bersama produk. Ia juga boleh digunakan untuk menutupi ketidak sempurnaan seperti bintik gelap, garis halus, kedutan dan juga cela di muka. Concealer ini boleh didapati dalam 9 jenis tona kulit.

Concealer

REVLON Photoready

RM44.91

Concealer ini mempunyai tekstur yang ringan dan berkrim. Ia memudahkan penyebatian produk ini dengan produk solekan yang lain. Ia mengandungi pigmen kromatik yang mampu memantulkan dan menyebarkan cahaya. Ia dapat membantu menghilangkan ketidaksempurnaan di atas kulit muka dan juga lingkaran hitam di bawah mata. Concealer ini diformulasikan dengan warna yang direka secara professional dan diuji dalam keadaan yang ketat untuk memastikan kualiti produk ini terjamin. Concealer ini adalah bebas minyak, bebas wangian dan bebas daripada paraben.

concealer

Silky Girl Fix It

RM22.41

Concealer ini adalah jenis cecair. Ia mampu menghilangkan bintik hitam, lingkaran bawah mata, melicinkan garis halus di muka anda. Produk ini dapat memberi liputan solek di wajah untuk jangka masa yang lama. Produk ini juga ringan dan berkrim, membuat ia senang untuk disebatikan dengan produk solek yang lain. Ia dapat meratakan warna kulit, mempunyai ekstrak bahan semulajadi dan yang paling baik tentang concealer ini ialah ia diformulasikan secara khusus untuk kulit orang Asia.

concealer

RIMMEL Lasting Matte

RM19.71

Produk ini mampu memberi liputan penuh untuk muka dengan menutup lingkaran hitam di bawah mata, cela, garis halus dan parut jerawat. Concealer ini adalah jenis matte dan didalam bentuk cecair. Ia diformulasi dengan tekstur yang ringan, melembabkan kulit supaya anda rasa lebih selesa. Kulit kelihatan kemas dan tidak berkerut sepanjang hari; ia juga mengandungi Serbuk Pigmen Mikro yang fungsinya adalah untuk melindungi dan memelihara warna kulit anda.

Concealer

KATE Stick

RM39.30

Ini adalah concealer yang berkesan pada kulit yang mempunyai masalah pigmentasi. Ia juga mampu tahan lama sepanjang hari dan tidak mempunyai rasa melekit. Concealer ini berkesan atas kulit yang ke merah-merahan, pori besar dan bintik hitam. Oleh kerana ia adalah dalam bentuk stik, ia senang untuk diaplikasikan dan senang untuk disimpan didalam beg tangan wanita. Produk ini juga senang untuk disebatikan dengan alak solek yang lain dan ia boleh didapati dalam 2 tona warna.

Loreal True Match Concealer

L’OREAL True Match

RM41.31

Concealer ini mempunyai pigmentasi yang tinggi, mempunyai tekstur yang nipis seolah anda tidak memakai apa-apa dia atas muka. Ia dapat tahan selama 16 jam dan mampu untuk membetulkan warna kulit, menghilangkan tanda keletihan dan mencerahkan mata anda. Produk ini mengandungi Hyloxyl dan Kafein yang dapat melawan penampilan lingkaran hitam di bawah mata dari masa ke masa. Concealer ini dibuat dengan aplikasi sensori yang sangat tepat dan lembut. Ia boleh didapati dalam 6 tona warna.

Concealer

PERIPERA Double Longwear Cover Concealer

RM31.98

Concealer ini adalah satu produk yang unik, kerana ia adalah tidak setebal atau senipis seperti concealer lain. Ini adalah kerana ia dibuat dengan teknologi pengelupasan aqua di mana ia akan tetap secara semulajadi di tempatnya. Selepas aplikasi ke atas kulit muka ia akan melekat di kulit untuk mengelakan kotoran atas kulit. Ini menjadikan produk ini memberi liputan yang padat terhadap kotoran. Produk ini adalah amat sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit sensitif.

Concealer

VT CICA Redness Spot

RM39.00

Concealer ini adalah unik kerana ia mempunyai penjagaan berganda dengan bahan-bahan semulajadi. Produk ini mampu menyembunyikan ketidaksempurnaan dan juga menenangkan kulit anda. Ia memberi full coverage untuk kulit anda dan sambil itu melembabkan kulit apabila digunakan. Maka produk ini adalah amat sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif. Concealer ini boleh didapati dalam 2 warna, mengikut kesesuain warna kulit anda.

Concealer

CLIO Kill Cover Pro Artist Concealer

RM68.90

Concealer ini dapat membetulkan ketidaksempurnaan kulit denagn tiga warna, dan mensasarkan setiap masalah kulit seperti lingkaran hitam di bawah mata, bintik hitam, cela dan garis halus. Antara kebaikan produk ini adalah, pembetulan oleh warna-warna concealer untuk liputan yang sempurna, membetulkan tona warna di atas kulit anda, dan formula yang melekat dan tahan lama sepanjang hari. Ia dapat memberi warna kulit yang sekata seperti hasil tangan artis solekan.

Concealer

LANEIGE Real Cover Cushion Concealer

RM85.00

Concealer ini adalah dalam bentuk cecair yang dapat menyembunyikan cela kulit dengan aplikator dual yang boleh digunakan di bahagian muka tertentu dan juga seluruh muka. Produk ini diperbuat dengan teknologi yang berkepatuhan tinggi, tahan lama dan mempunyai tekstur berkrim. Ia boleh didapati dalam 5 warna mengikut kesesuaian warna kulit anda manakala saiz baru concealer ini adalah seberat 12gm di pasaran.


Maybelline Fit Me Concealer

RM 26.27

Fit Me ialah produk bebas minyak ini sesuai dengan warna kulit untuk memberikan warna yang lebih sekata.
Kulit kelihatan sempurna dengan produk semula jadi ini.

  • Menyembunyikan kemerahan dan cela.
  • Pelindung warna untuk pelbagai warna kulit.
  • Diuji secara sermatologi.
  • Concealer bukan komedogenik. Tanpa wangian.
  • Pembungkusan mungkin berbeza-beza, apa yang anda terima mungkin bukan tidak sama dengan gambar.

PENGGUNAAN:

  • Langkah 1. Letakkan sedikit produk pada bawah mata anda
  • Langkah 2. Ratakan dengan jari manis dari bahagian dalam ke luar mata.


Essence Stay Natural Concealer

RM11.90

Tekstur yang optimum memberikan liputan ringan hingga sederhana dan melembapkan kulit sensitif di bawah mata dengan panthenol. Pen boleh diputar dengan aplikator sikat secara semula jadi menyembunyikan lingkaran hitam di bawah mata dan juga bebas minyak dan vegan.


Silkygirl Photo Perfect Concealer

RM16.90

  • Teksturnya yang berkrim memberikan tekstur lembut, halus, tahan lama dan juga full coverage.
  • Terdiri daripada Ekstrak Bunga Chamomilla Recutitat (Matricaria), Vitamin C dan Vitamin E untuk melembapkan dan menyuburkan kulit anda.
  • Mudah digunakan dan menutupi ketidaksempurnaan pada bawah mata.
  • Bebas wangian
  • Diformulasikan untuk Kulit Asia


Wardah Lightening Liquid Concealer 02 Beige 7G

RM 12.65

Wardah adalah concealer dengan liputan sederhana untuk menutupi noda hitam dan bekas pustule di wajah. Formula ringan dan senang digunakan setiap hari.

  • Titikkan sedikit produk ke atas jari manis dan letakkan pada bahagian yang perlu di sekitar mata.
  • Ratakan menggunakan / berus / span

  • Bukan komedogenik
  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Ringan dan senang diratakan


Catrice True Skin High Cover Concealer 020 Warm Beige

RM 28.90

Catrice mempunyai tekstur kalis air dan ringan memberikan sehingga 18 jam penghidratan, liputan tinggi – dan vegan!

Ciri-ciri Produk:

  • Tahan lama & full coverage
  • Tekstur ringan dengan kemasan kulit semula jadi
  • Dibuat dengan HA untuk melembapkan kulit
  • Mencair ke kulit tanpa menyerap pada garis-garis halus
  • Meliputi lingkaran hitam, cela dan kemerahan
  • Penghidratan 18 jam
  • Formula kalis air
  • Sesuai untuk jenis kulit normal hingga kering
  • Vegan


Luna Face Longlasting Corrector #1

RM65.00

Luna dihasilkan khusus untuk kemerahan dan jerawat. Warna yang sempurna untuk masalah kulit memberikan liputan sempurna.

  • Formula lembut dan pigmen tinggi ini melekat tepat pada kulit!
  • Boleh digunakan pada kulit sensitif. Ekstrak pokok teh, lavender, dan chamomile menjadikan kulit tidak kering

Sapukan kuantiti yang sesuai ke kawasan yang diperlukan, kemudian ratakan dengan hujung jari anda untuk solekan secara semula jadi dan bersih.


Wet N Wild Photo Focus Concealer Light Ivory E840B

RM 21.15

Inilah rahsia rahsia kecantikan anda untuk kulit tanpa cela! Wet N Wild Photo Focus mampu menyembunyikan cela dan parut untuk menampakkan kulit yang hampir sempurna.

  • Terlihat bercahaya, segar dan berseri walaupun anda hanya tidur sekejap.
  • Photo Focus membuatkan anda sentiasa bersedia untuk berselfie.
  • Cruelty free
  • Vegan
  • Bebas wangian
  • Bebas paraben

error: Content is protected !!