Eucalyptus Oil ataupun minyak kayu putih adalah minyak yang dieskstrak daripada daun pokok eucalyptus. Ekstrak minyak ini telah dimanfaatkan selama berabad untuk membantu melegakan simpton deman, selsema, menyembuhkan luka, menangani stress dan banyak lagi.
Euky Bear Eucalyptus Oil (60Ml)
RM 25.90
Minyak kayu putih berkualiti premium asli tulen dengan wangian bersih dan segar. Eucalyptus Oil Jenama ‘Euky Bear’ ini mempunyai banyak kegunaan perubatan dan rumah tangga. Ia membantu melegakan simptom selesema dan demam. Ia memberikan kelegaan yang menenangkan kepada sakit artritis dan otot. Ia juga adalah pencuci semula jadi, penyegar udara, pembasmi kuman dan penyahbau.
Pai Wellness Essential Oil 10Ml – Eucalyptus
RM 46.00
Eucalyptus Oil ini dibuat dari daun spesies pokok kayu putih terpilih. Pokok-pokok tersebut berasal dari keluarga tumbuhan Myrtaceae, yang berasal dari Australia, Tasmania dan pulau-pulau berdekatan. Terdapat lebih daripada 500 spesies kayu putih, tetapi minyak pati Eucalyptus salicifolia dan Eucalyptus globulus (yang juga disebut pohon demam atau pohon gusi) diguna pakai untuk sifat perubatannya. Secara tradisional, minyak kayu putih digunakan sebagai agen analgesik yang membantu menghilangkan rasa sakit, dan dihargai kerana kemampuannya untuk mengurangkan keradangan dan memperbaiki keadaan pernafasan.
Kangaroo Eucalyptus Oil 28Ml
RM 10.90
Gunakan Kangaroo Eucalyptus Oil untuk menghilangkan rasa tidak selesa di kawasan anda yang terjejas. Diformulasikan untuk melegakan terseliuh, sakit otot, lebam, dan lain-lain dengan hanya menggunakan bahagian yang terkena dan biarkan seketika untuk membolehkan penyerapan produk. Minyak kayu putih ini juga adalah jenama Malaysia dan membantu melegakan simptom selesema, angin, kembung perut, sakit otot, terseliuh, dan lain-lain. Untuk menggunakannya, sapukan ke dada atau urut ke kawasan yang terjejas seperti yang diperlukan.
Claire Organics Eucalyptus Essential Oil 10Ml
RM 41.90
Selama bertahun-tahun, minyak kayu putih telah digunakan untuk melegakan kesesakan. Eucalyptus oil boleh digunakan secara resapan atau penyedutan untuk menyokong pembersihan dan memberi tenaga pada badan yang letih atau terlalu banyak bekerja. Tambahkan sahaja beberapa titis dengan Carrier Oil sebagai penjagaan kulit untuk sifat pembersihannya. Minyak ini mempunyai aroma yang sejuk dan segar. Jadi, untuk menggunakannya, sebarkan minyak ini pada setiap hari apabila anak-anak andai mengalami kesesakan atau anda ingin memastikan udara sentiasa segar dan bersih. Ianya boleh dicampurkan dengan minyak lain seperti pudina dan kemenyan untuk meningkatkan keberkesanan.
Dh Skinlabs Eucalyptus Essential Oil 50Ml
RM 61.20
Dh Skinlabs Eucalyptus Oil ini menggalakkan kulit kepala yang sihat, menyembuhkan luka, ulser dan luka bakar dengan kualiti antiseptiknya dan mencegah kuman-kuman. Ia juga membantu menghilangkan rasa sakit di mana ia melegakan otot-otot tegang dan sakit serta kesakitan yang meluas di saraf. Selain itu, ia mampu memberikan rumah anda bau yang sangat baik dan menghalang pertumbuhan kulat. Seterusnya, ia meningkatkan sistem imun.
Borneo Eucalyptus Pure Essential Oil 10Ml
RM 18.90
Borneo Eucalyptus Oil mempunyai sifat anti-radang, antispasmodik, dekongestan, deodoran, antiseptik, antoibakteria, perangsang dan sifat perubatan termasuklah untuk diabetes. Minyak dari Australia ini adalah tulen tanpa bahan tambahan. Untuk mereka yang berkulit sensitif, titiskan dahulu sedikit pada kulit anda. Sekiranya tiada iritasi, anda boleh menggunakannya. Untuk menggunakannya dalam urutan, cairkan 5 titis minyak ini untuk setiap 10ml minyak asas dan gaul sebati.
The Olive Tree Eucalyptus Essential Oil
RM 79.90
Penggunaan minyak pati kayu putih yang terkenal adalah untuk melegakan masalah pernafasan seperti asma, bronkitis, selesema & demam, merawat luka, luka bakar dan melecet dan melegakan kelemumur dan kulit kepala yang gatal. Ia juga ubat semula jadi untuk kutu, pembersih udara dan pewangi semula jadi bilik.
Plant Origins Eucalyptus Blue Gum Essential Oil
RM 25.90
Minyak ini adalah sebagai bantuan pernafasan semula jadi yang dapat membantu melegakan sakit tekak, alahan bermusim, kesesakan hidung, sakit kepala dan banyak lagi. Lebih daripada sekadar makanan kegemaran koala, aroma kayu putih membantu merangsang sistem imun. Minyak pati Eucalyptus Blue Gum juga penghalau serangga semula jadi.
Oilees Organic Eucalyptus 100% Pure Essential Oil 10Ml
RM 58.00
Eucalyptus Organic adalah minyak wangi kapur barus yang disuling dari daun dan ranting Eucalyptus, tanpa bahan toksik. Ia juga menyokong kesihatan yang baik dalam pernafasan, kulit dan pembersihan yang sihat. Selain itu, minyak pati Eucalyptus adalah minyak pati yang larut dalam minyak dan disarankan untuk menggunakannya setelah dicairkan dan digabungkan dengan mesin aromaterapi adalah lebih baik.
Tanamera Essential Oil Eucalyptus 10Ml
RM 38.00
Tanamera Essential Oils dipilih dengan teliti untuk mencerminkan nilai teras Tanamera 100% semula jadi dan standard tertinggi. Tanamera menawarkan pelbagai jenis minyak pati yang lengkap untuk memenuhi keperluan setiap individu. Khasiat Eucalyptus Essential Oil ini adalah merawat asma dan masalah pernafasan lain, membersihkan paru-paru dan mengurangkan keradangan dan menggalakkan penyembuhan luka dengan lebih cepat. Ia juga berkesan terhadap rongga gigi ,merawat jangkitan kutu dan kulit, berkesan dalam menurunkan sakit sendi dan otot, merangsang aktiviti mental dan membantu dalam merawat tekanan.