Now Reading
20 Face Scrub Untuk Dapat Kulit Yang Bersih Dan Bersinar

20 Face Scrub Untuk Dapat Kulit Yang Bersih Dan Bersinar

10 Face Scrub Untuk Mendapatkan Kulit Yang Bersih Dan Bersinar

Kulit wajah yang bersih, tidak berparut dan kelihatan bersinar pasti menjadi idaman bagi setiap individu bukan? Malah, ramai di antara kita yang sanggup berhabis duit sehingga ribuan ringgit untuk mencapai kulit wajah yang ‘flawless’. Face scrub antara jalan penyelesaiannya

Jadi, di antara rutin penjagaan muka yang betul, face scrub juga tidak harus dilupakan kerana ia membersihkan sel kulit mati dan segala kekotoran pada wajah yang harus dibersihkan.

Jika anda baru berjinak dengan produk ini, jom kita lihat antara beberapa face scrub yang berkesan di pasaran.

face scrub

Simple Kind to Skin Facial Scrub

RM19.90

Jika anda mencari face scrub yang sesuai untuk kulit sensitif, apa kata anda cuba dapatkan produk ini di ‘drugstore’ berdekatan? Bukan sahaja harganya berpatutan, malah ia juga membantu membersihkan segala kekotoran dan ‘blackheads’ pada wajah. Walaupun ia adalah sejenis scrub, namun ia masih terasa lembut dan tidak menyebabkan keradangan atau kemerahan pada kulit.

face scrub

Kiehl’s Facial Fuel Energizing Face Srub

RM111.90

Bagi golongan lelaki, anda boleh mencuba produk face scrub ini kerana ia bukan sahaja ‘exfoliate’ wajah, tapi juga membersihkan segala kekotoran, minyak berlebihan dan benda-benda lain pada wajah anda. Malah, tahukah anda bahawa ia juga boleh digunakan untuk melembutkan bulu wajah agar anda boleh mencukur dengan lebih baik dan selesa. Jadi, banyak kebaikan dalam hanya satu produk sahaja!

face scrub

Fresh Sugar Face Polish

RM107.00

Gula biasanya mempunyai tekstur yang agak kasar bukan jadi anda mungkin bimbang sekiranya produk ini akan memberi kesan yang sama. Namun, itu tidak menjadi satu masalah kerana kandungannya dihasilkan sesuai untuk semua kulit wajah serta lembut dipakai pada kulit. Malah, ia juga menyegarkan sama seperti namanya. Jadi, jika anda ingin mencuba produk yang boleh meningkatkan penampilan wajah, cubalah ia sekarang.

face scrub

CLINIQUE Exfoliating Face Scrub

RM128.00

Produk ini telah menerima banyal ulasan baik di mana ia tidak berasa kasar apabila digunakan pada kulit wajah. Malah, ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak kerana keupayaannya untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan. Kulit anda lebih bersih daripada sel kulit mati dan kotoran, serta pada masa sama bertambah sihat dan menyegarkan.

face scrub

St. Ives Nourished & Smooth Oatmeal Face Scrub and Mask

RM18.90

Menggunakan ‘oatmeal’ sebagai bahan asasnya, ia sememangnya sesuai bagi mereka dengan kulit kering atau sensitif. Oatmeal adalah bahan penting yang membantu mengurangkan masalah kulit serta melembutkan wajah anda serta merta. Malah, ia juga tidaklah begitu mahal dan mampu dibeli oleh semua orang. Tapi, jika kulit anda tidak tahan dengan produk ini kerana ia mengandungi wangian tambahan, berhenti menggunakannya.

face scrub

First Aid Beauty Facial Radiance Polish

RM113.00

Dapatkan produk ini di kedai Sephora dan anda pasti tidak akan menyesal lagi. Ia sememangnya berguna dalam memutihkan wajah anda yang kusam di samping mengurangkan masalah jerawat. Tambahan lagi, ia tidak mengandungi pewangi tambahan, jadi ia tidak akan merengsakan kulit anda. Apa yang anda akan dapat hanyalah kulit wajah yang lembut, bersih dan bersinar sahaja.

face scrub

Mario Badescu Strawberry Face Scrub

RM70.00

Sekiranya anda mencari produk face scrub yang menggunakan bahan semula jadi, inilah produk yang anda cari itu. Ia bukan sahaja membersihkan wajah secara mendalam, malah memberi kesan melembapkan dan melembutkan wajah juga. Kandungan strawberi yang digunakan mempunyai antioksida untuk melawan radikal bebas serta melindungi kulit daripada kerosakan UV begitu juga tompokan hitam pada kulit. Selepas ini, kulit anda pasti terlihat lebih cerah dan bersih!

face scrub

Klairs Gentle Black Sugar Facial Polish

RM93.00

Walaupun teskturnya terasa seperti gula yang kasar, namun ia seperti cair dan menjadi halus apabila digunakan pada wajah yang basah. Di samping membersihkan wajah dengan mendalam, face scrub juga meningkatkan kelembapan dan melindungi kulit daripada bahan asing seperti sinaran UV. Jika anda mempunyai kulit wajah yang sensitif, cuba dapatkan produk ini.

face scrub

Sukin Pore Refining Facial Scrub

RM40.90

Memandangkan ia sudah boleh didapati di Watson, apa kata anda cuba produk ini yang dikatakan antara face scrub terbaik bagi mereka dengan kulit berminyak? Ia mengandungi bahan seperti ‘jojoba beads’ dan ‘bamboo charcoal’ yang sememangnya berkesan dalam membersihkan kulit wajah. Malah, produk ini adalah 100% vegan dan kaya dengan vitamin yang penting untuk mendapatkan wajah yang bersih dan bersinar.

face scrub

The Body Shop Seaweed Pore-Cleansing Facial Exfoliator

RM63.00

Bagi mendapatkan hasil kulit yang bersih, cerah dan bersinar, cuba gunakan face scrub keluaran The Body Shop ini. Ia terbukti boleh membersihkan wajah secara mendalam tanpa menyebabkan keradangan, di samping mengekalkan kelembapan kulit buat tempoh yang lama. Malah, ia juga boleh mengurangkan penampilan pori besar yang selalu menjadi masalah kepada individu.


Sukin Face Scrub 125ml

RM 34.90

  • Face scrub berasaskan krim oleh itu sangat sesuai untuk jenis kulit normal dan kering!
  • Menghilangkan kotoran yang tidak diingini.
  • Gabungan Aloe Vera dan Chamomile yang menyegarkan menenangkan kulit
  • Jojoba, Sesame dan Rosehip Oils menghidrat untuk menjadikan kulit anda lembut dan halus!


Himalaya Purifying Neem Face Scrub 150ml

RM23.28

  • Himalaya menghilangkan kekotoran dan sel kulit mati.
  • Ia juga membersihkan minyak berlebihan dari permukaan kulit, yang merupakan punca jerawat.
  • Scrub digabung dengan kebaikan Neem, yang membersihkan bintik hitam dan jerawat
  • Apricot, yang menghidrat kulit.
  • Bahan semula jadi membersihkan, menyuburkan dan melembapkan kulit anda agar lembut, segar dan berseri.

Petunjuk

Sapukan Scrub dengan gerakan melingkar di wajah dan leher. Bilas dengan air dan keringkan.
Gunakan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk kulit yang bersih dan bebas jerawat.


St. Ives Coconut Coffee Scrub 170g

RM 24.30

Memberi tenaga pada kulit yang kusam dan letih dengan bau biji kopi segar dan pengelupasan serbuk kulit walnut 100%. Scrub muka kopi ini akan menjadikan kulit kelihatan segar dan segar.

  • Picit sedikit St. Ives ke hujung jari anda dan urut ke kulit lembap.
  • Sapu rata dengan gerakan bulat kecil, berikan tekanan lembut untuk mengaktifkan peredaran semula jadi kulit anda.
  • Sapukan ke seluruh, hingga ke garis rambut anda dan ke sisi hidung anda.
  • Setelah selesai, bilas dan keringkan dengan tuala bersih.
  • Gunakan 3-4 kali seminggu (bergantung pada kulit) untuk hasil terbaik.


L’Oreal Whitening Perfect Scrub 100ml

RM21.90

  • White Perfect Anti Dullness Scrub menghilangkan liang pori dan membersihkannya dari kekotoran
  • Menghilangkan solekan dengan serta-merta, membersihkan kulit secara menyeluruh dan menghilangkan segala kekotoran
  • Manik pengelupasan menghilangkan sel-sel kulit mati untuk menampakkan kulit yang berseri
  • Turmalin Gemstone dan Vitamin C bersama-sama mencerahkan kulit dengan mengurangkan pengeluaran melanin


Garnier Pure Active Face Scrub 100ml

RM13.40

Face scrubi ini diperkaya dengan manik-manik mikro lembut yang menyingkirkan bintik-bintik hitam, sel-sel mati dan Asid Salisilik, skrub ini dapat melawankan 12 tanda-tanda jerawat, mengecilkan pori-pori dan mengurangkan minyak berlebihan untuk kulit lebih cerah berseri.

  • Produk ini diujikan secara Dermatologi dan disahkan Halal.
  • Urut perlahan-lahan pada muka yang basah, buihkan serta-merta. Bilas dengan air. Elakkan bahagian mata.


Simple Smoothing Cleansing Scrub 75ml

RM 19.90

Face scrub mengelupaskan kulit anda dengan membuang sel kulit mati dan kekotoran dengan melicinkan wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit, malah kulit sensitif.

Langkah 1

  • Sapukan sedikit pada wajah dan leher yang lembap.
  • Langkah 2 – Urut perlahan-lahan dengan gerakan bulat dengan hujung jari mengelakkan kawasan mata.
  • Langkah 3 – Bilas dengan banyak air. Cukup lembut untuk digunakan setiap hari.

Sekiranya anda tidak pernah menggunakan Scrub Garnier sebelum ini, lakukan patch test terlebih dahulu, kemudian tingkatkan penggunaan secara beransur-ansur bermula sekali seminggu


Garden of Eden Gentle Exfoliating Facial Scrub 75ml

RM 21.70

  • Garden of Eden Face Scrub baru ini akan membantu mencerahkan kulit anda dengan berkesan menyingkirkan kulit tua dan mati, sehingga dapat menampakkan kilauan semula jadi wajah anda.
  • Penggunaan scrub muka yang lembut ini yang penuh dengan botani berkhasiat akan mencerahkan warna kulit anda dan memperbaiki kulit yang berjerawat dengan mengurangkan pori-pori yang tersumbat.
  • Bebas dari Microbeads
  • Bebas dari Parabens
  • Bebas dari Wangian Buatan


Clinelle Skin Smoothing Scrub with Marine Beads 75ml

RM20.93

  • Squalene untuk meningkatkan oksigen pada sel kulit untuk kulit yang sihat dan berseri.
  • Vitamin B3 untuk mengurangkan garis halus, dan mempromosikan pelembutan kulit segera.
  • Aloe Vera untuk menenangkan, menyembuhkan dan melindungi dari kerosakan persekitaran yang merosakkan.


Safi Youth Gold Exfoliating Gel 75g


RM15.84

Formula gel pengelupasan lembut yang lembut menggilap kulit kusam dan kasar dengan berkesan membuang sel-sel kulit mati, kekotoran, bintik hitam dan bintik putih untuk memperbaiki pori-pori dan memperlihatkan kulit yang lebih cerah untuk kulit yang lebih licin, sempurna dan berseri.

  • Formula gel pengelupasan lembut
  • Lembut menggilap kulit kusam dan kasar dengan membuang sel kulit mati, kekotoran, dan whitehead dengan berkesan
  • Perbaiki pori-pori untuk menampakkan kulit yang lebih cerah untuk kulit yang lebih licin, sempurna dan berseri


Eversoft Avocado & Mulberry Face Scrub 100g

RM 10.32

Rumusan:

  • 100% Aktif Tumbuhan Organik
  • Teknologi Jepun
  • Berasaskan krim
  • Pelembap berasaskan tumbuhan semula jadi

Fungsi:

  • Ekstrak aprikot menjadikan kulit sentiasa terhidrat dan lembap
  • Kerang ekstrak murbei, mencerahkan dan menghidupkan semula kulit
  • Pengelupasan lembut dengan inti aprikot dan manik mikro semula jadi
  • Menghilangkan bahan pencemar (PM2.5)

error: Content is protected !!