Now Reading
10 Foundation Kulit Kering Pelengkap Hari Anda

10 Foundation Kulit Kering Pelengkap Hari Anda

foundation kulit kering

Masalah biasa yang berkaitan dengan penggunaan foundation kulit kering adalah sukar untuk mendapatkan hasil solekan yang kemas disebabkan oleh kulit mengelupas, bahagian kulit yang kering, dan garis halus.

Elf BB Cream

RM 44.00

Apa yang menarik tentang Elf BB Cream ini ia mengandungi vitamin E yang melembapkan, bersama dengan jojoba (penyelamat kulit kering) dan aloe vera yang menenangkan.

Ia juga berpigmen untuk menutupi cela, ia juga ringan dan cukup untuk kelihatan natural atau seperti kulit semula jadi tanpa kelihatan tebal.

Kenyataannya ia sangat mudah, anda boleh aplikasikan foundation kulit kering ini pada wajah anda menggunakan jari.

L’Oreal Paris True Match Liquid Foundation SPF16

RM62.90

Antara foundation kulit kering yang paling murah, foundation ini melakukan kerjanya untuk mereka yang berjimat.

8 shades atau pilihan warna yang ada khusus untuk kulit Asia di samping memberikan kelembapan untuk 24 jam! Pastinya ia sangat sesuai untuk kulit kering!

Ia selalunya menjadi bertambah teruk apabila menggunakan foundation serbuk matte berbanding foundation cecair, yang lebih mudah menutup garis halus dan kedutan.

Estee Lauder Double Wear Cushion Stick Radiant Makeup

RM390.00

Estee Lauder Double Wear Cushion Stick Radiant Makeup memberikan kulit berseri yang kelihatan sihat dan membiarkan kulit terasa ringan.

Ia tahan lama untuk 8 jam pada kulit, membuatkan ia sangat sesuai untuk digunakan hari-hari terutama untuk wanita bekerjaya!

Stick inovatif merupakan 2 dalam 1 yang anda inginkan, anda tidak perlukan berus berbeza untuk aplikasikannya pada wajah anda.

Anda hanya perlu memusingkan hujung stick untuk mengeluarkan foundation pada bahagian kusyen dan anda boleh aplikasinya pada wajah anda begitu sahaja.

Ia didatangi dengan 20 shades yang memberikan liputan sheer (kurang pigmen, mencerahkan kulit anda tetapi tidak menutupi cela) ke sederhana pada kulit anda.

REVLON ColorStay Foundation, Normal/Dry Skin SPF 20

RM75.90

Foundation cecair yang mengandungi asid hialuronik dan SPF 20 membuatkan kulit anda sihat, dilindungi daripada sinaran UV dan terhidrat.

Penggunaan sehingga 24 jam, memberikan anda hasil seperti semula jadi dengan liputan sederhana yang boleh ditambah untuk menjadikannya liputan penuh.

RIMMEL Liquid Foundation

RM32.90

Tidak hanya memberikan liputan sehingga 24 jam tetapi foundation kulit kering ini bertahan sehingga 25 jam! Ia mengandungi serum yang menyuburkan dan menyelesakan kulit, memberikan kelembapan segera pada wajah anda.

Foundation ini tidak akan bergerak meskipun ketika anda berpeluh atau berada pada persekitaran yang panas. Walau hebat mana pon produk tersebut, tidak dinasihatkan untuk terus memakainya lebih daripada 16 jam sehari. Dapatkan rehat yang cukup untuk kulit yang sihat!

Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation

RM26.90

Sukar untuk dipercayai dan pasti ramai wanita di luar sana tidak menyangka bahawa dengan harga yang berpatutan, anda boleh mendapatkan kulit awet muda!

Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation ini menggunakan bahan dengan ciri anti penuaan – memberikan anda wajah yang awet muda.

Peripera Ink Skin Tint

RM35.00

Foundation kulit kering ini membantu menutup cela dengan membuatkan kulit anda kelihatan semula jadi dengan Peripera Ink Skin Tint.

Ia didatangkan dengan botol picit yang tidak mudah tumpah, membantu anda mengawal jumlah foundation yang anda perlukan.

Formula ini mengandungi pelbagai ekstrak bunga yang berfungsi untuk mencerahkan tona kulit anda dan meratakan tekstur kulit untuk kelembutan segera.

Bourjois Healthy Mix Serum Gel Foundation

RM54.00

Siapa je tak nak kulit yang awet muda kan? Foundation sihat yang dicampur dengan serum daripada Bourjouis ini adalah foundation gel dengan kesan tambahan serum.

Ia adalah formula yang menyuburkan, mengandungi sumber vitamin daripada buah-buahan seperti litchi, delima dan beri goji untuk liputan yang kelihatan semula jadi.

Okaya Perfect Liquid Foundation

RM79.00

Biasanya, pori yang besar lebih berkemungkinan menyebabkan jerawat kerana adanya pengumpulan minyak berlebihan. Jadi, bagi menangani masalah jerawat, anda haruslah menangani masalah pori dahulu dan produk toner ini adalah sangat sesuai bagi mereka dengan kuli

Okaya Perfect Liquid Foundation mengandungi minyak marula yang kaya dengan anti oksidan dan membantu melindungi kulit anda dengan baik.

Ia mempunyai perlindungan UV SPF35 memperkuatkan perlindungan menentang kesan penuaan disebabkan oleh cahaya matahari.

Sebagai foundation, konsistensinya adalah ringan dan mudah sebati. Memandangkan ia sedikit berair, ia tidak dapat menutupi garis halus.

Kulit anda akan kelihatan montok dan lembut serta tahan lama dengan Okaya Perfect Liquid Foundation.

t berminyak serta mempunyai masalah jerawat. Ia bebas alkohol, ringan dan diformulasi dengan esktrak Witch Hazel untuk mengecilkan pori dengan berkesan.

Max Factor Miracle Touch Foundation

RM54.90

Pembersih muka ini digunakan untuk menentang jerawat. Ia mengandungi tanah liat Bentonit untuk menyeimbangkan kulit PH dan bebas daripada wangian.

SUMBER

https://www.prevention.com/beauty/skin-care/g22652820/best-drugstore-foundation-dry-skin

https://productnation.co/my/beauty/6550/best-foundation-dry-skin-malaysia

https://productnation.co/my/beauty/27889/best-drugstore-foundation-dry-skin-malaysia

https://findgoodbuy.com/best-foundation-malaysia/

https://www.revlon.com/face/foundation/colorstay-makeup-for-normal-dry-skin?shade=buff

error: Content is protected !!