Now Reading
10 Gejala dan Tanda-tanda HIV

10 Gejala dan Tanda-tanda HIV

10 Gejala dan Tanda-tanda HIV

Apabila berkaitan dengan penularan HIV, ianya adalah penting untuk mengetahui gejala dan tanda-tanda awal HIV yang perlu dikesan. Pengesanan HIV awal dapat membantu memastikan rawatan segera dapat dibuat untuk mengendalikan virus dan mencegah perkembangan HIV ke tahap 3. HIV Tahap 3 ini lebih dikenali sebagai AIDS.

Jangkitan HIV berlaku dalam tiga peringkat. Tanpa rawatan, ia boleh bertambah buruk dari masa ke masa dan akhirnya mengalahkan sistem imun anda. Malah, gejala yang anda alami juga akan bergantung pada tahap HIV anda.

Gejala awal HIV

Individu biasanya kelihatan dan berasa sihat sepenuhnya untuk waktu yang lama setelah mereka dijangkiti. HIV boleh mengambil masa selama 10 tahun atau lebih untuk menunjukkan sebarang gejala ataupun lebih lama daripada itu bagi orang yang mengambil ubat HIV. Itulah sebabnya mengapa ianya adalah sangat penting untuk menguji HIV secara berkala, terutamanya jika anda mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan atau menggunakan jarum kongsi. Rawatan HIV dapat membantu anda kekal sihat. Ia juga dapat mengurangkan atau menghentikan peluang anda menyebarkan HIV kepada orang lain semasa melakukan hubungan seks.

Dua hingga empat minggu pertama setelah dijangkiti HIV, anda mungkin mengalami tanda-tanda HIV seperti demam dan sakit. Gejala seperti selesema adalah reaksi pertama badan anda terhadap jangkitan HIV. Ketika ini, terdapat banyak virus dalam sistem anda, jadi ianya sangat mudah menyebarkan HIV kepada orang lain. Gejalanya juga hanya bertahan selama beberapa minggu, dan biasanya anda tidak mengalami simptom lagi selama bertahun-tahun. Tetapi, HIV boleh merebak ke orang lain sama ada anda mempunyai gejala atau berasa sakit mahupun tidak.

Gejala HIV berdasarkan tahap yang berbeza

Tahap pertama: Gejala Jangkitan HIV Akut

Sebilangan besar individu tidak mengetahui bila mereka dijangkiti HIV. Tetapi, mereka mungkin mengalami tanda-tanda HIV dalam 2 hingga 6 minggu setelah mendapat virus. Gejalanya adalah serupa dengan penyakit virus lain, dan sering dibandingkan dengan selesema. Simptom ini biasanya berlangsung selama satu atau dua minggu dan kemudian hilang. Tanda-tanda awal HIV termasuk:

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit otot
  • Sakit tekak
  • Nodus limfa yang membengkak
  • Ruam merah yang tidak gatal, biasanya pada badan anda
  • Demam

Demam, biasanya merupakan salah satu gejala pertama HIV, dan sering disertai oleh gejala ringan lain, seperti keletihan, pembengkakan nodus limfa dan sakit tekak. Pada ketika ini, virus bergerak ke dalam aliran darah dan mula membuat replikasi dalam jumlah besar. Ketika itu berlaku, sistem imun anda akan menimbulkan reaksi keradangan.

Tindak balas keradangan yang dihasilkan itu boleh menyebabkan anda berasa letih dan lesu. Kadangkala, ia boleh membuat anda berasa tidak terurus ketika berjalan atau secara umum, berasa seperti tidak cukup nafas. Keletihan boleh menjadi gejala HIV yang awal dan peringkat kemudian.

Sekiranya anda mempunyai simptom seperti ini dan mungkin telah bersentuhan dengan seseorang dengan HIV dalam 2 hingga 6 minggu terakhir, berjumpa dengan doktor dan minta agar anda menjalani ujian HIV. Sekiranya anda tidak mempunyai simptom tetapi masih berfikir bahawa anda mungkin terkena virus, lakukan ujian segera.

Ujian awal adalah penting kerana dua sebab. Pertama, pada tahap ini, tahap HIV dalam darah dan cairan tubuh anda sangat tinggi. Ini menjadikannya sangat berjangkit. Kedua, memulakan rawatan secepat mungkin dapat meningkatkan sistem imun anda dan meredakan gejala.

Tahap kedua: Gejala Latensi Klinikal

Setelah sistem imun anda kalah dengan HIV, tanda-tanda HIV seperti selesema akan hilang. Tetapi, ada banyak perkara yang berlaku di dalam badan anda. Doktor memanggil ini sebagai tempoh asimtomatik atau jangkitan HIV kronik.

Batuk kering yang serius boleh berlangsung selama berminggu-minggu hingga berbulan-bulan tanpa kemungkinan untuk sembuh (walaupun dengan antibiotik dan penyedut atau ‘inhalers’) adalah gejala khas pada pesakit HIV yang serius.

Dalam badan anda, sel yang disebut sel CD4 T memberi koordinasi pada tindak balas sistem imun anda. Dalam peringkat ini, HIV yang tidak dirawat akan membunuh sel CD4 dan memusnahkan sistem imun anda. Doktor dapat memeriksa berapa banyak sel yang anda ada dengan ujian darah. Tanpa rawatan, jumlah sel CD4 akan menurun, dan anda berkemungkinan besar akan mendapat jangkitan lain.

Kebanyakan individu tidak mempunyai gejala yang dapat dilihat atau dirasa. Justeru itu, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda sudah dijangkiti dan boleh menyebarkan HIV kepada orang lain.

Tahap ketiga: Gejala AIDS

AIDS adalah peringkat lanjut bagi jangkitan HIV. Ini biasanya berlaku apabila bilangan sel CD4 T4 anda menurun di bawah 200 dan sistem imun anda rosak dengan teruk. Anda mungkin mendapat jangkitan yang berkemungkinan, iaitu penyakit yang lebih kerap berlaku dan lebih teruk pada individu dengan sistem imun yang lemah. Antaranya seperti sarkoma kaposi (sejenis kanser kulit) dan pneumonia pneumocystis (penyakit paru-paru), juga dianggap sebagai “penyakit yang menentukan AIDS”.

Sekiranya anda tidak mengetahui lebih awal bahawa anda telah dijangkiti HIV, anda mungkin menyedarinya setelah anda mengalami beberapa gejala berikut:

  • Penat sepanjang masa
  • Nodus limfa yang bengkak di leher atau pangkal paha
  • Demam yang berlangsung lebih dari 10 hari
  • Peluh malam
  • Penurunan berat badan tanpa alasan yang jelas
  • Bintik-bintik ungu pada kulit yang tidak hilang
  • Sesak nafas
  • Cirit-birit yang teruk dan berpanjangan
  • Jangkitan kulat di mulut, tekak, atau faraj
  • Lebam atau pendarahan yang tidak dapat dijelaskan

Ramai orang akan mendapat masalah peluh malam pada peringkat awal HIV. Namun, ini juga boleh menjadi lebih biasa di kemudian hari semasa jangkitan menjadi semakin serius dan tidak lagi berkaitan dengan faktor senaman atau suhu bilik.

Individu dengan AIDS yang tidak mengambil ubat boleh hidup sekitar 3 tahun, atau kurang jika mereka mendapat jangkitan lain. Tetapi, HIV masih boleh dirawat pada tahap ini. Sekiranya anda mula menggunakan ubat HIV, teruskan menggunakannya, ikuti nasihat doktor anda dan jaga tabiat sihat agar anda boleh hidup lama.

Adakah tanda-tanda HIV berbeza untuk lelaki dan wanita?

Jangkitan HIV adalah berbeza antara jantina. Menurut ‘Ofifice on Women’s Health’, beberapa masalah kesihatan, termasuk jangkitan kelamin (STI) dan jangkitan kulat pada faraj lebih kerap berlaku dan lebih serius pada wanita yang mempunyai HIV.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/hiv-aids/early-signs-hiv-infection

https://www.webmd.com/hiv-aids/understanding-aids-hiv-symptoms

https://www.plannedparenthood.org/learn/stds-hiv-safer-sex/hiv-aids/what-are-symptoms-hivaids

error: Content is protected !!