Kad hari jadi penting tak sebagai hadiah bila tiba waktunya? Saya rasa penting, sebab rasa kurang bila beri hadiah tanpa kad buatan sendiri.
Kadang kala, orang akan menghargai kad hari jadi DIY lebih dari mereka menghargai hadiah itu sendiri, jadi kenalah pastikan kita buat kad yang istimewa dan bermakna. Apalagi cara yang lebih baik daripada membuatnya sendiri? Sekurang-kurangnya, itulah apa yang saya rasa.
Ada banyak kad hari jadi percuma yang boleh dicetak dari laman web besar tetapi kebanyakannya kekurangan sentuhan peribadi yang anda cari-cari. Anda nampak sendiri, anda buat banyak hadiah, jadi kad hari jadi bercetak yang nampak murah tak sesuai.
Kalau anda tengah cari idea dan langkah demi langkah untuk menghasilkan kad yang cantik di rumah yang boleh dibanggakan, jangan buang dah. Ini antara idea yang ada
IDEA KAD HARI JADI DIY
1. Kad harijadi telinga anjing
Kad dengan reka bentuk anjing ini ada ciri lidah yang boleh ditarik dan telinga terkelepai. Kad buatan sendiri ini akan menarik minat kanak-kanak dan juga pencinta haiwan terutamanya anjing. Tulis mesej yang istimewa pada telinganya untuk tambah keunikannya.
2. Kad berdaun
Oleh kerana kad ini sesuai untuk kedua-dua jantina, sangatlah ideal untuk dijadikan koleksi di rumah. Ia juga menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah, seperti buku skrap dan beg kertas membeli-belah.
3. Kad kon aiskrim
Reka bentuk kad kon aiskrim ini menggabungkan warna sorbet dan elemen tiga dimensi. Jadikan kad ini kepada sesuatu yang menyelerakan. Untuk sundae pilihan anda pula, gunakan kertas berwarna yang berlainan ataupun kapas dan juga kain felt, dan jangan lupa letakkan buah ceri di atas!
4. Kad konfeti hari jadi
Butiran rekat bentuk kad konfeti hari jadi ini mengambil masa yang agak lama untuk dibuat, dan memerlukan banyak gam, tetapi hasilnya sangat berbaloi dengan usaha. Sangat sesuai untuk gadis –gadis cilik dan pastinya dia akan sangat menghargai usaha yang anda letak masa buat kad ini.
5. Kad hadiah hari jadi
Biasanya, kad buatan sendiri akan dihiasi dengan kilauan dan ropol-ropol, tapi pelet warna bagi bagi kad ini dan reka bentuknya yang senang sesuai untuk diberikan kepada ayah, abang atau anak lelaki.
Untuk idea yang lebih versatil, gunakan reka bentuk yang sama, cuma tambah cetakan yang berlainan dan juga reben yang cantik.
6. Kad belon timbul
Jalur-jalur daripda lebihan kertas yang berada di luar kertas, dilekat menggunakan pita pelekat untuk kelihatan aesthetic, digunakan di dalam reka bentuk belon yang comel ini.
Belonnya akan timbul bila anda buka kad, memberi kejutan 3 dimensi yang menyeronokkan! Kad anda akan siap bila anda mengecap ucapan hari jadi di dalam dengan cap pilihan anda.
7. Kad bakul ‘tenunan’ ucapan hari jadi
Kad yang menarik dan menyeronokkan ini mirip sekali dengan bakul tenunan. Jalur suku inci daripada kertas skrap tenunan yang dibelah kecil adalah bahan-bahan yang anda perlukan. Gabungkan dengan kad ‘bakul tenunan’ berserta manisan dan jajan sebagai buah tangan.
8. Kad belon warna air
Untuk kad kreatif sebegini, anda kenalah gunakan kertas warna air yang timbul dan diwarnakan di atas dakwat tertekan yang timbul. Tekstur berbintik-bintik yang ada pada belon sangat menarik perhatian. Untuk meniru seni marmar pada belon anda, gunakan warna dakwat yang pelbagai.
9. Kad hari jadi pita washi bentuk lilin
Di dalam dunia reka bentuk yang sederhana, pita washi mejadi tarikan utama. untuk membuat kad lilin hari jadi yang mudah tetapi unik, gunakan banyak warna, kelebaran dan panjang yang berbeza. Pita washi sesuai untuk kek yang ditindan dan juga kek cawan.
10. Kad hari jadi geometri
Reka bentuk geometri yang mudah dan cantik ini, didatangkan dengan dakwat hitam dan percikan warna rawak. Ini adalah kad hari jadi yang sempurna buat seseorang yang sukakan percikan warna rawak. Mereka pasti akan teruja dengan kekreatifan dan perhatian anda terhadap butiran.
UCAPAN HARI JADI
1. Petikan
- “Muda remaja adalah hadiah alami, tetapi umur adalah hasil seni” – Stanislaw Jerzy Lec
- “Hari ini, awak adalah awak. Yang benari dari segala yang benar! Tiada siapa yang lebih hidup selain daripada awak.” – Dr. Seuss
- “Hari jadi adalah cara alam memberitahu awak untuk makan lebih banyak kek.” – Edward Morykwas
- “Rahsia untuk kekal awet muda adalah dengan hidup di dalam kejujuraan, makan dengan perlahan dan tipu umur sebenar anda.” – Lucille
- “Umur hanyalah jumlah yang bertambah setiap tahun untuk dinikmati oleh dunia” – Unknown
2. Jenaka
- Sangat menakjubkan bagaimana kita berdua masih teguh antara satu sama lain. Selamat hari jadi.
- Sempena hari jadi awak, saya mahu berikan sesuatu yang melucukan dan cantik, tapi saya lupa yang awak sudahpun ada saya dalam hidup awak jadi terimalah hadiah dari saya.
- Mesej dari kad bukan gaya saya, Selamat Hari Jadi.
- Tahniah kerana telah lahir beberapa tahun yang lalu…
- Awak tahu tak secara saintifiknya mereka yang dah sambut banyak hari jadi, hidup lagi lama mengikut statistik? Selamat Hari Jadi!
3. Sentimental
- Saya berdoa supaya awak mendapat perkara-perkara yang terpenting di dalam hidup; kesihatan, rasa damai, kasih sayang dan bahagia. Selamat Hari Jadi
- Pada hari jadi awak ini awak ada banyak sebab untuk bersyukur yang awak masih menghirup udara dan hidup untuk hari ini. Saya pun ada sebab, awak. Selamat Hari Jadi.
- Hitunglah hidup awak dengan senyuman, bukan tangisan. Hitunglah umur awak dengan kawan-kawan, bukan tahun. Selamat Hari Jadi.
- Ramai orang yang menginagti hari jadi awak. Saya cuma mahu beritahu, saya salah seorang dari mereka! Selamat Hari Jadi!
- Saya harap hari jadi awak yang istimewa sama indah seperti awak.
Kad hari jadi memegang banyak memori di antara pemberi dan penerima. Tidak kira samada ianya buatan sendiri atau dibeli. Niat untuk memberi ti pun adalah satu usaha yang besar. Dipadanakan pula dengan ucapan ikhlas dari hati, pastinya akan disemat dengan baik.
Ia boleh jadi semeriah atau seminimal yang mungkin. Ikut kemahuan awak, tapi kena ingat, bagi keutamaan kepada penerima sebab dia yang akan tengok, baca dan hargai pemberian anda ini.
Sumber: