Now Reading
10 Kafe Penang Breakfast Yang Patut Anda Cuba

10 Kafe Penang Breakfast Yang Patut Anda Cuba

enang Breakfast

Tercari-cari port Penang Breakfast? Jangan risau kerana kami kongsikan 10 lokasi Kafe Penang Breakfast untuk anda cuba. Teruskan membaca!

Penang merupakan antara salah satu negeri yang sangat terkenal dengan sektor pelancongan. Bukan sahaja tempatnya menarik malah sajian yang dihidangkan tidak kurang hebatnya sehingga digelar sebagai tempat ‘syurga makanan’.

Cakap sahaja anda nak apa, semua jenis makanan ada disini. Bagi anda yang tak sabar-sabar mencuba kafe yang menghidangkan sarapan pagi, anda boleh cuba salah satu kafe yang kami senaraikan seperti berikut.

1. The Coffee Cottage

The Coffee Cottage adalah cafe baharu mengetengahkan konsep Instagramable Retro yang berada di blok Nibong Tebal. Terletak di England House, kafe ini memiliki rumah kopi yang kecil dan comel dengan suasana ala-ala pondok Inggeris.

Jika anda seorang yang sukakan estetik, anda wajib singgah ke kafe ini! Jangan lupa untuk mengambil gambar sepanjang hari anda dan berehat seketika di pondok yang selesa dan comel ini kerana mereka menghidangkan minuman dan roti yang kelihatan begitu estetik,

Bukan itu sahaja, jika anda singgah ke sini anda kena cuba merasai keenakan kopi dan keknya! Bukan hanya kopi dan kek , hidangan istimewa seperti “Affogato with French Vanilla Ice Cream” juga akan memenuhi selera anda. Bayangkan kenikmatan kopi digandingkan bersama rasa aiskrim vanila Perancis. Sangat lazat!

Alamat: 10, Lorong Belatuk 9, Taman Belatuk, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 11 am – 7pm : Tutup pada hari Rabu

2. Hey Jojo

Adakah anda ingin mempunyai fancy date bersama teman wanita? Jika ya, kafe yang bertemakan Korea ini sangat sesuai! Hey Jojo juga adalah kafe baharu yang terletak di Nibong Tebal. Walaupun bangunan luarnya nampak seperti biasa, tetapi apabila melangkah masuk, mood anda terus berubah menjadi wow!

Ada pelbagai jenis makanan, kopi dan kek yang anda boleh cuba disini. Yang paling anda tidak boleh terlepas adalah merasai kek tembikai mereka. Ini adalah hidangan yang popular dan tidak terdapat dimana-mana. Jika anda mempunyai citarasa makanan Korea, anda boleh meluangkan masa singgah di kafe yang manis ini.

Alamat: No 1, Ground Floor, Lorong Santuari Merbok 1, Taman Santuari Merbok 14300 Nibong Tebal, Penang.
Waktu Operasi: 10 pagi-10 malam: dibuka setiap hari

3. Noviss Cafe

Bertempat di sebuah rumah kedai yang wujud sebelum zaman perang lagi, kebanyakan elemen kuno masih dikekalkan di Noviss Cafe. Anda pasti teruja saat melihat keunikan kafe ini pada luar bangunan.

Menyajikan pelbagai menu sarapan, kafe ini adalah penyelesaian sehenti anda untuk memulakan hari di Penang. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan secangkir kopi dan bersantailah sepuasnya di tempat yang memiliki sejarah ini.

Alamat: 17, Lebuh Cannon 10200 Georgetown Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 10 pagi-7 malam : Dibuka setiap hari

4. Jack & Bean’s Coffee

Sekiranya anda mencari kafe baru yang selesa di Pulau Pinang, inilah dia kafenya. Jack & Bean’s Coffee adalah kafe berkonsepkan ala-ala rumah yang menarik terletak di Nibong Tebal. Dicat dengan palet warna yang menenangkan, dengan suasana yang selesa anda tidak akan teragak-agak untuk menghabiskan hujung minggu anda di sini bersama rakan dan keluarga anda.

Anda boleh memilih untuk makan di luar kafe untuk merasai rasa tenang dan santai sambil menikmati sarapan pagi anda di Jack & Bean. Sekiranya anda mengunjungi kafe ini, rugi jika tidak memesan Kek Burnt Cheese mereka kerana keknya lembut dan rasa kejunya pekat. Sekali dah makan, rasa nak lagi!

Alamat: No 1725, Jalan Bukit Panchor, Taman Seri Permai, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 12-10: 30 pm, Ahad 10 am-9: 30 pm: Tutup pada hari Isnin

5.Kampung Cafe

Jika anda mencari lebih banyak jenis kopi dan menu sarapan tempatan, anda boleh datang sarapan di Kampung Cafe. Lokasinya mudah dijumpai dan terletak di kawasan kejiranan. Disini, mereka menyajikan hidangan terkenal mereka iaitu Polo Bun hingga sarapan ala barat. Anda pasti akan berpuas hati jika datang bersama ibu bapa dan keluarga tersayang.

Alamat: Depan 11A, Halia Hwy, 10470 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 8 am-3 pm: Tutup pada hari Isnin

6. Pace Coffee

Salah satu kafe baru di Pulau Pinang, Pace Coffee adalah tempat lain untuk pencinta cafe hopper. Dengan suasananya yang luas, dengan tema yang menenangkan, sangat sesuai untuk mengumpulkan seisi keluarga. Anda cakap je nak makanan apa, semuanya ada disediakan disini.

Alamat: 397, Lebuh Pantai, 10300 Georgetown, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 8 pagi-6 petang: Tutup pada hari Rabu

7. Crème De La Crème

Crème De La Crème (CDLC) tidak perlu diperkenalkan lagi, kini mereka menjadi sangat terkenal di Pulau Pinang! Jenama ais krim tempatan dari KL, makanan pencuci mulut buatan mereka sangat halus dan benar-benar cair di mulut anda. Luangkan masa untuk skip diet dan segera menikmati pencuci mulut yang pelbagai ini.

Alamat: 203C, Jalan Hutton 10050 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 12 pm-10pm: Jumaat 12 malam-11 malam

8. Unknown Cafe & Bistro

Adakah anda seorang peminat kopi yang tegar? Jika ya, anda perlu datang ke kafe ini. Unknown Cafe & Bistro ini terletak di Jalan Pahang, dengan menjanjikan suasana minimalis yang menenangkan. Apa yang uniknya, kafe ini adalah kafe pada waktu siang dan bistro pada waktu malam, menjadikan ianya tempat yang sempurna bagi sesiapa yang datang kesini.

Alamat: 35, Jalan Pahang, 10400 Georgetown, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 8 pagi-10 malam: Setiap hari

9. Continental Bakery

Bayangkan hari-hari anda bermula dengan mencium aroma roti yang baru sahaja dibakar pada waktu pagi. Sesiapa sahaja pasti akan tertarik dengan aroma yeast yang menyegarkan si pengunjung yang datang ke kafe ini.

Continental Bakery ini terkenal dengan hidangan roti bakar dan roti segar dan sihat. Jika anda singgah disini, anda wajib mencuba croissant butter Perancis, gulungan kayu manis, krim puff, sup cendawan dan roti kismis coklat.

Sebenarnya, semua roti mereka adalah sesuatu misteri kerana anda mungkin tidak dapat mencari kedai roti lain yang enak! Menjadikan kafe ini tempat yang sesuai untuk sarapan.

Alamat: 33 Nagore Rd 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Selasa-Sabtu: 10 pagi-7 malam, Ahad: 10 pagi- 6.30petang

Adakah perut anda terasa lapar ketika ini? Apa tunggu lagi, jangan lupa mencatit senarai kafe di Penang ini sebagai panduan sekiranya anda bercuti di Penang.

Pastikan setiap hari anda bersarapan di lain-lain lokasi! Dan, jadikan ia sebagai salah satu kenangan manis ketika anda disana.

Sumber:

https://thesmartlocal.com/malaysia/penang-cafes/

https://says.com/my/makan/2021-guide-cafes-in-penang-to-check-out

https://penangfoodie.com/best-breakfast-spots-in-penang/

error: Content is protected !!