Produk OXY adalah salah satu produk yang terkenal dalam mengubati dan mencegah jerawat. Hampir semua produk oxy mengandungi bahan Benzoyl Peroxide yang berguna untuk membunuh bakteria sehingga menyebabkan jerawat menjadi teruk. Bukan itu sahaja, produk OXY ini juga mengandungi salicylic acid yang digunkan untuk menyembuhkan jerawat dan mengeluarkan sel-sel kulit mati. Produk OXY ini sangat bagus untuk digunakan pada kulit yang sensitive walaupun mempunyai kandungan benzoyl tetapi kandungan tersebut sangat ringan.
OXY 10 Pimple Treatment 10g
RM9.19
OXY 10 pimple treatment ini sesuai digunakan untuk jerawat yang meradang dan besar. Ia mempunyai kandungan benzoyl peroxide sebanyak 10% untuk bekerja lebih kuat agar dapat menumpaskan jerawat. Jerawat tersebut kebiasaannya mempunyai nanah atau lemak yang sukar untuk dikeluarkan kerana boleh menyakitkan bahagian muka seseorang. Produk ini sesuai digunakan untuk sesiapa yang ada masalah seperti berikut.
OXY Ultimate Cleanser 100g
RM15.80
OXY ultimate cleanser ini digunakan untuk melawan jerawat serta membersihkan kotoran yang ada pada bahagian muka. Ia mengandungi bahan seperti peppermint yang sejuk dan tahan lama. Ia dapat menghilangkan komedo, jerawat, kulit mati dan kotoran yang terperangkap di bahagian pori-pori. Ia juga dapat membantu seseorang untuk menjaga kulit dengan sihat, lembut dan sentiasa lembab.
OXY Anti-Pimple Mark 12g
RM16.10
OXY anti-pimple mark ini untuk menyamarkan bekas jerawat dan ianya mengandungi vitamin C dan anti-oksida yang banyak untuk membantu memudarkan bekas jerawat serta tompok-tompok hitam. Ia juga dirumus bersama arbutin untuk mencerahkan dan menyeragamkan kembali tona kulit wajah secara berkesan.
OXY Anti Bacterial Acne Patch Thin 35s
RM12.88
OXY anti-bacterial acne patch thin ini dapat menyerap nanah dan minyak yang terdapat di dalam jerawat seperti span. Sifat anti-bakteria yang ada ini adalah untuk menyembuhkan dan meningkatkan pemulihan jerawat.
OXY Cover Acne Pimple Treatment with Benzoyl Peroxide (For Stubborn Acne)
RM16.50
Oxy cover acne pimple treatment ini untuk membunuh bakteria jerawat yang degil. Ia juga membantu mengeringkan minyak berlebihan dan membuka pori-pori yang tersumbat oleh bintik hitam dan rembesan berminyak, sehingga anda dapat memperoleh kulit yang jelas dan bebas jerawat dengan serta-merta.
OXY Oil Control Charcoal Wash 100g
RM15.80
OXY oil control charcoal wash ini dirumuskan dengan arang farmaseutikal dari Jepun. Ia digunakan untuk membersihkan liang-liang pori dengan efektif,menyerapkan lebihan minyak dan membersihkan wajah agar bebas dari cela dan kilauan minyak. Arang yang terdapat dalam produk ini mampu untuk memberi pembersihan yang mendalam kepada kulit, melegakan liang pori dan menaggalkan sel kulit mati. Tambahan pula, OXY Oil Control Charcoal Face Wash turut diperkayakan dengan Minyak Zaitun semula jadi untuk membantu mengoptimumkan tahap lembapan semula jadi kulit. Kini anda boleh memiliki kulit yang bersih tanpa rasa kering atau ketat. OXY Oil Control Charcoal Face Wash akan menjadikan kulit akan kekal bersih & sihat serta kekal segar dan bebas kilauan minyak sepanjang hari.
OXY Whitening Face Wash 100g
RM15.80
OXY whitening face wash ini sesuai untuk kulit yang berminyak. Ia dapat membantu untuk mencerahkan dan meningkatkan keindahan kulit. Ia juga mempunyai exfoliate yang membantu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dengan lembut untuk mengelakkan liang pori tersumbat. Ia juga sesuai untuk pembersihan yang dalam iaitu untuk membersihkan jauh ke dalam liang untuk menghilangkan kotoran dan minyak..
OXY Acne Control Whitening Foam Wash 150ml
RM12.45
OXY Acne Control Whitening Foam Wash adalah cucian lembut yang boleh membersihkan secara mendalam dengan busa kaya dan lembut untuk kulit yang jernih, licin dan sihat. Buih yang padat dan ultra halus membersihkan kotoran dan minyak dengan lembut. Formulasi jerawat pula mengandungi Asid salisilik yang boleh menembusi liang yang tidak keluar dan membantu mencegah jerawat. Ia juga boleh mencerahkan Kulit dengan adanya Vitamin C untuk menghilangkan kusam pada kulit agar kulit lebih cerah dan berseri. Lightens Pimple Mark mengandungi Centella Asiatica dengan kemurnian tinggi untuk menenangkan kemerahan dan meringankan bekas jerawat.
OXY Anti-Blackhead Wash 100g
RM11.80
Pencuci muka OXY Anti-Blackhead ini dirumuskan dengan ramuan yang kaya dengan mineral gunung berapi yang mana boleh bertindak untuk mengekalkan kulit wajah kita agar lebih bersih dan bebas daripada bintik hitam iaitu dengan membersihkan liang pori dengan mendalam, bebas minyak dan kotoran pada muka, mencegah pembentukkan bintik hitam dan jerawat, mengawal rembesan sebum, dan penghidratan yang lebih berpanjangan.
OXY Acne Control Toner 150ml get rid of Oily Skin
RM13.50
OXY Acne Control Toner 150ml get rid of Oily Skin ini mempunyai beberapa manfaat serta kandungan yang bagus untuk digunakan. Isopropyl Methylphenol yang ada dalam produk ini berfungsi untuk melawan jerawat dan komedo, mampu membersihkan pori-pori dan mengecilkan serta menghaluskan pori-pori yang besar. Selain itu, absorbs excess oil yang ada dalam produk ini juga dapat mengurangi kilang minyak yang berlebihan diwajah dan mengunci pori-pori. Moisturizer pula mengandungo Aloe Extract untuk menjaga kulit agar tetap lembab dan lembut sehingga kulit wajah tidak terasa kering.