Now Reading
10 Kelebihan Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

10 Kelebihan Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

10 Kelebihan Menarik Minyak Kelapa Dara Terhadap Kesihatan Dan Kecantikan

Belakangan ini, terdapat peningkatan kajian-kajian yang membuktikan bahawa Minyak Kelapa Dara boleh memberi kelebihan dan manfaat baik kepada kesihatan serta kecantikan luaran dan dalaman seseorang.
Minyak Kelapa, secara umum dikategorikan sebagai lemak sihat justeru itu, berikut merupakan kelebihan minyak kelapa dara terhadap kesihatan dan kecantikan anda:

1. Mengurangkan berat badan

Minyak Kelapa Dara boleh meningkatkan tenaga anda justeru itu, ia membantu badan untuk membakar lebih banyak lemak terutamanya lemak di bahagian perut, dan juga boleh mengurangkan selera makan anda. Tidak seperti lemak lain, rangkaian asid lemak sihat dalam minyak kelapa dara tidak diserap ke dalam saluran darah. Sebaliknya, ia ditukarkan kepada tenaga dan sebagai hasil, badan tidak akan menyimpan lemak tambahan. Memandangkan minyak kelapa dara adalah tinggi kalori, penggunaannya perlu digabungkan dengan diet yang sihat dan senaman berkala bagi memastikan pengurangan berat badan maksimum.

2. Memperbaiki fungsi hormon dan tiroid

Rangkaian asid lemak sihat dalam minyak kelapa dara dikatakan boleh mempercepatkan metabolisme dalam badan, lalu meningkatkan tenaga dan merangsang fungsi tiroid. Selain itu, ia juga mengandungi asid laurik yang menstabilkan hormone secara semulajadi dan meningkatkan tahap estrogen lebih-lebih lagi sewaktu menopaus.

3. Menghalang jangkitan yis dan candida

Beberapa kajian saintifik telah menunjukkan bahawa asid kaprik dan asid laurik dalam minyak kelapa dara bermanfaat sebagai rawatan berkesan bagi keadaan candida albican dan jangkitan yis. Minyaknya turut mengandungi asid caprylic yang terkenal dengan kelebihannya untuk memusnahkan bakteria berbahaya dan  lebihan candida.

4. Rintangan insulin dan penyakit kencing manis

Minyak kelapa dara mengawal kadar gula darah di samping memperbaiki rembesan insulin dalam badan dan tidak mengakibatkan lebihan insulin. Apabila sel-sel dalam badan mempunyai rintangan insulin, pankreas anda akan mengepam insulin secara berterusan sehingga mengakibatkan lebihan insulin dalam badan. Keadaan ini boleh jadi berbahaya kerana rintangan insulin merupakan tanda awal bagi kencing manis jenis 2. Kandungan asid lemak sihat dalam minyak kelapa dara membantu mengurangkan kerja pankreas dengan membekalkan sumber tenaga yang tidak bergantung kepada gula darah.

5. Kolesterol dan penyakit jantung

Kadar asid laurik yang tinggi dalam minyak kelapa dara membantu jantung anda dengan mengurangkan jumlah kolesterol serta meningkatkan kolesterol yang baik dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa, memasak menggunakan minyak kelapa dara boleh mengekalkan tahap trigliserida yang sihat, selagi mana anda mengikuti diet sihat dan rutin senaman yang berkala.

6. Kesihatan badan umum

Minyak kelapa dara dikatakan baik untuk kesihatan badan kerana ia mengandungi asid lemak tepu yang berfungsi meningkatkan sistem metabolisme dalam badan. Selain itu, ia juga boleh membunuh bakteria bahaya sekaligus membuatkan badan anda imun terhadap sesuatu penyakit.

7. Kesihatan jantung umum

Asid laurik yang terkandung dalam minyak kelapa dara mengawal kesihatan umum jantung anda. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, ia mengurangkan kolesterol jahat dalam badan anda dengan menukarkannya kepada kolesterol baik.

8. Menyuburkan rambut

Bagi anda yang mempunyai rambut yang kering dan kusut, atau rambut gugur, anda boleh meletakkan sedikit minyak kelapa dara pada semua bahagian rambut atau hanya bahagian yang kering. Selain itu, minyak ini juga boleh dijadikan sebagai ‘mask’ rambut pada setiap hari atau setiap minggu. Letakkan sebanyak mana yang anda mahu pada rambut anda dan biarkan selama satu jam, kemudian bilas. Sekiranya anda melakukannya dengan kerap, rambut anda akan menjadi lembut dan mudah diurus.

9. Penjagaan kulit

Minyak kelapa dara boleh juga digunakan sebagai pelembap, terutamanya bagi kulit yang kering. Anda boleh menyapunya ke seluruh badan, lebih-lebih lagi di kawasan yang kering seperti siku, tumit dan leher. Anda juga boleh menggunakannya sebagai skrub dengan menambahkan gula atau menjadikannya sebagai ‘mask’ wajah bersama madu atau gel lidah buaya.

10. Pembersih solekan

Minyak kelapa dara sesuai untuk membersihkan solekan kalis air dan yang sukar untuk ditanggalkan dari kulit wajah anda. Caranya amat mudah, titiskan beberapa titis minyak kelapa dara ke atas kapas wajah dan sapukannya ke wajah kemudian bilas.

Dapatkan Minyak Kelapa Dara Hari Ini !

Minyak Kelapa Dara D’Aura Softgel

RM 32.00

Minyak Kelapa Dara Premium D’Aura

RM 23.99

Sumber

https://www.healthline.com/nutrition/top-10-evidence-based-health-benefits-of-coconut-oil

https://www.medicalnewstoday.com/articles/282857

https://www.thestreet.com/lifestyle/health/benefits-of-coconut-oil-14776575

https://www.netmeds.com/health-library/post/virgin-coconut-oil-uses-nutrition-and-health-benefits

error: Content is protected !!