Now Reading
10 Kolam Mandi Awam di KL, Selangor dan PJ

10 Kolam Mandi Awam di KL, Selangor dan PJ

kolam mandi

Kolam mandi berkualiti ada yang lengkap, ada yang tidak. Ianya merangkumi semua, dari kolam mandi bersaiz Olimpik sehingga saiz sederhana.

Kami telah mengumpulkan senarai kolam mandi awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sejak dari dahulu lagi berenang telah menjadi sebuah sukan yang menyeronokkan. Salah satu cara untuk mereka yang berkeluarga untuk meluangkan masa bersama di samping belajar.

Buat sesetengah individu pula ianya bukan sekadar hobi di waktu lapang, malah gaya hidup dan sumber rezeki. Kolam-kolam ini sangat berpatutan harganya untuk pelajar dan pelatih yang ingin menggunakan ia pada bila-bila masa.

3K Swimming Complex kolam mandi

3K Swimming Complex adalah salah sebuah kolam mandi popular di Selangor. Lebih-lebih lagi di daerah Subang Jaya kerana ianya merupakan satu-satunya kolam mandi awam di sini.

Selain daripada Stadium Nasioanl, 3K ialah antara kolam yang dilengkapi dengan kemudahan terbaik di Lembah Klang. Terdapat tiga jenis kolam tersedia di sini:

  1. Kolam indoor – kolam 7 lorong 50m
  2. Kolam bersaiz Olimpik
  3. Kolam kanak-kanak

Lokasi: Jalan SS1 13/1a, Ss 13, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu beroperasi: 9am – 9pm

Hubungi: +603 5636 9233

PJ Palms Sport Centre kolam mandi

PJ Palms Sport Centre terletak di pusat bandar. Memegang reputasi sebagai kolam mandi awam dengan penjagaan terbaik di Malaysia. Pusat ini telah mengendalikan beberapa pertandingan, penggambaran filem dan penyelaman terbuka.

Mereka juga mempunyai kemudahan yang pelbagai, termasuk dua buah kolam 50 meter dengan 8 lorong. Ya! Betul apa yang anda baca tu, mereka adaa dua buah kolam 50 meter di sini. Zon kanak-kanak juga tersedia buat si kecil yang ingin bermain air.

Lokasi: Lorong Sultan, Seksyen 52, 46200 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi: 8am – 10pm

Hubungi: +6016 353 3600

Marina Putrajaya Swimming Complex

Di Putrajaya juga ada kolam mandi awam okay. Mereka yang tinggal berdekatan boleh datang singgah ke Marina Putrajaya Swimming Complex.

Mereka menyediakan kelas berenang di sini, diajar khusus dari tenaga pengajar yang berpengalaman dan terlatih. Anda dengan anak-anak berada di tangan mereka yang berpengalaman bila-bila anda datang ke Marina.

Lokasi: 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu beroperasi: 9am – 11:45pm

Hubungi: +603 8881 0648

Bangsar Sports Complex

Bangsar Sports Complex, terletak di kawasan kediaman Bangsar village, satu lagi tempat untuk para perenang teroka. Kolam mandi komuniti outdoor ini sedikit sejuk kerana dikelilingi dengan rimbunan pohon. Lorong kolamnya pula mempunyai kepanjangan 25 meter.

Lokasi: Jalan Terasik 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi: 9:30m – 8:30pm

Hubungi: +603 2284 6065

Chin Woo Stadium

Chin Woo Stadium telah beroperasi selama lebih dari 50 tahun. Arena ini senang untuk dikunjungi kerana mempunyai akses pengangkutan awam disebabkan ia berdekatan dengan Chinatown (Jalan Petaling) dan Stadium Merdeka.

Walaupun mempunyai kolam outdoor 50 meter sebagai penarik utama, lokasi ini juga pernah mengendalikan majlis tarian singa, tarian naga dan juga persembahan wushu.

Lokasi: Jalan Hang Jebat, City Centre, 50150 Kuala Lumpur.

Waktu beroperasi: 2pm – 8pm (Hari bekerja) | 9am – 8pm (Hujung minggu)

Hubungi: +603 2072 4602

Kelana Jaya Municipal Pool

Sebuah lagi kolam mandi yang sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil iaitu, Kelana Jaya Municipal Pool. Mereka yang minat dengan senaman renang boleh menambah baik kemahiran kuak dan berlatih untuk pertandingan menggunakan kemudahan di sini.

Persekitaran di sini tidaklah terlalu menarik pandangan mata tetapi ia masih menyediakan kolam yang agak besar buat pengunjung yang hadir.

Lokasi: MPPJ Sports Complex, Jalan Stadium SS7/15, 47301 Selangor.

Waktu beroperasi: 9am – 9pm

Hubungi: +603 7876 8986

KLCC Park

Taman permainan kanak-kanak berkeluasan 2 ekar dan kolam mengembara adalah tarikan utama buat keluarga. Di sebalik kolam mengembara di sini, terdapat air terjun di mana pengunjung boleh bermain percikan air.

Bahagian paling menyeronokkan? Nak masuk sini percuma saja! Bukan itu sahaja, taman ini juga mempunyai trek larian seluas 1.3 kilometer dengan pemandangan Lake Symphony yang indah.

Lokasi: Jalan Ampang Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur.

Waktu beroperasi: 10am – 730pm

Hubungi: +603 2380 9032

Kuala Lumpur Swimming Complex

Secara umumnya, Kuala Lumpur Swimming Complex dikenali sebagai salah satu daripada kolam mandi terbersih di bandar. Terdapat pelbagai kelas dan pertandingan telah diadakan di sini.

Pada hari Sabtu, pemain polo air akan mengadakan latihan manakala Ahad akan dipenuhi dengan keluarga. Pengunjung boleh berenang sepuas hati di dalam kolam seluas 50 meter dengan lapan lorong ini.  

Lokasi: Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Waktu beroperasi: 2:00pm – 9:00pm (Hari bekerja) | 9:30am – 9:00pm (Hujung minggu)

Hubungi: +603 9131 6353

Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil

Anda ingin memperbaiki kemahiran berenang? Mungkin dengan berenang di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil dapat membantu anda. Kolam mandi bersaiz Olimpik, kolam Terjunan dan kolam Training ada tiga buah kolam terpisah yang ada di pusat ini.

Triatlet dan perenang pusingan akan berlatih gaya kuaka mereka di sini. Buat mereka yang baru sahaja mencuba, jangan risau, anda boleh bermula dengan kedalaman 1.2 meter kemudian boleh beralih ke bahagian berkedalaman 1.8 meter pula.

Lokasi: L2-E-10, Enterprise 4, Aras 2, Technology Park Malaysia, Lebuhraya Puchong Sg. Besi, Bukit Jalil 57000 Seri Petaling

Waktu beroperasi: 8am – 10pm (Tutup setiap Isnin)

Hubungi: +603 8992 0888

Pusat Akuatik Shah Alam

Pusat Akuatik Shah Alamini ialah sebuah pusat kolam mandi yang telah bertapak selama hampir 2 dekad lamanya, tapi kemudahan dan peralatan di sini masih dalam keadaan yang baik. Mereka juga mempunyai kolam bersaiz olimpik diikuti dengan kawasan berenang dan polo air.

Lokasi: Level 1, Kuadron B, Stadium Shah Alam, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.

Waktu beroperasi: 9:00am – 8:15pm (Closed on Mondays)

Hubungi: +603 5519 8133

Kalau anda rasa nak bersatu semula dengan air, cuba lah salah satu daripada kolam mandi di atas. Selain dari yuran kemasukan yang berpatutan, tempat macam inilah yang boleh bantu anda perkuatkan lagi kemahiran berenang. Selamat berenang semua!

Sumber:

https://auntiereviews.com/swimming-pool-malaysia-near-me/

https://hype.my/2017/140794/public-swimming-pools-klang-valley/

error: Content is protected !!