Now Reading
10 Langkawi Homestay Terbaik di Langkawi Malaysia

10 Langkawi Homestay Terbaik di Langkawi Malaysia

langkawi homestay

Langkawi terbentuk daripada 99 kepulauan di bahagian pantai barat Malaysia. Bentuk muka bumi di Pulau Langkawi yang pelbagai membuatkan ianya negeri yang kaya dengan hasil pertanian padi dan juga pesat di dalam industri pelancongan.

Aktivit pelancongan yang merangkumi aktiviti yang mesra kekeluargaan dan lasak, seperti Underwater World , Pantai Lok Cable Car , Ekspedisi Hutan Bakau , Ekspedisi menyelam lautan , snokeling di pantai dan banyak lagi.

Langkawi telah diwartakan sebagai negeri BEBAS CUKAI , maka produk jenama import lebih murah. Menjadikan ianya lubuk berbelanja tanpa had. Terdapat banyak Langkawi Homestay di persekitaran tempat pelancongan.

Kebanyakan langkawi homestay berharga murah dan mempunyai pelbagai pilihan.

Senarai 10 Langkawi Homestay:

The Temak Villa

Lokasi : Pantai Cenang

Di lengkapi dengan WIFI dan kolam renang persendirian. Untuk bersantai, boleh duduk di balkoni bilik sambil menikmati pemandangan taman  disekitar vila. Kawasan strategik untuk ke Pantai Cenang ( 1km ) , Underwater World (1.2km) , Laman Padi (2.8km). Membuatkan vila ini dikenali ramai pelancong luar adalah pemilik dan staf yang bekerja yang peramah dan selalu membantu penginap atas keperluan mereka sepanjang penginapan.

Village 218 Guest House

Lokasi : Kuala Kuah

Dielengkapi dengan WIFI , halaman taman untuk beriadah dan tempat letak kereta. Agak jauh daripada lokasi pusat bandar tetapi berdekatan dengan jalan utama untuk memandu ke mana sahaja, contoh nya Taman Lagenda (1.6 km), Kristal Langkawi ( 1.6km), Sungai Kilim Nature Park ( 1.9km), Langkawai Bird Paradise (1.9km), Dataran Helang ( 2.7km ), Pulau Paya Marine Park ( 24km ), Kuah Jetty (1.6km), Langkawi Airport (6.8km) dan sebagainya

Soluna Guest House

Lokasi : Pantai Cenang

Dilengkapi dengan kemudahan ruang tamu umum, tempat letak kereta, Dapur kongsi dan WIFI. Untuk di bilik, disediakan meja dan patio untuk istirehat .

Rumah tumpang yang berhadapan dengan pemandangan pantai cenang (400 metre), berdekatan dengan Laman Padi (701 metre), Underwater world (1.5 km ), Lapangan terbang Langkawi (3.1km)

Sunset Bay Cottage

Lokasi : Tanjung Rhu

Sebuah rumah yang dilengkapi dengan TV, ruang duduk santai, bilik mandi dan cerek elektrik. Cottage ini sesuai untuk yang mencari ketenangan kerena jauh daripada kesibukkan pusat bandar, Pantai Cenang (11km), daerah Kuah (8.7km), lapangan Terbang Langkawi ( 8.7 km )

Bambu Gateway

Lokasi : Kuala Kuah

Setiap bilik disediakan dengan tv, ruang duduk, balkoni dan bilik mandi. Kemudahan yang lain pulak tempat letak kereta, perkhidmatan sewa kereta / motosikal dan WIFI. Untuk yang suka bersenam, terdapat Fitness Centre berada di Kawasan yang sama.

Bambu Gateway sangat dekat dengan Pantai Tanjung Rhu, Bukit Raya dan Lapangan Terbang Langkawi.

Roomate Studio

Lokasi : Kuah

Bilik berkonsepkan asarama , dilengkapi dengan tv untuk penginap duduk santai, WIFI dan penghawa angin.

Sesuai untuk yang mahu menginap berdekatan dengan Langkawi Kristal, Pantai Taman Lagenda dan Lapangan Terbang Langkawi

Tempoyak Vila Homestay

Lokasi : Cenang

Menyediakan kemudahan dan vila persendirian yang mempunyai pemandangan lansung ke arah pantai cenang. Kelengkapan seperti TV, peralatan memasak, dapur yang lengkap, meja makan, peti sejuk, dan cerek. Sekiranya mahu menikmati angin yang segar, terdapat kolam kecil untuk memancing sambil piknik.

Untuk beriadah, boleh bertandang ke Underwater world ( 1.7 km) dan Cenang Mall (1.1 km)  kerana hanya bersebelahan sahaja.

Langkawi Cozy Home.

Lokasi : Kuala Kuah

Kelengkapan dan kemudahan tersedia seakan suasana di rumah sendiri kerana semua nya ada, tv, dapur, 4 bilik, mesin pencuci, 4 bilik mandi, Tempat BBQ, pondok kecil dan tempat letak kereta. Sekiranya, teringin menyusuri di tepi pantai, Langkawi Cozy home juga menyediakan beberapa buah basikal di halaman nya, boleh diguna secara percuma.

Haluan ke Langkawi Bird paradise dan Dataran Helang  juga berdekatan, hanya 2.7km ke 3.7km jarak lokasi. Lapangan terbang Langkawi terletak 6.8km daripada tempat penginapan.

Sabandy Guest House

Lokasi : Matsirat.

Sabandy Guest house terletak di sekitar Kawasan lapangan terbang Langkawi, hanya 900 meter jaraknya. Tetapi untuk ke tempat lain, harus menaiki kenderaan kerana agak jauh, seperti Langkawi Kristal 11km, Sungai Kilim Nature Park 11km, Langkawi Bird Paradise 11km, Malaysia Book Village 11km dan sebagainya.

Kemudahan yang disediakan hanyalah asas seperti tv, bilik persendirian , ruang tamu kongsi bersama penginap yang lain

Rainbow Lodge

Lokasi : Pantai Cenang

Apa yang istimewa tentang Rainbow Lodge ini, ada bar untuk bermain dart bersama penginap yang lain, di halaman taman nya. Untuk bilik-bilik, ada bilik mandi persendirian dan tv untuk istirehat di bilik. Untuk yang memerlukan sarapan pagi yang awal, di sini ada disediakan setiap hari.

Tempat-tempat terkenal yang berdekatan dengan lodge adalah, Laman Padi Langkawi, Underwater world Langkawi, dan Cenang Mall. Lapangan Terbang Langkawi pula terletak 3.2km daripada lodge.

Nanti PKP sudah tamat anda bolehlah booking flight dan pergi ke Langkawi. Kami pun sudah senaraikan 10 homestay untuk anda. Semoga bermanfaat!

Sumber:

http://www.langkawi-info.com/

https://www.booking.com/homestay/region/my/langkawi.

error: Content is protected !!