Sering tertanya-tanya makanan sihat mana yang kaya dengan khasiat semulajadi? Sebilangan besar makanan adalah sihat dan enak. Tiada istilah sukar untuk mendapatkan makanan sihat, cuma menjadi tanya soalnya adakah anda sudah bersedia untuk mengubah gaya pemakanan anda?
Penuhi pinggan anda dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein berkualiti, dan makanan berkhasiat yang lain, agar dapatkan makanan yang berwarna-warni, serba boleh, dan enak untuk anda.
Berikut adalah 10 makanan yang sangat sihat. Sebilangan besar daripadanya adalah sangat lazat, tak perlu takut lagi kerana kami jamin anda akan berpuas hati!
1. Ulam – Ulaman
– Pegaga
Pegaga telah digunakan untuk merawat bronkitis, asma, rembesan berlebihan jus gastrik, disentri, masalah buah pinggang sejak berabad lamanya. Herba ini dikatakan berkesan untuk menurunkan tekanan darah.
– Petai
Dalam perubatan tradisional Melayu, petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung, kencing manis dan membersihkan buah pinggang. Petai kaya dengan serat, justeru ia merangsang tenaga dengan cepat dan berterusan.
– Kangkung
Kangkung adalah sejenis sayur yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat. Ia boleh mengubati pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti bisul, cacar air, buasir, ulser, sembelit dan masalah kelemumur pada rambut.
2. Telur
Telur adalah antara makanan yang paling berkhasiat di dunia. Ia sebelumnya dianggap tidak berkhasiat kerana tinggi kolesterol, tetapi kajian baru menunjukkan bahawa telur adalah makanan sihat dan selamat.
3. Buah – Buahan
– Epal
Epal tinggi serat, vitamin C, dan tinggi antioksidan. Makanan ini sangat mengenyangkan dan menjadikan makanan ringan yang sempurna jika anda berasa lapar di antara waktu makan.
– Avokado
Avokado berbeza daripada kebanyakan buah kerana ia mengandungi lemak yang sihat dan bukannya karbohidrat. Bukan sahaja berkrim dan enak tetapi ia juga tinggi serat, kalium, dan vitamin C.
– Pisang
Pisang adalah antara sumber kalium terbaik di dunia. Ia juga tinggi vitamin B6 dan serat, selain itu ia juga mudah dimakan dan dibawa.
– Beri biru
Beri biru bukan sahaja enak tetapi ia juga antara sumber antioksidan paling kuat di dalam dunia.
– Oren
Oren terkenal dengan kandungan vitamin C sejak dulu lagi. Malah ia juga tinggi serat dan antioksidan.
– Strawberi
Strawberi sangat berkhasiat dan rendah karbohidrat dan kalori. Antara makanan paling enak yang sarat dengan vitamin C, serat, dan mangan.
4. Daging
– Dada Ayam
Dada ayam adalah makanan sihat yang rendah lemak dan kalori tetapi sangat tinggi protein. Ia adalah sumber nutrien yang hebat. Ada boleh makan potongan dada ayam yang lebih besar jika anda tidak makan karbohidrat yang banyak.
– Daging Kambing
Kambing biasanya diberi makan rumput, dan dagingnya cenderung mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi.
5. Kacang dan Bijian
– Badam
Badam adalah kacang yang terkenal dengan vitamin E, antioksidan, magnesium, dan serat. Kajian menunjukkan bahawa badam dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan metabolik.
– Biji Chia
Biji Chia adalah antara makanan yang paling padat nutrien di dalam planet ini. 28 gram padat dengan 11 gram serat dan sejumlah besar magnesium, mangan, kalsium, dan pelbagai nutrien lain.
BMS Organics-Chia Seeds (300g)
RM 32.00
Benih Chia berasal dari tanaman berbunga dalam keluarga pudina. Ini memberikan senarai panjang manfaat kesihatan dan pastinya merupakan tambahan yang sihat untuk diet harian anda!
Bebas gluten dan bukan GMO
Sumber asid lemak omega-3 yang sihat – membantu mencegah kolesterol tinggi dan darah tinggi
Tinggi kalsium – membantu menguatkan tulang dan gigi
Kaya dengan protein tumbuhan, serat makanan dan mineral
– Kacang Macadamia
Kacang macadamia sangat sedap. Selain itu, ia juga mempunyai lemak tidak tepu tunggal yang lebih tinggi lemak dan asid lemak omega-6 lebih rendah daripada kebanyakan kacang lain.
6. Sayur-sayuran
– Asparagus
Asparagus adalah sayur yang popular dan sering dihidangkan bersama steak. Ia rendah karbohidrat dan kalori tetapi mengandungi vitamin K yang banyak.
– Cili Benggala
Anda boleh dapati cili benggala dalam pelbagai warna, termasuklah merah, kuning, dan hijau. Ia sayur yang ranggup dan manis, serta sumber antioksidan dan vitamin C.
– Bawang Putih
Meskipun mempunyai bau yang kuat, bawang putih merupakan sayur yang sangat sihat. Ia mengandungi sebatian organosulfur bioaktif yang mempunyai kesan biologi yang kuat, termasuklah meningkatkan fungsi imun. Jika sukar untuk anda mengambil bawang putih dengan cara begitu anda boleh juga dapatkan suplemen bawang putih di farmasi.
Blackmores Garlic Capsule 90s
RM 19.90
Minyak Bawang Putih Blackmores memberikan kelebihan bawang putih dalam bentuk minyak pekat. Minyak Bawang Putih Blackmores mengandungi setara dengan 3g Bawang Putih setiap kapsul. Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang tertumpu dalam mentol. Sebatian sulfur ini merangkumi alliin, asid amino yang mengandungi sulfur.
Alliin bertanggungjawab untuk banyak tindakan bermanfaat bawang putih. Alliin ditukar oleh enzim yang terdapat secara semula jadi dalam bawang putih menjadi allicin sebatian aktif, apabila bawang putih dipotong, dihancurkan atau dikunyah. Allicin bertanggungjawab untuk ciri bau bawang putih, dan aktiviti biologi bawang putih terletak pada kemampuannya menghasilkan allicin.
7. Ikan dan Makanan Laut
– Udang
Udang adalah sejenis krustasea yang berkaitan dengan ketam dan udang galah. Ia cenderung rendah lemak dan kalori tetapi tinggi protein. Selain itu, ia juga dipenuhi dengan pelbagai nutrien lain, termasuklah selenium dan vitamin B12.
– Ikan Trout
Trout adalah sejenis ikan air tawar yang lazat, sama seperti salmon. Ikan perairan sejuk adalah sumber terbaik asid lemak Omega-3, nutrisi yang amat penting dalam kesihatan manusia. Nutrisi penting ini juga adakalanya dikenali sebagai asid lemak politaktepu. Bukan sahaja terbukti mengurangkan keradangan protein dalam badan malah menambahbaikkan fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan pelbagai penyakit lain. Selain daripada makan makanan ini secara langsung anda juga boleh memperolehi khasiat omega 3 melalui pengambilan suplemen minyak ikan.
Biolife Omega 3 Fish Oil Plus 2X200’S
RM 91.40
Minyak ikan omega-3 1000mg adalah salah satu sumber asid lemak tak jenuh ganda omega-3, EPA dan DHA. Asid lemak tak jenuh ganda Omega-3 memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi normal dalam badan.
8. Biji-bijian
– Oat
Oat sangat sihat. Ia sarat dengan nutrien dan serat tinggi yang dikenali sebagai beta-glucan, yang memberikan banyak faedah.
Quaker Whole Rolled Oats
RM 9.30
Memasak cepat, Beta-Q β-glukan – membantu mengurangkan kolesterol, menggalakkan kesihatan jantung, membantu kesihatan usus, 100% oat Australia, seluruh serpihan memberi lebih banyak gigitan & tekstur,
Quaker Whole Rolled Oats mengandungi serat makanan sebanyak 4 kali ganda dari epal *. Seratnya yang tidak larut merangsang pergerakan usus, membantu sistem pencernaan berjalan lancar.
– Quinoa
Quinoa telah menjadi sangat popular di kalangan individu yang mementingkan kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Bijirin yang enak dan tinggi nutrien, seperti serat dan magnesium. Ia juga merupakan sumber protein tumbuhan yang sangat baik.
9. Roti
– Roti Ezekiel
Roti Ezekiel adalah roti paling sihat yang boleh anda beli. Ia diperbuat daripada biji-bijian organik dan tumbuh-tumbuhan, serta beberapa kekacang.
– Roti Rendah Karbohidrat Buatan Sendiri
Secara keseluruhan, pilihan terbaik untuk roti adalah roti yang anda buat sendiri.
10. Lemak dan Minyak
– Minyak Zaitun Ekstra Dara
Minyak zaitun ekstra dara adalah salah satu minyak sayuran paling sihat yang anda dapati. Ia mengandungi lemak tak tepu tunggal yang sihat untuk jantung dan antioksidan yang sangat tinggi dengan manfaat kesihatan yang baik.
Olivie Plus Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’
RM 119.90
Diimport dari E-Borouj, Maghribi
Organik yang diperakui oleh USDA, CERES, Sijil Makanan IFS-Standard Makanan Tahap Lebih Tinggi, Sijil Pengesahan-Standard Global untuk Keselamatan Makanan, ISO 22000: 2005
Dihasilkan dengan menggunakan teknik ‘Mechanical Cold-Pressed’
Extra virgin olive oil 100% Tanpa Penapis
Pokok zaitun ditanam dalam keadaan pepejal yang gersang, iklim yang keras dengan sistem pengairan yang minimum dan tanpa baja atau racun perosak yang digunakan yang mencetuskan mekanisme kelangsungan hidup yang menghasilkan minyak zaitun paling tinggi yang dapat anda beli.
Penyelidikan berterusan menunjukkan bahawa Olivie Plus 30X mengandungi 30 kali lebih banyak antioksidan Hydroxytyrosol dan Oleocanthal secara semula jadi lebih banyak daripada Minyak Zaitun Extra Virgin konvensional.
JADI,
Sekarang kalian sudah tahu makanan sihat yang bagus untuk dicuba, jadi apa tunggu lagi? Jom sihat bersama – sama! Apabila anda praktikkan gaya pemakanan yang sihat pastinya anda akan jadi lebih cergas dan tubuh badan anda kuat menentang penyakit berbahaya.
Sumber
https://www.healthline.com/nutrition/50-super-healthy-foods#fats-and-oils
https://www.healthline.com/nutrition/20-most-weight-loss-friendly-foods
https://www.realsimple.com/health/nutrition-diet/healthy-eating/the-30-healthiest-foods