Rutin harian sebenarnya mempunyai impak besar pada kesihatan dan ketahanan sendi-sendi badan. Misalnya, memilih makanan yang dapat membaiki kepadatan tulang, menguatkan sambungan tisu-tisu badan dan mengurangkan keradangan, membantu mengurangkan sakit sendi dan menguatkatkannya untuk gaya hidup yang aktif. Sebagai permulaan untuk hidup yang sihat dan berpanjangan, tumpuan pada diet perlu dititikberatkan.
Berikut adalah 10 makanan yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit sendi dan meningkatkan pergerakan (mobility) pada sendi:
#1 Asid lemak Omega-3/ Minyak ikan
Ikan perairan sejuk adalah sumber terbaik asid lemak Omega-3, nutrisi yang amat penting dalam kesihatan manusia. Nutrisi penting ini juga adakalanya dikenali sebagai asid lemak politaktepu. Bukan sahaja terbukti mengurangkan keradangan protein dalam badan malah menambahbaikkan fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan pelbagai penyakit lain.
Biolife Omega 3 Fish Oil Plus 2X200’S
RM 91.40
Minyak ikan omega-3 1000mg adalah salah satu sumber asid lemak tak jenuh ganda omega-3, EPA dan DHA. Asid lemak tak jenuh ganda Omega-3 memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi normal dalam badan.
#2 Kekacang dan benih
Satu berita gembira bagi mereka yang memilih untuk menjadi vegan. Omega-3 juga dijumpai dalam aneka jenis kekacang dan biji bebih. Sedikit pengambilan kacang walnut, almond, flax seed, chia seed atau pine sudah cukup mengurangkan keradangan pada sendi dan tisu penghubung dalam badan.
BMS Organics-Chia Seeds (300g)
RM 32.00
Benih Chia berasal dari tanaman berbunga dalam keluarga pudina. Ini memberikan senarai panjang manfaat kesihatan dan pastinya merupakan tambahan yang sihat untuk diet harian anda!
Bebas gluten dan bukan GMO
Sumber asid lemak omega-3 yang sihat – membantu mencegah kolesterol tinggi dan darah tinggi
Tinggi kalsium – membantu menguatkan tulang dan gigi
Kaya dengan protein tumbuhan, serat makanan dan mineral
#3 Sayur-sayuran Brassica
Apakah sayur-sayuran Brassica? Juga dikenali sebagai sayuran cruciferous, sayur-sayuran ini mempunyai kaitan dengan spesis sawi dan kubis. Sayuran hijau sepeti sawi, arugula, kale dan kubis ungu yang tergolong dalam keluarga brassica. Sayur-sayuran popular (dan sedap!) yang termasuk dalam senarai adalah brokoli, dan kubis Brussel. Terdapat beberapa suplemen di farmasi yang anda boleh ambil sekiranya anda bukanlah penggemar sayur yang tegar. Namun, anda perlu ingat bahawa badan kita memerlukan nutrisi yang cukup maka, pengambilan suplemen adalah alternatif untuk anda.
Greenlife Aloe-Greens 15’s
RM 47.00
GreenLife Aloe Oat-Greens adalah minuman susu oat organik yang diperkaya dengan lidah buaya organik, sayuran popular, ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran, enzim pencernaan tumbuhan semula jadi, pra dan probiotik. Kaya dengan vitamin, mineral, nutrien fitto, anti-oksidan, dan klorofil.
Serbuk kacang soya, serbuk susu oat, fruktosa, Dextrin Gandum, Sekam Psyllium, Serbuk Jus Nanas, Serbuk Aloe Vera, Multivitamin (Vitamin A, Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Asid Pantothenic (B5), Pyridoxine (B6), Biotin (B7), Asid Folik (B9), Vitamin D3, Vitamin C, Vitamin E, Kalsium, Iodida, Besi, Magnesium, Fosfor, Zink), Spirulina, Chlorella, Alfafa, Barli Hijau, Rumput Gandum, Campuran Sayur-sayuran (lobak, Bit Merah, Cendawan, Brokoli, kobis bunga, Kubis Hijau, Celeriac, Daun, Bawang, Timun, Asparagus, Lada Bel Merah, Bawang Putih), Bifidobacterium Lactis. Mengandungi agen perasa dan anti kek seperti perapi makanan yang dibenarkan
- 1 atau 2 kali sehari semasa perut kosong.
- Cairkan dalam 120ml air suhu bilik. Terbaik dengan air sejuk.
- Jangan campurkan dengan air panas kerana panas akan meneutralkan enzim aktif.
#4 Buah-buahan berwarna warni
Makanlah blueberi yang tinggi anthocyanins – salah satu flavonoid yang kuat. Ia membantu ‘menutup’ sebarang tindak balas keradangan dalam badan. Epal pula antara makanan yang kaya-fiber, buah-buahan anti-radang, dan ia mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan usus. Buah nenas juga termasuk dalam senarai disebabkan kandungan bromelain didalamnya, satu nutrisi yang terbukti mengurangkan sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.
#5 Minyak zaitun
Nyahkan semua minyak sayur-sayuran, minyak biji bunga matahari dan minyak kacang jika ada, kerana kesemua minyak ini boleh menyebabkan keradangan. Sebaliknya, gunakan beberapa sudu minyak zaitun sewaktu memasak dan dalam hidangan salad. Sebaiknya guna minyak zaitun ‘extra virgin’ yang melalui sedikit proses saringan. Sering dikaitkan dengan diet Mediterranean, minyak ini adalah minyak lemak tak tepu yang ‘sihat’ . Dan lagi…ia adalah salah satu sumber Omega-3!
Olivie Plus Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’
RM 119.90
Diimport dari E-Borouj, Maghribi
Organik yang diperakui oleh USDA, CERES, Sijil Makanan IFS-Standard Makanan Tahap Lebih Tinggi, Sijil Pengesahan-Standard Global untuk Keselamatan Makanan, ISO 22000: 2005
Dihasilkan dengan menggunakan teknik ‘Mechanical Cold-Pressed’
Extra virgin olive oil 100% Tanpa Penapis
Pokok zaitun ditanam dalam keadaan pepejal yang gersang, iklim yang keras dengan sistem pengairan yang minimum dan tanpa baja atau racun perosak yang digunakan yang mencetuskan mekanisme kelangsungan hidup yang menghasilkan minyak zaitun paling tinggi yang dapat anda beli.
Penyelidikan berterusan menunjukkan bahawa Olivie Plus 30X mengandungi 30 kali lebih banyak antioksidan Hydroxytyrosol dan Oleocanthal secara semula jadi lebih banyak daripada Minyak Zaitun Extra Virgin konvensional.
#6 Kekacang
Kekacang sememangnya terkenal dengan kebaikan kesihatan. Ia adalah sumber protein, fiber dan mineral yang terbaik. Ia juga antioksida dan anti-keradangan. Kacang hitam, kacang kuda, kacang pint dan kacang soya adalah sumber terbaik anthocyanins yang mengurangkan keradangan.
Yoji organic Chickpeas (Garbanzo)
RM 21.00
Kacang kuda organik adalah sumber molibdenum unsur jejak penting. Terdapat sumber serat, asid folik, dan mangan yang sangat baik. Mereka adalah sumber nutrien makro yang penting, sumber protein yang baik, mengandungi almond dua kali lebih banyak protein berbanding dengan biji-bijian, serta mineral seperti zat besi, magnesium, tembaga, dan zink.
Manfaat Kesihatan Kacang Kuda
- Protein Power Plus
- Sokongan Saluran Pencernaan
- Kandungan serat kaya dalam biji garbanzo membantu menyokong fungsi saluran pencernaan.
- Bekalan Antioksidan yang Unik
- Kacang Garbanzo mengandungi bekalan fitonutrien antioksidan pekat.
- Pengaturan Gula Darah yang Lebih Baik
- Serat dan protein mempunyai kemampuan luar biasa untuk membantu menstabilkan kadar gula dalam darah.
#7 Bawang putih dan sayuran akar (root vegetables)
Bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit adalah bahan anti-keradangan. Banyak kajian menunjukkan bahawa root vegetable ini berguna dalam merawat simtom arthritis dan sakit sendi. Jadi masukkan sayur-sayuran ini dalam masakan anda. Apatah lagi, sayur-sayuran ini dijadikan sebagai suplemen tambahan. Jika sukar untuk anda mengambil bawang putih dengan cara begitu anda boleh juga dapatkan suplemen bawang putih di farmasi.
Blackmores Garlic Capsule 90s
RM 19.90
Minyak Bawang Putih Blackmores memberikan kelebihan bawang putih dalam bentuk minyak pekat. Minyak Bawang Putih Blackmores mengandungi setara dengan 3g Bawang Putih setiap kapsul. Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang tertumpu dalam mentol. Sebatian sulfur ini merangkumi alliin, asid amino yang mengandungi sulfur. Alliin bertanggungjawab untuk banyak tindakan bermanfaat bawang putih. Alliin ditukar oleh enzim yang terdapat secara semula jadi dalam bawang putih menjadi allicin sebatian aktif, apabila bawang putih dipotong, dihancurkan atau dikunyah. Allicin bertanggungjawab untuk ciri bau bawang putih, dan aktiviti biologi bawang putih terletak pada kemampuannya menghasilkan allicin.
#8 Gandum
Kajian menyarankan protein yang dijumpai dalam gandum (seperti roti putih, nasi putih dan pasta) boleh mencetuskan respon keradangan dalam badan. Walau bagaimanapun, gandum yang tinggi-fiber boleh membantu menghasilkan asid lemak yang boleh mengawal keradangan. Oleh itu, banyakkan pengambilan gandum.
#9 Sup tulang
Glucosamine, chondroitin dan asid amino sudah terbukti membantu dalam menyeimbangkan sendi-sendi sihat dalam badan manakala kalsium amat penting dalam kepadatan tulang. Sup tulang mengandungi kesemua ciri-ciri ini. Bahan berupa seperti gelatin yang dihasilkan oleh tulang yang sudah dimasak menyerupai seakan-akan kolagen yang sama seperti pada sendi, tendon dan ligament.
Selain daripada melalui makanan seperti sup tulang anda juga boleh mendapatkan khasiat melalui suplemen yang dibenarkan dan terdapat di farmasi. Pastikan anda dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi.
21st Century Vegesamine 500mg 30’S
RM 23.50
21st Century Vegesamine 500mg adalah glukosamin yang berasal dari sumber sayur-sayuran dan tinggi keselamatan dan kemurniannya. Sesuai untuk kesihatan sendi dan rawatan tambahan untuk osteoartritis dan sakit sendi.
Bahan-bahan:
Setiap kapsul mengandungi D-Glucosamine HCl 500mg
Arahan untuk digunakan:
Ambil 1 atau 2 kapsul selepas sarapan dan satu atau dua kapsul selepas makan malam atau seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi.
#10 Coklat gelap
Koko, iaitu bahan utama dalam penghasilan coklat mengandungi antioksida yang boleh mengatasi masalah kecendurangan genetik dan rintangan insulin serta keradangan. Lebih tinggi peratus koko dalam colat, lebih tinggi efek anti-keradangan.
SUMBER
https://www.healthline.com/nutrition/10-foods-for-arthritis
https://www.healthline.com/health/foods-to-avoid-with-arthritis