Mengamalkan diet yang sihat dengan cara mengenalpasti makanan yang perlu dielakkan boleh menurunkan risiko penyakit jantung dengan banyak cara, termasuk membantu menurunkan kadar kolesterol tinggi, tekanan darah, dan kadar gula darah dan insulin. Malah, ia juga dapat mencegah berat badan berlebihan dan meningkatkan fungsi jantung serta saluran darah anda.
Sekiranya anda ingin menjaga kesihatan jantung anda, pemakanan seperti berikut tidak semestinya sesuai dengan rancangan makan anda. Sebenarnya, jika anda dapat mengelakkan pemakanan sebegini, kesihatan jantung anda mungkin akan menjadi lebih baik.
Sekarang, mari kita lihat antara makanan yang perlu dielakkan jika anda mempunyai penyakit jantung.
1. Garam (sodium)
Lama kelamaan, jumlah garam, gula, lemak tepu dan karbohidrat yang tinggi boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat serangan jantung atau strok. Sekiranya anda bimbang tentang kesihatan jantung anda, anda pasti ingin mengelakkan pemakanan tidak sihat sebegini. Biasanya, kandungan sodium ini berjaya menyelinap ke dalam makanan yang paling sihat, seperti keju kotej. Untuk mengurangkan pengambilan sodium, hentikan penambahan garam biasa dalam makanan anda. Seterusnya, baca label pakej dengan teliti kerana anda mungkin terkejut apabila mengetahui berapa banyak sodium yang terdapat dalam sesuatu makanan itu.
2. Daging yang diproses
‘Hot dog’, sosej, salami dan daging merah adalah jenis daging terburuk untuk jantung anda. Makanan sebegini mempunyai jumlah garam yang tinggi, dan kebanyakannya mengandung lemak tepu. Untuk daging deli, pilihan ayam belanda adalah lebih baik untuk anda berbanding daging salami kerana ia tidak mengandungi lemak tepu. Tetapi, ia masih mempunyai sejumlah sodium, jadi ia tidaklah begitu menyihatkan berbanding daging ayam belanda yang dihiris segar. Kajian pemerhatian jangka panjang mendapati bahawa jenis daging yang paling teruk adalah produk daging yang telah diproses.
3. Bijirin halus
Nasi, roti, pasta dan makanan ringan yang dibuat daripada tepung putih kehilangan serat, vitamin, dan mineral yang sihat. Bijirin halus dengan cepat boleh berubah menjadi gula, yang disimpan sebagai lemak dalam badan. Makanan yang tinggi dengan bijirin halus boleh menyebabkan lemak perut, yang berkaitan dengan penyakit jantung dan diabetes jenis 2. Oleh itu, cuba dapatkan sekurang-kurangnya separuh sumber bijirin halus anda daripada sumber seperti beras perang, oat dan gandum. Semasa anda berbelanja, cari perkataan “100% bijirin penuh” pada label produk.
4. Makanan segera
Sebilangan besar orang mengetahui bahawa makanan segera bukanlah pilihan makanan yang sihat. Kenyataannya adalah bahawa kebanyakan daripada kita sering memilih makanan segera dalam kehidupan seharian. Memandangkan makan makanan segera lebih kerap dikaitkan dengan pelbagai kesan negatif buat kesihatan kita termasuklah peningkatan risiko bagi penyakit jantung, ianya adalah masuk akal untuk memilih pilihan yang paling sihat sekerap mungkin.
Kentang goreng, pizza, burger dan makanan segera lain mempunyai kadar lemak, sodium, gula tambahan yang tinggi dan jumlah serat yang rendah yang bertentangan dengan garis panduan untuk diet yang bersesuaian bagi mendapatkan jantung yang sihat. Walaupun makanan sebegini sangat enak dan mudah didapati, namun ia bukanlah pilihan terbaik untuk jantung anda.
5. Gula-gula dan makanan manis lain (kek, biskut dan lain-lain)
Makanan bergula adalah makanan yang perlu dielakkan demi kesihatan jantung anda. Gula mempunyai semua kesan negatif pada jantung kerana mengandungi kandungan karbohidrat yang diproses. Jika anda mengambil terlalu banyak gula, ia dapat meningkatkan tekanan darah dan meningkatkan keradangan kronik yang boleh menyebabkan penyakit jantung.
Jadi, ianya disyorkan untuk mengambil makanan sebegini dalam saiz dan kekerapan yang sederhana. Biskut, kek, dan muffin semestinya menjadi makanan biasa terutama bagi hari jadi dan hari-hari istimewa lain. Apa yang anda boleh lakukan adalah menukar bahan-bahan di dalamnya kepada bahan yang lebih sihat: Tukar tepung gandum, potong penggunaan gula, dan gunakan minyak tumbuhan cair berbanding penggunaan mentega.
6. Minuman ringan dan minuman bergula lain
Walaupun ini bukanlah sejenis makanan, namun ia juga perlu dihindarkan dalam diet anda. Adakah anda tahu bahawa satu tin soda 12-auns adalah bersamaan dengan 10 sudu teh gula biasa? Minuman gula mempunyai kesan buruk yang sama pada jantung seperti pengambilan karbohidrat halus dan diproses. Peminum soda boleh menambahkan berat badan serta boleh mendorong ke arah obesiti serta menghidap diabet
es jenis 2, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Walaupun kajian sains masih kabur mengenai perkaitan kesihatan jantung dengan minuman diet, ada yang mengaitkannya dengan peningkatan berat badan dan strok.
7. Marjerin dan mentega
Kedua-dua marjerin dan mentega adalah tinggi dengan kandungan lemak tepu, yang dapat meningkatkan kadar kolesterol “buruk” dan menyebabkan penyakit jantung. Justeru itu, sebaiknya gantikan mentega atau marjerin dengan pilihan berbeza seperti minyak zaitun atau bahan lain dengan asas daripada minyak sayur yang lebih menyihatkan.
8. Ais krim
Apabila anda mempunyai lebih banyak kandungan kolesterol dalam darah berbanding tahap yang dianggap sihat, ia dapat menyumbatkan arteri dengan penumpukan plak. Ini justeru akan meningkatkan risiko penyakit jantung, jadi orang dewasa yang sihat tidak boleh mengambil makanan dengan kolesterol tidak lebih dari 300 miligram sehari.
Ais krim tinggi dengan kandungan gula, kalori dan lemak tepu, jadi simpannya dahulu sehinggalah terdapat sambutan hari istimewa. Makan makanan yang penuh dengan lemak dan gula juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Ia dapat meningkatkan tahap trigliserida anda dan menyebabkan serangan jantung.
9. Makanan sejuk beku
Makan malam yang sejuk beku mungkin merupakan pilihan cepat dan mudah ketika anda kekurangan masa, tetapi mereka juga sarat dengan kandungan sodium. Malah, makanan sebegini kaya dengan lemak trans, yang meningkatkan risiko anda mendapat penyakit jantung dan juga menyumbang kepada arteri tersumbat.
Lemak trans meningkatkan kadar kolesterol LDL (buruk) dan juga menurunkan kadar kolesterol HDL (baik), yang bertanggungjawab untuk meningkatkan risiko penyakit jantung. Garam biasanya digunakan secara meluas sebagai pengawet. Kadangkala, makanan sejuk beku mengandungi lebih banyak garam daripada kebiasaannya yang mana ini dapat meningkatkan kadar kolesterol dan juga tekanan darah anda.
10. Keju
Sama ada anda boleh atau tidak boleh makan keju bergantung pada jenis keju atau produk berasaskan keju yang anda makan. Ini adalah kerana banyak jenis keju yang “sihat” sebenarnya tinggi dengan kandungan sodium, lemak tepu dan kalori bagi setiap hidangan. Hanya kerana keju asli mempunyai faedah kesihatan, ia tidak bermakna bahawa anda boleh memakannya dalam jumlah besar tanpa sebarang akibat.
Keju, salah satu produk haiwan tentunya mengandungi lemak tepu. Jadi, elakkan penggunaan ‘mozzarella’ dan ‘cheddar’ untuk mengekalkan jantung yang sihat. Sebaliknya, jika anda ingin makannya, pastikan mereka adalah salah satu keju berikut:
- Feta
- Swiss
- Cottage
- Mozzarella segar
- Cheddar tajam
- Kambing
SUMBER
https://www.health.harvard.edu/healthbeat/avoid-these-foods-for-a-healthier-heart
https://www.healthgrades.com/right-care/heart-failure/5-foods-to-avoid-when-you-have-heart-failure
https://www.health.harvard.edu/healthbeat/avoid-these-foods-for-a-healthier-heart
https://www.summitmedicalgroup.com/news/nutrition/heart-healthy-fast-food/
https://www.fishertitus.org/health/worst-foods-for-your-heart
https://time.com/4669635/worst-foods-for-heart/
https://www.eatthis.com/foods-that-cause-heart-disease/
https://www.cheatsheet.com/health-fitness/is-cheese-bad-for-your-heart-plus-the-types-of-cheese-that-are-actually-healthy.html/