Daun sirih adalah daun yang sangat biasa ditemui. Ia berbentuk hati dan berwarna hijau gelap. Di sini kami senaraikan 10 manfaat daun sirih yang mungkin anda tidak tahu! Teruskan membaca!
Manfaat Hebat Daun Sirih:
1. Analgesik Semula jadi
Apabila anda meletakkan daun di kawasan yang terkena luka (luaran), ia dapat melegakan kesakitan yang timbul akibat luka, lebam, radang, dll. Mengunyah daun juga membantu dalam mengurangkan kesakitan yang dihidapi.
2. Melegakan Sembelit
Sekiranya anda mengalami sakit perut atau masalah pencernaan, mengunyah daun sirih membantu melegakannya. Ini kerana daun ini mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi. Ia mengembalikan keseimbangan pH anda dan apabila anda mengambilnya semasa perut kosong, anda akan mengalami pergerakan usus yang lebih lancar dan tidak menyakitkan.
3. Meningkatkan Pencernaan
Daun sirih merangsang pengeluaran asid perut yang diperlukan untuk menyerap vitamin dan nutrien dengan berkesan. Sekiranya usus anda tidak berfungsi dengan baik, kita tidak mampu menyerap nutrien dengan baik. Daun sirih akan memperbaikinya dan memastikan bahawa jus gastrik dan asid pencernaan anda keluar dengan betul.
4. Meningkatkan Selera Makan
Sekiranya anda kekurangan selera makan, anda boleh cuba mengunyah sedikit daun sirih. Daun sirih akan merangsang selera makan anda dan menghadirkan ‘hormon lapar’ dengan mengatur keseimbangan pH anda.
5. Membersihkan Organ Dalaman Anda
Daun sirih akan mengeluarkan toksin dari badan anda. Ini juga meningkatkan metabolisme anda dan membantu peredaran darah dengan lebih baik.
6. Membantu Batuk
Daun sirih dapat membantu melegakan batuk dan mencegah pembentukan kahak. Keradangan disebabkan batuk yang berterusan juga akan berkurangan setelah mengamalkan daun sirih.
7. Melegakan Bronkitis
Sekiranya anda mempunyai penyakit bronkitis yang kronik, amalan mengunyah daun sirih akan membantu mengurangkannya. Ini akan meredakan keradangan dan mencairkan kahak sehingga dapat melancarkan saluran pernafasan dengan menghilangkan rasa sesak di dada.
8. Merupakan Antiseptik
Kandungan polifenol yang tinggi dalam daun sirih akan menjadikannya antiseptik yang sangat baik. Apabila anda mengoleskannya pada luka, ia akan membunuh kuman dan menghilangkan rasa sakit serta merta dengan bertindak sebagai agen antiradang.
9. Melegakan Ketegangan Otot dan Meningkatkan Masa Pemulihan
Daun sirih diketahui dapat meredakan ketegangan otot dan meningkatkan pemulihan selepas bersenam. Apabila anda mencampurkannya dengan minyak kelapa dan mengurut kaki dan punggung anda, rasa sakit, kemerahan, dan bengkak akan hilang.
10. Mencegah Jangkitan Kulat
Jangkitan kulat dapat diatasi dengan mengunyah daun sirih setiap hari. Ini antara ubat semula jadi yang luar biasa kerana daunnya mempunyai sifat anti-kulat dan memberi banyak kebaikan.
Kesan Sampingan Daun Sirih:
- Boleh menyebabkan kanser mulut apabila dimakan terlalu banyak
- Boleh menyebabkan alahan.
- Daun sirih juga akan menyebabkan ketagihan untuk mengunyah.
- Ia menyebabkan kegatalan gusi dan mengeraskan rahang apabila anda mengunyah terlalu banyak.
Sumber:
https://www.lybrate.com/topic/betel-leaf-benefits
https://parenting.firstcry.com/articles/magazine-benefits-and-side-effects-of-betel-leafpaan