Daun sirih ialah daun yang biasanya senang dicari. Ia berbentuk hati dan berwarna hijau gelap.
Manfaat Hebat Daun Betel:
1. Analgesik Semula jadi
Apabila anda meletakkan daun di kawasan yang terkena luka (luaran), ia dapat melegakan kesakitan yang timbul akibat luka, lebam, radang, dll. Mengunyah daun ini juga boleh membantu dalam mengurangkan kesakitan.
2. Melegakan Sembelit
Sekiranya anda mengalami sakit perut atau masalah pencernaan, mengunyah daun sirih dapat membantu melegakannya. Ianya kerana daun ini mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi. Daun sirih boleh mengembalikan keseimbangan pH anda dan pengambilannya semasa perut kosong dapat membantu pergerakan usus yang lebih lancar dan tidak menyakitkan.
3. Meningkatkan Pencernaan
Daun sirih merangsang pengeluaran asid perut yang diperlukan untuk menyerap vitamin dan nutrien dengan berkesan. Sekiranya usus anda tidak berfungsi dengan baik, ianya tidak mampu menyerap nutrien dengan baik. Daun sirih akan boleh bantu memperbaikinya dan memastikan bahawa jus gastrik dan asid pencernaan dihasilkan dengan senang.
4. Meningkatkan Selera makan
Sekiranya anda kekurangan selera makan, anda boleh cuba mengunyah sedikit daun sirih. Daun sirih akan merangsang selera makan anda dan mengeluarkan ‘hormon lapar’ dengan mengatur keseimbangan pH anda.
5. Membersihkan Organ Dalaman Anda
Daun sirih juga boleh mengeluarkan toksin daripada badan anda dan ianya juga boleh meningkatkan metabolisme anda dan membantu peredaran darah dengan lebih baik.
6. Membantu Batuk
Daun sirih dapat membantu melegakan batuk dan mencegah pembentukan kahak. Keradangan disebabkan batuk yang berterusan juga akan berkurangan dalam pengambilan daun sirih.
7. Melegakan Bronkitis
Sekiranya anda mempunyai penyakit bronkitis kronik, mengunyah daun sirih akan membantu melegakan. Ianya boleh meredakan keradangan dan mencairkan kahak sehingga dapat melancarkan saluran pernafasan dan menghilangkan rasa sesak di dada.
8. Merupakan Antiseptik
Kandungan polifenol yang tinggi dalam daun sirih menjadikannya antiseptik yang sangat baik. Apabila anda menyapukannya pada luka, ianya akan membunuh kuman dan melegakan rasa sakit serta merta dengan bertindak sebagai agen anti-radang.
9. Melegakan Ketegangan Otot dan Meningkatkan Masa Pemulihan
Daun sirih juga dapat meredakan ketegangan otot dan meningkatkan pemulihan senaman. Apabila anda mencampurkannya dengan minyak kelapa untuk diurutkan pada kaki dan punggung anda, perasaan sakit, kemerahan dan bengkak akan hilang.
10. Mencegah Jangkitan Kulat
Mengunyah daun sirih setiap hari boleh membantu mengatasi jangkitan kulat. Ini kerana daun sirih ialah diantara ubat semula jadi kerana daunnya mempunyai sifat anti-kulat.
Kesan Sampingan Daun Betel
• Boleh menyebabkan kanser mulut apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak.
• Boleh menyebabkan alahan.
• Daun sirih juga akan menyebabkan ketagihan untuk mengunyah.
• Ianya boleh menyebabkan kegatalan gusi dan mengeraskan rahang apabila anda mengunyah terlalu banyak.
Sources:
https://www.lybrate.com/topic/betel-leaf-benefits
https://parenting.firstcry.com/articles/magazine-benefits-and-side-effects-of-betel-leafpaan