Now Reading
10 Melaka Hotel Yang Terbaru dan Popular Untuk Pelancong

10 Melaka Hotel Yang Terbaru dan Popular Untuk Pelancong

melaka hotel

Senarai Melaka hotel popular ini menyediakan bilik tidur yang menarik, perkhidmatan bagus dan kemudahan yang pelbagai di kawasan sekitar.

Melaka hotel di dalam senarai kami ini dah ada macam-macam, dari hotel yang menarik di pandangan mata sehingga lah ke konsep moden yang didatangi dengan perkhidmatan dan kemudahan, ideal buat para pelancong yang suka cuba benda baru.

Hotel-hotel ini juga menyediakan akses mudah untuk ke tarikan di Melaka yang anda wajib kunjungi, termasuk Jonker Street, Menara Tamung Sari, Kota A’ Famosa, Dutch Square, Gereja St. Paul, Taman Mini Malaysia & ASEAN dan Zoo Melaka.

1. The Sterling Melaka Hotel (Dari RM157)

Anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit dari The Sterling untuk melawat Pasar Malam Jonker Street dan Kota A’ Famosa di Melaka.

Sebuah pusat perniagaan, ada servis mendobi/pengering, dan meja pendaftaran yang beroperasi selama 24-jam adalah antara kemudahan buat tetamu. Tempat letak kereta juga disediakan secara percuma.

Alamat: 232, Jalan Temenggung, Kampung Bukit China, 75100 Melaka.

Hubungi: +606 283 1188

2. The Pines Melaka Hotel (Dari RM211)

Terletak di tengah-tengaha bandar Melaka, The Pines Melaka 5 minit perjalan dengan kereta untuk ke Pasar Malam Jonker Street dan Gereja St. Paul.

Ada stesen computer, surat khabar di bahagian lobi dan servis mendobi/pengering tersedia sebagai kemudahan di hotel ini. Juga, tempat letak kereta percuma buat pengunjung yang bermalam.

Alamat: 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka.

Hubungi: +606 240 2323

3. Philea Resort & Spa (Dari RM394)

Philea Resort & Spa merupakan resort pertama yang dicatatkan di Malaysia, menyediakan tempat rehat 5 minit dari tol Ayer Keroh.

Philea berdekatan dengan pelbagai tarikan, termasuklah  Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Zoo Melaka serta Taman Buaya.

Landskap kolam renang yang besar dibina bersama air air terjun, bilik karaoke, bilik kanak-kanak, enam kedai makan dan minum.

Ada juga Tanjung Wellness Spa, dimana ia menawarkan servis memanjakan badan berinspirasi dari orang Melayu dan rawatan boleh dilakukan di dalam atau di luar, ini adalah antara kemudahan yang tersedia di hotel 4.3 bintang ini.

Alamat: Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol, Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Hubungi: +606 289 3399

4. Hatten Hotel Melaka (Dari RM174)

Hatten Hotel Malacca ialah sebuah hotel yang luas dan moden, sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menginap di kawasan tarikan yang sentasa meriah. Kawasan Hatten sangat strategik, terletak betul-betul di atas Hatten Shoppes.

Makan sepanjang hari di Chatterz, bar tepi kolam renang tanpa batas, gimansium, ballroom yang luas dan H-Spa, di mana mereka akan memberi rawatan badan yang menyegarkan. Berikut adalah keistimewaan pihak Hatten sedia berikan buat pengunjung mereka.

Alamat: Jln Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Hubungi: +606 286 9696

5. Majestic Hotel (From RM490)

Sambil meneroka bandar bersejarah Melaka, apa kata anda menginap di Majestic Hotel sambil mengimbau kisah orang-orang duli.

Rumah agam tahun 1920an dahulunya merupakan perumahan persendirian milik saudagar Cina, kini telah menjadi hotel mewah.

Masih mengekalkan reka bentuk asalnya, seperti jubin Selat Cina di bahagian lobi dan kaca berwarna di kawasan masuk rumah agam. Kemudahan hotel ini termasuklah tiga buah restoran, perpustakaan, kolam renang luar, gimnasium dan empat buah bilik mesyuarat.

Tetamu juga mempunyai akses untuk sebuah aktiviti istimewa dari pihak hotel iaitu lawatan bersejarah yang dikendalikan oleh pakar sejarah tempatan dan kelas memasak Peranakan.

Alamat: 188, Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka.

Hubungi: +606 289 8000

6. DoubleTree by Hilton Melaka Hotel (From RM220)

doubletree by hilton melaka hotel

Betapa strategiknya lokasi The DoubleTree by Hilton Melaka ini, ianya terletak bersebelahan dengan Element Mall yang hanya 83 meter dari hotel. Hotel ini ada kolam renang, restoran dan bar di mana pengunjung boleh menikmati makanan sambil minum-minum.

Peringatan Pengisytiharan Kemerdekaan berjarak 1.9 kilometer manakala Pulau Melaka pula 2 kilometer. Penyimpanan bagasi dan perkhidmatan penjaga pintu juga ada di meja pendaftaran, dan dibuka 24 jam sehari.

Alamat: Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka.

Hubungi: +606 222 3333

7. Moty Hotel (Dari RM140)

moty melaka hotel

Menawarkan bilik tetamu yang elegan dengan penghawa dingin dan Wi-Foi percuma, Moty Hotel hanya 10 minit dari bangunan bersejarah Melaka. Juga terdapat restoran dan kolam renang di dalam hotel.

Orang dewasa boleh berehat di jakuzi sambil kanak-kanak bersuka-ria di kolam renang. Kemudahan span dan sauna diasingkan mengikut jantina untuk menjamin keselesaan.

Alamat: No. 42, Jalan PM6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.

Hubungi: +606 270 7888

8. Treasure Hotel and Suite (From RM218)

melaka hotel

Treasure Hotel and Suite ini hanya 1.3 batu dari Kuil Cheng Hoon Teng dan ia ada restoran, tempat letak kereta persendirian dan kolam renang luar dan bar. Hotel 4-bintang ini juga sediakan sofa kongsi dan Wi-Fi percuma.

Alamat: 108, Jalan Bendahara, Melaka City, 75100 Melaka.

Hubungi: +606 775 5151

9. SGR @ Melaka Hotel (Dari RM92)

sgr @ melaka hotel

Setiap bilik di hotel ini mempunyai sebuah meja dan bilik air peribadi. Tambahan lagi, setiap bilik di SGR @ Melaka juga tersedia sebuah penghawa dingin dan televisyen.

Pekerja di meja pendaftaran berkhidmat 24 jam dan boleh berbahasa Inggeris dan Melayu, sentiasa bersemangat untuk menyediakan informasi berguna kepada tetamu mengenai kawasan sekitar.

Alamat: 2, Jalan KSB 2, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

Hubungi: +606 288 0888

10. Liu Men Melaka Hotel (Dari RM424)

liu men melaka hotel

Sebuah restoran, meja pendaftaran 24-jam dan servis bilik adalah antara kemudahan yang ada di Liu Men Melaka. Mestilah ada Wi-Fi percuma dekat hotel ini. Siap dengan tempat letak kereta persendirian lagi, tapi ada cas lah. Setiap pagi, hotel sediakan sarapan pagi berbentuk buffet.

Alamat: 45-56, Jalan Tokong, Kampung Dua, 75200 Melaka.

Hubungi: +606 288 1161

Bukan pelancong saja akan teruja dengan Melaka hotel ini, keluarga atau sekumpulan rakan-rakan yang berencana untuk bercuti di Melaka setelah sekian lama pun turut teruja juga. Jangan lupa bagitahu kami pendapat anda lepas menginap di salah-satu hotel ini okay? Selamat berseronok.

Sumber:

http://www.malacca.ws/accommodation/top10-luxury-hotels.htm

https://new-hotels-guide.com/melaka-malaysia/?checkin=2021-07-05&checkout=2021-07-05&guests=1

error: Content is protected !!