Collagen Drink adalah sejenis minuman protein yang memberikan kulit awet muda yang bersinar dan anjal yang anda sukai.
Sayangnya, seiring bertambahnya usia, pengeluaran kolagen semula jadi semakin berkurang. Dengan bantuan prosedur kosmetik, kolagen akan meningkat di dalam tubuh kita dan mengembalikan seri wajah.
Tetapi berbanding menggunakan prosedur yang memakan beribu wang ringgit, anda boleh mengamalkan minuman berkolagen ini untuk manfaat yang sama!
Kinohimitsu Japan Collagen Diamond 5300 Drink
RM139.00
Kolagen hidrolisis yang juga dikenali sebagai kolagen peptida, lebih mudah diserap oleh badan anda dan memberi manfaat segera berbanding kolagen.
Collagen Diamond 5300 Diamond Drink mengandungi kolagen peptida untuk penyerapan yang lebih baik ke dalam tubuh anda. Ia membantu melancarkan pengeluaran kolagen dan mengurangkan penampakkan kedutan serta wajah anda akan sentiasa lembap dan tidak kering.
BEAUXLIM Collagen Mix with Pomegranate
RM65.94
BEAUXLIM Collagen Mix with Pomegrate memberikan anda vitamin C segera untuk anda yang sibuk bekerja.
Dipek dengan punicalagin, peptida yang didapati daripada delima tinggi antioksidan. Manakala vitamin C dan D melindungi dan memperbaiki kulit anda daripada kerosakan akibat sinar matahari.
Kinohimitsu Collagen Beauty Drink with Perilla Seed
RM19.90
Dapatkan kulit yang muda dan anjal dengan minuman kecantikan jenama Kinohimitsu ini. Disertakan dengan ekstrak biji perila, asid malik dan protein sutera, berkesan memberikan anda kulit yang lebih anjal dan cerah.
Collagen Drink marin yang dipek dengan vitamin C ini akan memudarkan parut, hiper-pigmentasi dan warna kulit yang tidak sekata!
BLACKMORES Collagen 10000mg High Strength
RM85.00
Collagen Drink daripada jenama BLACKMORES ini menggunakan teknik pengekstrakan kolagen ikan yang berkualiti tinggi yang menyediakan keperluan khasiat dan protein yang diperlukan oleh kulit dan badan anda. Pastinya minuman ini tanpa rasa hanyir!
Ia juga mengandungi ekstrak biji anggur dan vitamin E yang mengalakkan pertumbuhan semula kulit dan melawan radikal bebas untuk kulit awet muda yang bersinar.
Kinohimitsu Collagen Active
RM42.90
Berhadapan dengan masalah kuku rapuh, rambut bercabang dan kulit kusam? Kinohimitsu Collagen Active adalah Collagen Drink tanpa gula yang boleh memperbaikinya!
Diformulasikan dengan kolagen marin, camu-camu dan dekstrin gandum, minuman ini akan memberikan anda kulit yang berseri dan lebih sihat serta rambut lebih kuat.
Meiji Amino Collagen Powder Premium
RM160.00
Dipuji dan digemari ramai peminat kecantikan, Meiji Amino Collagen Powder Premium adalah jalan pintas anda untuk kulit yang cantik dan awet muda.
Ia dipek dengan asid amino dan protein seperti kolagen marin, arginin, koenzim Q10 dan asid hialuronik untuk mengembalikan kecergasan kulit serta melawan penuaan!
California Gold Nutrition Collagen UP
RM147.99
Kecantikan adalah penting, oleh itu anda hanya perlu mengambil produk yang baik untuk kulit anda, dan ia hanya boleh didapati daripada laut. Collagen Drink ini diperkaya dengan asid hialuronik, vitamin C dan khususnya peptida kolagen yang diteliti secara saintifik.
Minuman ini tidak hanya berfungsi untuk mengekalkan kulit yang sihat dan cantik tetapi juga memberi sokongan kepada tulang yang lebih kuat, sendi yang sihat, rambut serta kuku licin dan berkilat.
Lebih-lebih lagi, kolagen dihidrolisis ini membantu penyerapan optimum.
Total Image Collagen Drink
RM67.58
Dipek dengan 5000 mg kolagen ikan air masin, Total Image Collagen Drink mengurangkan penampakkan garis-garis halus, kulit kendur dan lebam bawah mata untuk menonjolkan penampilan yang muda.
Dengan pengambilan jangka masa panjang, ia juga akan meningkatkan kualiti rambut, kuku dan sendi anda.
LAC Taut Collagen Drink
RM304.00
Untuk kulit yang awet muda dan hidrat, LAC Taut Collagen Drink adalah pilihan terbaik anda. Ia diperbuat daripada kolagen yang berasal dari ikan air masin, ekstrak rawan ikan yu, asid hialuronik dan vitamin yang melembapkan kulit dari dalam.
Kandungan asid amino yang kaya membantu memperbaiki dan memulihkan sawar kulit untuk menampakkan kulit awet muda.
Kinohimitsu Stem Cell Drink
RM139.00
Diperbuat dengan teratai salju sebagai bahan aktifnya, Collagen Drink ini kaya dengan antioksidan dan bahan anti radang yang membantu dalam kecekapan pengeluaran sel.
Mendapat manfaat anti-penuaan, perlindungan daripada kerosakan UV, pengurangan bintik-bintik gelap serta kedutan dan peningkatan kewaspadaan mental.