Untuk suasana santai, kemudahan tempatan yang banyak dan kemudahan tambahan di dalam bilik penginapan, Penang hotel lah pemenang selayaknya.
Georgetown, Pulau Pinang adalah adalah bandar yang harus dilawati di Malaysia, kerana tarikannya sejarah dan keunikannya. Artikel hari ini membawakan 10 pilihan hotel mewah, Penang hotel datang dengan bermacam variasi, tinggal pilih saja mana yang berkenan di hati.
Samada untuk urusan perniagaan, keluarga, nak rasa mewah, pemandangan pantai atau semua di atas. Mana-mana yang anda pilih nanti gerenti puas hati dengan tawaran harga, kemudahan untuk pergi ke pelbagai tempat, servis dan kemudahan yang bagus.
1. VANGOHH EMINENT HOTEL & SPA (Dari RM221)
Anda boleh singgah ke St. Church Anne dan Bukit Badak Mati dengan hanya memandu 5 minit dari Vangohh Eminent Hotel & Spa di Bukit Mertajam (Pusat Seberang Perai).
Surat khabar disediakan sebagai bacaan sampingan di bahagian lobi, begitu juga dengan meja pendaftaran dan tempat penyimpanan bagasi. Hotel juga menyediakan tempat letak kereta percuma.
Alamat: Jalan Machang Bubok 2, Taman Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Hubungi: +604 548 6888
2. EASTERN AND ORIENTAL HOTEL (Dari RM511)
Sarkies Bersaudara telah menubuhkan Penang hotel lima bintang ini pada tahun 1885, ia kaya dengan sejarah dan memberikan suasana seperti anda berada di dalam dunia yang lain. Hotel ini mempunyai pinggir laut yang terpanjang berbanding hotel-hotel lain.
Pada tahun tersebut, hotel ini dikhususkan untuk menyambut selebriti terkenal dunia. Satu-satunya hotel di George Town kawasan utama yang menghadap laut.
Ia juga menawarkan pengunjung akses ke pelbagai lawam web Pula Pinang seperti Fort Cornwallis, Muzium Negeri, dan bandaraya gaya Victoria 1903, menjadikan hotel ini tempat yang menarik untuk menginap
Alamat: 10, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.
Hubungi: +604 222 2000
3. SEVEN TERRACES HOTEL (Dari RM528)
Anda akan berada di pusat Georgetown sekiranya Seven Terrace Hotel menjadi lokasi penginapan anda. Dan anda hanya perlu berjalan kaki selama 3 minit untuk pergi ke Muzium Kamera.
Surat khabar tersedia di bahagian lobi, ada juga pusat mendobi dan meja pendaftaran yang dibuka 24-jam. Tambahan lagi, tempat letak kereta percuma buat pengunjung yang datang menginap.
Alamat: Stewart Ln, Georgetown, 10200 George Town, Penang.
Hubungi: +604 264 2333
4. SHANGRI LA RASA SAYANG RESORT & SPA (Dari RM569)
Shangri La Rasa Sayang Resort & Spa bertaraf lima-bintang ini adalah sebuah kompleks yang menarik berkeluasan sekitar 30 ekar di sepanjang pantai Batu Feringghi, dan terbahagi kepada dua sayap.
Hotel ini dibina dengan gaya Minangkabau; dan fakta menarik, setiap Jumaat pihak hotel akan mengadakan persembahan muzikal di luar kawasan Sayap Taman.
Alamat: Batu Feringgi Main Road, Jalan Batu Feringgi, 11100 Batu Feringghi, Pulau Pinang.
Hubungi: +604 888 8888
5. MALIHOM PRIVATE ESTATE (Dari RM582)
Sekiranya anda pilih untuk bermalam di Malihom Private Estate di Balik Pulau, Subterranean Penang International Convention & Exhibition Centre (SPICE Arena) hanya 13.5km dari anda manakala TESCO 20.4km.
Ada terminal feri disediakan dengan yuran tertentu, tapi tempat letak kereta agak terhad.
Alamat: Kiri NT 168, Jalan Bukit Penara, Mukim 6, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
Hubungi: +604 261 0190
6. ROYALE CHULAN PENANG HOTEL (Dari RM133)
Hotel di pinggiran laut ini menawarkan suite yang cantik, spa yang aman, dan kolam renang di perkarangan. Bilik dan suite yang besar dengan pemandangan laut dan kolam renang yang sangat indah diperbuat dari warna putih dan biru kehijauan.
Untuk tarikan lain, terdapat Jeti Clan, Menara jam, beberapa buah muzium dan tempat makan dan kesemuanya boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki.
Alamat: No 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300 Goergo Town, Pulau Pinang.
Hubungi: +604 259 8888
7. CHEONG FATT TZE – THE BLUE MANSION (Dari RM353)
Rumah agam gaya Cina ini merupakan rumah lama Cheong Fatt Tze atau lebih dikenali sebaagai “Rockfeller of the East” yang mengimport khas ukiran tangan Cina, kaca berwarna Art Nouveau, lantai Jubin Inggeris dan besi tuang Scotland sebagai hiasan.
Mereka menyediakan lawatan berpandu setiap hari, bercerita tentang pemilik rumah agam ini dan sejarah George Town. Anda boleh berjalan kaki ke kuil dan masjid bersejarah, Pusat Penhah Chulia Street dan kafe di zon warisan UNESCO.
Alamat: Lot 22, 14 Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.
Hubungi: +604 262 0006
8. G HOTEL KELAWAI (Dari RM427)
Antara kemudahan yang tersedia di hotel mewah ini adalah kolam renang atas bumbung, tiga pilihan makan malam bergaya dan basikal.
Pengunjung boleh makan malam di restoran atau nikmati perkhidmatan daripada hotel milik kakaknya untuk makan malam yang istimewa dan akses ke spa.
Hotel ini berdekatan dengan pusat membeli-belah Gurney Plaza, di mana terdapat banyak jenis restoran dan bar, juga tapak warisan dan galeri.
Alamat: 2, Persiaran Maktab, 10250 George Town, Pulau Pinang.
Hubungi: +604 219 0000
9. MACALISTER MANSION PENANG HOTEL (Dari RM633)
Lapan bilik berkonsepkan butik ini memasukkan unsur keanggunan penjajah dengan kemewahan moden, dan mempunyai kolam renang di kawasan luar. Setiap bilik berbeza, tetapi semua besar dan bergaya, dengan kayuan perang muda, jubin mozek abalone yang berwarna putih dan kelabu.
Tingkap perkebunan asli di zaman British, pagar besi dan tenda kaca seni kekal berada di luar Macalister Mansion. Dining Room mereka pula merupakan lokasi popular untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis khas lain.
Alamat: 22, Jalan Macalister, 10400 George Town, Pulau Pinang.
Hubungi: 604 228 3888
10. G HOTEL GURNEY (Dari RM700)
Hotel paling metropolitan di Pulau Pinang, G Hotel Gurney mempunyai bilik-bilik mewah, spa yang memanjakan dan kolam renang tidak terbatas.
Hotel mewah ini menawarkan banyak bilik dan suite yang luas, ada yang dua tingkat dan tingkp dua tingkat, juga beberapa kelengkapan dapur dan dobi di dalam bilik. Enam buah restoraan dan bar di kawasan pusat bandar, bersebelahan Gurney Plaza dan berhadapan dengan laut.
Alamat: 168A. Gurney Dr, 10250 George Town, Pulau Pinang.
Hubungi: +604 238 0000
Sambil anda memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan salah satu dari penang hotel mewah ini, cuba sekali makanan popular di Pulau Pinang okay. Dari rojak sampai nasi kandar, banyak sekali yang negeri ini boleh tawarkan kepada anda.
Sumber: