Penggunaan pengering rambut mungkin lebih sinonim dengan golongan wanita jika dibandingkan dengan golongan lelaki, namun ia boleh sahaja digunakan oleh kedua-dua jantina. Dengan kuasa dan cara penggunaan yang baik, proses mengeringkan rambut anda pastinya lebih mudah dan cepat.
Jika dulu, anda suka duduk di hadapan kipas statik untuk mengeringkan rambut dengan lebih cepat, kini anda hanya perlu memegang alat itu buat seketika sahaja bagi mendapatkan hasil yang sama.
Jadi, sekiranya anda buntu untuk mencari pengering rambut yang sesuai, jom kita lihat 10 pengering rambut yang menjadi pilihan pelanggan di pasaran.
Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.
1. Dyson Supersonic Hair Dryer
RM 1,799.00
Dengan reka bentuknya yang menawan dan terlihat mewah, ini pastinya antara produk pengering rambut yang paling canggih dengan harga yang agak mahal. Ia minggu motor dengan kuasa V9 yang boleh mengeringkan rambut sehingga 6 kali lebih cepat berbanding pengering rambut biasa. Malah, ia juga sememangnya menjadi pilihan bagi ramai pelanggan serta dikatakan merupakan pengering rambut berjenama terbaik di pasaran. Dengan pelbagai ciri menarik yang ditawarkan, ia pastinya tidak membuang duit jika digunakan dengan baik.
2. Philips Thermo Protect Ionic Hair Dryer HP8233
RM 159.00
Pengering rambut ini boleh mengeringkan rambut dengan cepat pada suhu yang selamat. Malah, ia juga mempunyai motor 2200W serta mempunyai ciri ‘ionic conditioning’ bagi membolehkan rambut anda kelihatan kemas dan rapi serta tidak begitu berserabut. Ia juga tidaklah begitu mahal tapi masih mempunyai ciri-ciri sama seperti jenama yang lebih mahal di luar sana. Habanya tidak merosakkan rambut, malah hanya meningkatkan sinaran rambut asli anda sahaja.
3. Panasonic Ionity Hair Dryer EH-NE65
RM 129.00
Produk ini mempunyai reka bentuk yang padat dan boleh dilipat bagi memudahkan ia disimpan di mana-mana sahaja. Malah, ia juga direka untuk membolehkan pengaliran udara yang pantas dan efisien. Di samping itu, ia juga mempunyai ciri ion untuk mengekalkan kelembapan pada rambut agar rambut anda tidak mengering dengan melampau hingga merosakkan rambut. Dengan 3 jenis tetapan aliran udara yang ada, anda boleh menetapkan kelajuannya mengikut kesukaan anda.
4. Xiaomi Mijia Hair Dryer
RM139.00
Dengan reka bentuk berwarna putih dan ‘minimalist’, ini pastinya menjadi kegemaran anda terutama jika anda mencari sesuatu yang ‘simple’ dan tidak begitu besar. Produk pengering rambut ini didatangkan dengan teknologi ‘water ion’ bagi memberikan sinaran rambut semula jadi dan mengurangkan kerinting rambut dengan baik. Malah, ia juga mempunyai kuasa yang hebat dan boleh melakukan ’20,000 revolutions’ bagi setiap minit. Jadi, anda bolehlah mengeringkan rambut dengan cepat hanya dengan menggunakan suhu yang rendah.
5. Sokano Wind Hair Dryer HD001
RM 22.20
Ini mungkin adalah antara pengering rambut termurah yang anda boleh dapatkan di pasaran. Walaupun murah, namun ia masih boleh melakukan tugasnya dengan baik. Suhu dan kelajuannya juga boleh diselaraskan mengikut tetapan yang anda bagi memudahkan penggunaannya. Seterusnya, kadangkala harganya mungkin boleh jadi lebih murah sehingga RM29.00+ pada waktu promosi, jadi anda tidak perlulah membuang duit membeli yang lebih mahal kerana pengering rambut ini juga berfungsi sama baik walaupun tidaklah begitu canggih dengan ciri-ciri tambahan lain.
6. Remington D5000 Hair Dryer
RM129.90
Pengering rambut ini mempunyai kuasa yang tinggi bagi membolehkan anda mengeringkan rambut dengan lebih cepat. Malah, ia juga mempunyai ciri teknologi ion serta ciri udara sejuk melalui mod Eco yang ditawarkan. Namun, ia mungkin sedikit leceh kerana tidak boleh dilipat tapi jangan bimbang kerana saiznya masih agak kecil dan boleh disimpan di mana sahaja. Jika anda mencari sesuatu yang kelihatan menawan, cubalah pengering rambut ini yang didatangkan dengan warna hitam berkilat.
7. Philips BHC010/13 Essential Care Compact Hair Dryer
RM 44.00
Ini juga merupakan antara produk pengering rambut yang ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Bukan hanya itu, ia juga murah serta berfungsi dengan baik walaupun kecil. Jenama Philips sememangnya terkenal dengan prestasi baik mereka, jadi anda tidak perlu risau kerana ia mempunyai jaminan sehingga 2 tahun jika dibandingkan dengan jenama-jenama mahal yang lain.
8. Khind HD1400 Hair Dryer
RM 57.00
Dengan harga yang tidak sampai RM100 pun, anda sudah boleh mendapat produk pengering rambut yang sangat bagus dan canggih. Malah, dengan reka bentuk yang kecil dan ringan, ia juga mudah dibawa ke mana sahaja bagi memudahkan keperluan anda. serta, ia juga mempunyai wayar yang panjang serta akan terpadam sendiri jika terlalu panas. Ini adalah sangat penting bagi melindungi produk daripada rosak dengan cepat. Dengan 3 kelajuan yang boleh ditetapkan, anda pastinya boleh mengeringkan rambut dengan lebih mudah selepas ini.
9. BaByliss Travel Foldable 2000W Hair Dryer
RM89.00
Jika anda suka pergi bercuti, pengering rambut adalah antara item terpenting yang perlu dibawa terutama jika tempat yang anda pergi itu tidak menyediakan alat-alat sebegini. Bukan sahaja ringan, malah ia juga boleh dilipat dan dibawa dalam beg atau bekas tersendiri. Namun, jangan pandangan ringan hanya kerana ia ringan kerana ia masih mampu mengeringkan rambut dengan baik terutama kerana kuasa 2000W yang digunakan.
10. Braun Satin Hair 5 Power Perfection Dryer HD580
RM 400.00
Produk keluaran jenama Braun sememangnya sudah sinonim dengan produk penjagaan rambut. Malah, produk pengering rambut ini juga mempunyai kuasa 2,500 watt dan membantu mengeringkan rambut anda dengan haba yang sekata. Di samping itu, ia juga melindungi rambut daripada rosak kerana suhu yang terlalu panas dalam ciri komponen ion yang ditawarkan. Jadi, anda tidak perlulah risau jika rambut anda menjadi terlalu kering dan kerinting kerana produk ini sememangnya tidak akan memberikan hasil sebegitu.