Now Reading
10 Penyedut Asap Dapur Pelengkap Dapur Anda

10 Penyedut Asap Dapur Pelengkap Dapur Anda

penyedut asap dapur

Penyedut asap dapur merupakan satu alat penting di dapur anda, terutama bagi anda yang selalu memasak. Penyedut asap dapur boleh menyingkirkan haba, minyak, gris dan bau.

Ia juga boleh memastikan dapur anda kekal bersih meskipun anda sedang bersilat di dapur untuk menyiapkan juadah. Dengan penyedut asap dapur, kerja pembersihan dapur menjadi lebih mudah!

Ini merupakan penyedut asap dapur terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

Elba EH-E9122ST Kitchen Chimney Hood

RM942.00

Mempunyai kuasa sedutan maksimum sebanyak 1400m3/jam di mana cukup kuat meskipun ketika perlu mengoreng lama.

Ia juga dilengkapi penapis arang di mana membantu anda menyingkirkan bau apabila udara melaluinya. Penyelenggaraannya juga agak mudah kerana gris terperangkap di dalam cawan minyak membolehkannya dibersihkan dengan mudah.

Dengan reka bentuk yang cantik dan sedutan yang hebat, Elba EH-E9122ST Kitchen Chimney Hood adalah pilihan terbaik anda untuk dapur anda.

SENZ SZ-CH338i IntelClean Twin Turbo Motor MultiHood

RM1,799.00

Mempunyai ciri membersih secara automatik dengan SENZ SZ-CH338i IntelClean Twin Turbo Motor MultiHood adalah sentuhan yang hebat.

Dilengkapi dengan lampu LED, tempered glass dan paparan LCD untuk rupa yang moden. Ia tidak mengeluarkan bunyi yang bising (tahap kebisingan rendah ≤ 56db) walaupun dengan kuasa penyedutan yang kuat.

Rinnai RH-S139-SS Slim Cooker Hood

RM399.00

Jika anda tidak sukakan penyedut asap dapur yang besar dan tebal, Rinnai RH-S139-SS Slim Cooker Hood mungkin saiz sempurna untuk anda.

Ia tidak mengambil terlalu banyak ruang tetapi masih memberikan kuasa penyedutan yang bagus iaitu 340m3/ jam. Ia mempunyai tetapan 3 kelajuan di mana anda boleh mengubahnya mengikut bagaimana sesi memasak anda akan berjalan.

Penyedut asap dapur ini menggunakan penapis jaring aluminium di mana anda boleh mengeluarkannya untuk membasuh. Ia efektif untuk memerangkap gris apabila udara ditapis melaluinya.

Ia juga dilengkapi dengan lampu halogen yang memberikan pencahayaan yang baik ketika memasak. Ia juga cukup terang tanpa anda perlu untuk membuka lampu dapur anda.

Electrolux EFC922GAK Chimney Cooker Hood

RM1,399.00

Seperti yang anda jangkakan, Electrolux merupakan jenama penyedut asap dapur yang terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia.

Penyedut asap dapur yang hitam berkilat ini bergantung pada sistem penyingkiran udara dengan fungsi pembersihan automatik. Ia agak bising berbanding yang lain. Tetapi tahap kebisingannya tidak melebihi 62db.

Electrolux Slimline Kitchen Hood EFT9516X

RM650.00

Electrolux Slimline Kitchen Hood EFT9516X adalah pilihan lain yang anda boleh pertimbangkan jika anda mahukan penyedut asap dapur yang nipis dan berkuasa.

Ia mempunyai mempunyai sistem penyingkiran udara maksimum sebanyak 550m3/ jam, iaitu sangat tinggi dan berkuasa.

Terdapat 2 mod operasi untuk dipilih apabila menggunakan penyedut asap dapur ini iaitu kitar semula (recirculation) dan penyaluran (ducting).

Terdapat sebanyak 2 kipas di dalamnya di mana kelajuannya boleh diubah kepada 3 tahap berbeza. Di samping mempunyai kuasa sedutan yang kuat, ia juga mempunyai penapis efektif membuatkan gris dan bau hilang.

Ia juga mempunyai penapis gris berlapis-lapis yang membuatkan ia lebih efektif berbanding penyedut asap dapur lain yang mempunyai penapis satu lapis.

Tambahan lagi, ia mempunyai penapis karbon yang boleh membantu menyingkirkan bau masakan, jadi dapur anda tidak akan berbau makanan sepanjang masa.

Rubine RCH-MARIA-SS Estratto Series Arch-Glass Kitchen Hood

RM1,399.00

Dengan anggaran harga di bawah RM1,000,  Rubine RCH-MARIA-SS Estratto Series Arch-Glass Kitchen Hood juga mempunyai penapis arang juga. Ia mempunyai deria sentuh yang boleh dikawal (3 kelajuan) dan pemasa lewat.

Selain itu teknologi H2Meltz digunakan untuk memanaskan gris degil ketika pembersihan automatik. Bentuk melengkung penyedut bukan hanya untuk tujuan estetik tetapi menyumbang kepada kecekapan penyedutan juga.

Midea MCH-76MSS Slim Cooker Hood

RM329.00

Midea MCH-76MSS Slim Cooker Hood adalah alternatif yang hebat untuk penyedut asap yang berkuasa. Meskipun bersaiz nipis, tetapi kadar kuasa penyedutan adalah tinggi pada 900m3/jam.

Ia sangat berkuasa kerana kebanyakan penyedut asap yang bersaiz nipis dengan kadar penyedutan 300 hingga 500m3/jam. Ia boleh menjanakan penyedutan yang kuat dengan dwimotor.

Apabila udara disedut, ia akan melalui 4 penapis berbeza. Terdapat 2 penapis aluminium serta 2 penapis arang dengan kecekapan untuk menyingkirkan gris dan bau daripada udara yang melaluinya.

Penyedut asap dapur nipis ini juga dilengkapi dengan 2 lampu LED yang memberikan cahaya yang baik.

ELBA Elegante EH-G9026ST Designer Hood

RM1,198.00

Elba Elegante EH-G9026ST Designer Hood dengan reka bentuk luaran yang diperbuat daripada keluli tahan karat premium dan tekstur matte yang cantik. Ia sesuai dipasang di mana-mana dapur sekalipun disebabkan reka bentuknya yang versatile.

Satu perkara yang membuatkan ia lebih baik daripada yang lain adalah kerana penyedutan berkuasa tinggi sehingga 1400m3/ jam.

Kuasa penyedutan ini sangat berguna apabila anda memasak makanan yang banyak atau memerlukan proses masakan yang lama seperti deep frying.

Ia menyedut asap bergris, membersihkannya dan mengeluarkan udara bersih. Jadi, dapur anda tidak akan terasa berminyak.

Semua gris daripada masakan anda akan terkumpul di cawan minyak yang terdapat pada penyedut asap dapur, jadi anda dapat membuangnya dengan mudah ketika proses pembersihan.

Elba Elegante EH-G9026ST Designer Hood akan memastikan dapur anda bebas daripada sebarang minyak dapur dan kelihatan baik serta kemas pada masa yang sama.

Untuk mendapatkan penyedut asap dapur yang berkuasa tinggi, ia boleh didapati dengan harga yang agak murah. Justeru itu, ia adalah produk yang mesti dibeli!

Khind Cooker Hood KHD649

RM379.00

Jika anda mencari penyedut asap dapur murah yang anda boleh dapatkan di Malaysia, Khind Cooker Hood KHD649 pastinya sesuai untuk bajet anda.

Dengan harga yang lebih rendah berbanding penyedut asap yang lain dan pastinya ia adalah pilihan yang berpatutan.

Ia mungkin bukan penyedut asap dapur anda yang paling berkuasa, tetapi ia pasti cukup baik untuk kebanyakan dapur yang jarang memasak.

Dengan dwimotornya, ia boleh menjana pengudaraan sehingga 300m2/ jam. Anda juga boleh mengubah kelajuan pengudaraan dengan tetapan 3 kelajuan.

Morgan Slim Cooker Hood MCH-NC276

RM359.00

Morgan Slim Cooker Hood MCH-NC276 menyeimbangkan estetik dan keluasan di dalam dapur dengan fungsi – fungsinya.

Memandangkan ia penyedut asap yang nipis, dengan ketinggian yang rendah, membolehkan anda mendapatkan kebebasan dalam mereka bentuk dapur anda.

Dengan cahaya lampu, ia berguna dan memudahkan apabila anda memasak. Dengan paip kitar semula dan motor berkembar 80W, ia juga memastikan asap gris dan udara yang melaluinya pada penapis arang untuk menyingkirkan sebarang kesan bau.

Terdapat juga bekas pengumpul minyak membuatkan ia lebih senang untuk dibersihkan dan dibuang. Anda tidak perlu risau lagi sama ada penyedut asap dapur anda muat dipasang pada dapur anda atau tidak dengan Morgan Slim Cooker Hood MCH-NC276.

error: Content is protected !!