Jika minyak pada wajah anda membuatkan solekan anda tidak kekal pada tempatnya, memilih primer kulit berminyak yang betul boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
Primer membetuk lapisan tambahan di antara kulit dan solekan anda. Produk primer adalah biasanya digunakan untuk membantu solekan tahan lama, rata dan lembut pada permukaan kulit dan meratakan tona kulit.
Hourglass Veil Mineral Primer
RM99.00
Primer pelbagai fungsi ini berasaskan mineral, kalis air dan dengan SPF 15. Ia boleh mengawal minyak berlebihan di samping meneutralkan dan menyeimbangkan kulit anda untuk mengurangkan kilauan.
Selain itu, primer ini juga boleh mengurangkan penampakan pori dan bertindak sebagai perlindung untuk melawan sinaran UV yang berbahaya. Hanya aplikasikannya sekali dan solekan anda akan kelihatan segar sepanjang hari.
Maybelline Baby Skin Primer
RM44.50
Primer daripada Maybelline adalah primer terbaik yang pernah ada. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit dan juga meratakan tona kulit dengan hasil yang lembut dan licin.
Malah ia juga boleh membantu menutup pori anda dalam jangka masa yang lama. Dengan teksturnya yang lembut memberikan anda hasil kemasan yang matte.
Ia berfungsi dengan baik dengan pelbagai jenis foundation dan berfungsi sebagai highlighter. Anda juga boleh memakai primer ini sahaja tanpa sebarang solekan untuk mendapatkan kulit yang lembut, licin dan bersinar.
NYX Professional Makeup Studio Perfect Primer
RM58.50
Primer daripada NYX memberikan hasil yang licin dan menutupi garis halus pada wajah. Sangat popular di kalangan penggemar solekan kerana ia memberikan lapisan asas yang sempurna sebelum anda memakai foundation.
Ia sangat ringan, jadi ia tidak menutupi sebarang kedutan dan ia didatangkan dengan 2 variasi colour-correcting seperti warna hijau dan ungu.
SEPHORA Beauty Amplifier Soothing Primer
RM63.00
Primer kulit berminyak yang tidak berwarna, bertekstur gel lembut membantu untuk memberikan rupa kulit wajah yang rata dengan menutupi sebarang cela serta pori.
Ia sesuai dengan mana-mana warna kulit untuk mewujudkan lapisan asas untuk hasil foundation yang tanpa cela dan kelihatan semula jadi. Apa perlu dikhuatirkan lagi? Cuba sekarang!
Rimmel Stay Matte Makeup Primer
RM26.90
Rimmel Stay Matte Makeup Primer adalah antara produk yang agak murah tetapi masih berfungsi dengan baik hampir sama dengan primer lain.
Primer ini boleh digunakan di bawah lapisan semua jenis foundation, di atas solekan atau digunakan tanpa solekan. Tiada solekan yang akan bergerak apabila anda memiliki primer hebat ini.
3CE Back to Baby Pore Velvet
RM169.00
Jika anda inginkan kulit kelihatan seperti bayi, kami mempunyai berita baik untuk anda! Primer kulit berminyak ini mengandungi serbuk pengaburan mikro optikal untuk memberikan anda kulit yang lembut seperti bayi.
Kebanyakan primer untuk kulit berminyak adalah matte, 3CE dicipta untuk tetap memberikan anda kulit yang kelihatan matte tetapi dengan tambahan kilauan yang cantik memberikan anda rupa yang kelihatan sihat.
Benefit Cosmetics The POREfessional Face Primer
RM68.00
Primer muka daripada Benefit mempunyai hasil yang halus yang boleh menyerap minyak, mengawal kelembapan dan terasa selesa pada wajah.
Ia merupakan primer terbaik untuk mengurangkan penampakan pori terbuka dan mengurangkannya. Asas ini boleh membantu merawat keradangan dan bertindak sebagai balsam untuk menutupinya.
Hanya sapukan pada jerawat dan ratakan dengan foundation anda.
Fenty Beauty Pro Filtr Amplify Eye Primer
RM89.00
Tahukah anda bahawa kelopak mata merembeskan lebih banyak minyak daripada bahagian wajah lain?
Ia adalah tujuan utama primer mata dicipta, untuk memastikan solekan mata kekal dan untuk mengekalkan kekuatan pigmen seperti baru dipakai. Ia juga merupakan kalis kedutan, kalis pudar dan colour-boosting.
Bourjois Healthy Mix Primer
RM43.90
Bourjois Healthy Mix Primer membolehkan anda untuk mendapatkan wajah yang berseri dan segar dengan mudah, formula hebatnya dipertingkatkan dengan vitamin C, A dan B5.
Primer ringan ini efektif menutupi sebarang tanda kepenatan dengan menutupi kemerahan dan lingkaran hitam bawah mata.
Tambahan lagi dengan bantuan teknologi pembetulan pigmen, ia meratakan tona kulit dan menutupi cela wajah. Ia juga mempunyai tindakan pengaburkan dan meratakan garis halus serta mengurangkan penampakan pori.
Formula cecair yang tidak melekit, tidak berminyak dan berbau seperti buah segar! Ia mempunyai shades yang universal yang padan dengan semua tona kulit jadi ia merupakan primer yang sempurna untuk semua wanita.
Urban Decay All Nighter Face Primer
RM159.00
Primer kulit berminyak ini memberikan hasil pada wajah anda yang tahan lama dengan kemasan sheer yang ringan, membiarkan kulit anda terasa ringan, hidrat dan lembut.
Ia juga membantu mengurangkan garis halus dan menghapuskan penampakan pori. All Nighter Face Primer membuatkan ia mudah dipakai tanpa solekan atau bersama solekan.
SUMBER
https://productnation.co/my/beauty/27483/best-primer-oily-skin-malaysia
https://beautyinsider.my/face-primer-suggestions-for-the-different-types-of-skin/
https://www.adorebeauty.com.au/make-up/primer/guide/what-is-the-purpose-of-a-makeup-primer-guide