Alka-seltzer merupakan sejenis produk kesihatan yang mampu melegakan pedih ulu hati, perut kembung, gangguan pencernaan asid, sakit kepala dan sakit badan dengan antasid dan penghilang rasa sakit yang sudah wujud sejak 80 tahun yang lalu.
Produk ini berasal dari Amerika Syarikat namun hanya 1 jenis sahaja yang berada di pasaran Malaysia iaitu Alka-seltzer berperisa lemon. Tidak seperti antasid lain, Alka-Seltzer mengandungi aspirin yang juga bagus bagi kegunaan ubat tahan sakit untuk sementara waktu. Namun perlu diingat bahawa aspirin tidak sesuai untuk mereka yang menghidapi penyakit buah pinggang kerana ia adalah ubat anti-radang tanpa steroid.
Alka-seltzer Effervescent Lemon 20’s
RM17.30
1 kotak Alka-seltzer berperisa Lemon ini mengandungi 20 tablet dan kegunaannya adalah untuk melegakan sakit kepala dan sakit perut yang berpunca daripada terlalu banyak makan dan minum.
Larutkan 2 tablet dalam segelas air sebelum diminum.
Ulangi setiap 4 jam jika perlu.
Jangan mengambil lebih daripada 8 tablet dalam tempoh 24 jam.
Panadol Extra, Pain Relief for Strong Headache and Tough Pain (12 tablets) (1 x 1EA)
RM12.40
Panadol Extra akan melegakan kesakitan seperti migrain, sakit kepala, sakit belakang, sakit gigi dan demam.
Ia boleh diambil semasa perut kosong dan label perlu dibaca sebelum digunakan.
Sila dapatkan nasihat daripada pengamal perubatan atau ahli farmasi jika anda mengalami gejala atau kesan sampingan yang berterusan.
STENAC EFFERVESCENT 600MG 30tablets/box
RM31.90
Untuk penggunaan oral bagi mengurangkan lendir yang mengganggu saluran pernafasan dan penawar untuk keracunan akut.
Bodrex Sakit Kepala Demam Gigi Biasa 1 Strip( 10 Tablet)
RM2.19
BODREX Ubat Sakit Kepala/Sakit Gigi/Demam ini mengandungi 10 tablet. Setiap tablet mengandungi Paracetamol 600 mg dan Caffeine 50 mg dan bertujuan meringankan sakit kepala, migrain dan demam. Ianya perlu diambil 3-4 kali sehari 1-2 tablet selepas makan. Ubat ini tidak sesuai diambil oleh kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.
Eve Quick Headache Relief ( 40 Tablets )
RM46.00
Suplemen ini adalah sesuai untuk yang mengalami sakit kepala dan memerlukan kelegaan pantas serta kelegaan pada sakit perut yang sering memulas akibat masalah pencernaan.
Promag tablet – Pereda sakit Mag / gastrick ( 1 Papan / 12 tablet )
RM4.50
Simethicone dapat digunakan untuk meredakan tekanan yang menyakitkan yang disebabkan oleh lebihan gas di perut dan usus sehingga melegakan gejala sakit ulser.
Uphamol 650 / Paracetamol 650mg – 10 Tablets X 1 (Headache / Fever / Toothache) PCM
RM2.50
Uphamol 650 dinyatakan bertujuan untuk merawat sakit kepala, demam, selesema, sakit gigi, sakit sendi dan sakit telinga.
HAPACOL Effervescent Tablet 500mg 4 TABLET X 4 STRIPS
RM5.68
Untuk rawatan selsema, sakit kepala, sakit belakang, sakit gigi, senggugut, kecederaan trauma dan sinusitis kerana jangkitan atau cuaca.