Astringent adalah produk rawatan kulit atau skincare yang digunakan untuk menghilangkan sisa-sisa kotoran, minyak, dan sisa solekan yang mungkin masih melekat pada kulit setelah mencuci muka. Penggunaannya tidak digalakkan bagi individu yang berkulit kering kerana boleh menyebabkan kulit semakin kering dan mengalami kerengsaan. Oleh itu, jenis kulit yang paling sesuai untuk menggunakan astringent adalah kulit berminyak dan berjerawat, serta kulit kombinasi. Fungsinya adalah membantu membersihkan wajah, mengecilkan pori-pori kulit, dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah.
Aesop Bitter Orange Astringent Toner 100mL
RM120.00
Produk ini adalah formulasi berasaskan sitrus tanpa pengawet dengan sifat kebersihan terjamin yang dihasilkan oleh Aesop. Astringen ini berfungsi untuk membersihkan kulit yang kotor akibat peluh sambil dapat menenangkan wajah. Astringen ini sesuai bagi jenis kulit yang berminyak kerana mengandungi bahan utama iaitu Bitter Orange, Witch Hazel dan Rosemary Leaf. Astringen ini digunakan pada waktu pagi dan malam dengan cara menggunakan kapas lalu ditepukkan ke wajah dan leher yang baru dibersihkan.
Nutox Astringent Toner
RM21.50
Nutox Astringent Toner merupakan formulasi pH yang seimbang dengan cepat dapat menenangkan & menyegarkan kulit, sambil memberikan kelembapan 24 jam untuk menghaluskan & mengetatkan liang-liang pori wajah. Tekstur kulit dihaluskan dengan serta-merta menjadikan solekan mudah disapu & tahan lebih lama. Astringent ini sesuai bagi semua jenis kulit.
PALMER’S Skin Success Deep Cleansing Facial Astringent 250ml
RM28.90
Palmer’s Skin Success Deep Cleansing Facial Astringent berfungsi untuk membuka dan mengetatkan liang-liang pori pada wajah untuk kulit yang bersih dan kelihatan sihat. Ia membersihkan kulit anda dengan mendalam untuk menghilangkan kesan kotoran, minyak dan solekan terakhir yang boleh ditinggalkan oleh sabun dan air.
Thayers, Astringent Original Witch Hazel, Toner (355ml)
RM45.00
Thayers Original Witch Hazel Tanpa Alkohol dengan formulasi Aloe Vera akan menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Formula asal Thayer diperbuat daripada ekstrak Witch Hazel yang dapat membantu mengetatkan liang pori dan menghaluskan kulit wajah. Kulit akan menjadi lebih sihat serta membantu melindungi kulit daripada kekotoran udara dan melembapkan kulit.
AVON Clearskin Blemish Clearing Clean Refreshing Toner – Astringent 100ml
RM12.95
Astringent ini berkesan untuk membantu menyegarkan dan membersihkan kulit. Penggunaan astringent harian ini yang mengandungi Asid Salisilik akan menjadikan kulit berasa lebih bersih dan nyaman. Ia juga membantu menegangkan kulit wajah dan menghilangkan lebihan minyak dan kotoran kesan daripada solekan harian.
Avon Naturals Rose and Pearl Astringent / Toner 100ml
RM10.80
Astringent berfungsi seperti toner untuk menghilangkan sisa solekan atau kotoran setelah membersihkan wajah, dan menyiapkan kulit untuk menyerap krim penjagaan kulit dengan berkesan. Ekstrak mutiara dan mawar membantu menghilangkan tekstur kulit kusam dan warna kulit yang tidak sekata tanpa merengsangkan wajah. Ekstrak mawar dapat melembap, menggebu, menyerikan serta menyegarkan kulit wajah, manakala ekstrak mutiara membantu mencerah, melembap serta menyerikan kulit.
DR.CINK Poreless Finish Astringent Toner 200ml
RM149.50
DR CINK, jenama penjagaan kulit yang dirumuskan oleh Top Skin Doctor di Taiwan. Astringent ini berfungsi untuk menghilangkan kekotoran dengan lembut, mengetatkan liang-liang pori wajah dan mengurangkan cela pada kulit. Ekstrak witch hazel yang terkandung membantu untuk menenangkan dan menganjalkan kulit tanpa mengganggu keseimbangan kelembapan semula jadi wajah.
Air Bunga Rosa Damascena yang terkandung membantu mengimbangkan dan menghidupkan semula kulit, dan meningkatkan keberkesanan rutin penjagaan kulit. Minyak Pudina berkesan unutk menyejukkan kulit, menghilangkan kotoran berlebihan dan mengecilkan liang pori. Kulit terasa segar, menenangkan, bersih dan sihat. Produk ini lembut pada kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit.
[NSC] TDF Mild Astringent – 100ml
RM70.00
Astringent pembersih ini menghilangkan lebihan minyak pada kulit dan meninggalkan rasa yang bersih dan halus pada wajah. Ia membantu mengekalkan kulit pada tahap pH seimbang yang sihat, dan membantu penggunaan produk serum dan pelembap wajah selepas mengaplikasikan astrigent. Produk ini disarankan untuk individu yang mempunyai masalah kulit berminyak. produk ini baik unutk mengetatkan pori-pori, mengawal jerawat, dan mengawal minyak yang menyebabkan bintik hitam pada wajah.
La Roche Posay Effaclar Micro-Exfoliating Astringent Lotion 200ml
RM79.10
Astringent dari La Roche-Posay ini adalah sebahagian daripada rangkaian Effaclar yang merupakan koleksi produk yang diformulasikan khusus untuk kulit berminyak dan merawat jerawat. Cecair ringan ini mempunyai sifat LHA pengelupasan mikro yang berfungsi untuk membuang dan mengetatkan liang-liang pori wajah, sambil menbaiki semula tekstur kulit untuk menampakkan kulit lembut dan lembut. Ia akan menyerap lebihan minyak dan menghilangkan kekotoran sehingga kulit menjadi segar dan bersih. Produk ini sesuai untuk kulit sensitif kerana bebas daripada kandungan paraben.
Himalaya Purifying Neem Cleansing Astringent Toner 175ml
RM28.22
Astringent Pembersih yang dirumus khas untuk membersihkan liang pori dengan mendalam. Neem, terkenal dengan sifat antibakteria memerangi jerawat sementara Lemon dan Lodh membantu mengetatkan liang pori. Neem, terkenal dengan sifat pemurnian dan anti bakteria membantu dalam mengawal jerawat. Lemon dan Lodh membantu mengetatkan liang dan mengencangkan kulit. Meninggalkan kulit yang lebih segar, licin & bebas masalah.