Biore merupakan jenama penjagaan kulit No.1 di Jepun, jenama ini telah menghabiskan beberapa dekad lamanya untuk menyempurnakan penyelesaian kepada pelindung kulit dengan pelbagai faedah hanya dalam beberapa langkah mudah sehingga anda dapat mencapai kulit yang cantik. Dengan Biore, anda kini dapat merasakan kegembiraan dalam memiliki kulit yang cantik secara semula jadi setiap hari. Mari kita lihat produk-produk yang telah Biore hasilkan dan alternatifnya yang sama dalam melindungi kulit di bawah ini.
Biore Skin Caring Facial Foam Oil Control
RM24.40
Advanced Skin Caring Facial Foam Japan Series ini adalah salah satu produk keluaran Biore yang sederhana namun berkesan dalam membersihkan kulit secara menyeluruh, menghilangkan kotoran dan sebum dari liang dalam untuk mencapai kecantikan kulit yang cerah seperti porselin Jepun. Produk ini telah dibangunkan dengan inovasi Jepun yang sangat maju – Skin Purifying Technology (SPT), yang merupakan formula yang agak berasid dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit. Ia sangat baik untuk mengekalkan kelembapan dan sangat lembut pada kulit, memberikan anda kulit yang lebih lembut dan lebih sihat dengan hanya 1 cucian.
Cetaphil Oily Skin Cleanser
RM37.90
Cetaphil Oily Skin Cleanser ini memberikan pembersihan yang berkesan untuk kulit berminyak, kombinasi atau noda. Ia mempunyai buih lembut yang dapat menghilangkan minyak, kotoran, serpihan kulit dan make-up tanpa membiarkan kulit anda kering. Pembersih klit Cetaphil Oily ini tidak menyumbat liang pori dan boleh digunakan bersama dengan ubat jerawat. Digunakan dua kali sehari selama dua minggu dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi.
Biore UV Perfect Protect Milk Moisture SPF50+ PA+++
RM18.00
Biore UV Perfect Protect Milk Moisture adalah pelindung matahari yang sangat ringan dan tidak melekit. Ia sesuai untuk kegunaan harian disebabkan ciri-cirinya yang mempunyai perlindungan tinggi terhadap sinaran UVA & UVB. Teksturnya juga ringan menjadikan kulit muka anda seperti matte serta kilat serta-merta. Ia turut ditambah dengan perlindungan SPF50 + PA +++ yang menakjubkan bertindak sebagai pelindung matahari setiap hari! Ia diformulasikan supaya mempunyai daya tahan tinggi pada kulit untuk memberikan perlindungan UV berterusan. Ia disertakan dengan ekstrak Vitamin E dan Kuman Padi, yang berfungsi sebagai primer pelembap untuk melicinkan tekstur kulit yang tidak sekata dan mencegah kulit daripada kering.
Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++
RM31.00
Wardah UV Shield Essential Sunscreen ialah pelindung matahari yang mempunyai faedah 2-in-1. Ia melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB dengan SPF 30 PA+++, menghalang kesan buruk cahaya matahari dan mempunyai Vitamin E yang bertindak sebagai anti-oksidan. Selain itu, ia turut mempunyai ekstrak aloe vera dan Pro Vitamin B5. Yang penting, produk ini tidak melekit dan dapat melembabkan kulit wajah anda sepanjang hari.
Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+ PA++++
RM33.90
Biore UV Aqua Rich Watery Essence ini adalah pelindung cahaya matahari dengan pertahanan UV yang sangat kuat untuk penggunaan harian. Produk ini telah diformulasikan dengan Teknologi Pertama Dunia yang maju, formulasi unik ini menyebar secara merata pada kulit untuk menangkal sinar UV yang berbahaya walaupun pada tahap mikro. Teksturnya yang sensasi seperti air yang luar biasa sangat menyegarkan, tidak melekit dan ringan pada kulit. Ia turut disertakan dengan pati penghidrat Asid Hyaluronik & ekstrak Royal Jelly yang menakjubkan sebagai asas make-up yang menghidratkan. Yang penting, ia tidak melekit dan tanpa pewarna tambahan. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan sesuai digunakan untuk muka dan juga badan.
Banana Boat Ultra Protect Sunscreen Lotion with Aloe Vera SPF50 PA+++
RM33.50
Jenama Banana Boat ini sangat terkenal dalam kalangan pengguna yang gemar memakai krim pelindung matahari kerana produknya yang berkesan untuk melindungi kulit. Produk ini tahan lama walaupun badan anda berpeluh atau berada dalam keadaan basah. Ia telah diperkaya dengan Aloe Vera, Vitamin C dan E, bagus untuk melindungi kulit dari pancaran matahari yang memedihkan kulit. Pelindung matahari ini dapat menghalang kulit daripada kekeringan dan mengekalkan kehidratan sepanjang hari. Ia bagus untuk anda yang memiliki kulit normal dan kombinasi.
Biore Cleansing Oil
RM24.30
Biore Cleansing Oil ini mempunyai keajaiban kuasa pembersih yang menyegarkan dengan hanya sekali lap. Produk ini telah diformulasikan dengan Japan Brightening Micellar yang berfungsi dengan luar biasa, ia mampu untuk menghilangkan kesan solekan yang degil, sekaligus memberi penghidratan untuk kulit yang bersih dan lembut. Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal dan kering. Ia tidak mempunyai tambahan: Alkohol, Minyak, Wangian dan Pewarna. Diformulasikan lembut yang tidak memerlukan pembilasan atau pembersihan dua kali.
Biore Pore Pack Black
RM14.00
Biore Pore Pack Black ini adalah lembaran yang menghilangkan clogs dengan lebih berkesan dan kelihatan. Ia turut berkesan dalam menghilangkan bintik hitam agar kulit anda kelihatan lebih bersih dan licin. Produk ini telah diformulasikan dengan serbuk penyerap sebum untuk menyerap sisa minyak. Juga direka agar sesuai dengan hidung dan mempunyai celah tambahan untuk keselesaan yang lebih baik. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit seperti normal, kusam, berminyak, kombinasi dan kulit muka berjerawat.
Au Fairy Blackheads Nose Pore Strips
RM9.50
Au Fairy Blackheads Nose Pore Strips ini dapat menghilangkan bintik hitam dan liang yang tidak diingini. Ia mengandungi arang aktif yang dapat menarik bakteria, kotoran dan zarah mikro lain ke permukaan kulit, membantu anda mencapai kulit yang sempurna dan licin.
Arahan Penggunaan: Selepas mencuci muka, basahkan hidung anda dengan teliti. Hal ini kerana jalur tidak akan menempel pada kulit kering. Sapukan dan tekan sedikit untuk memastikan ia melekat pada kulit and. Kemudian, biarkan selama 10-20 minit. Jalur akan mula terasa keras. Kupas dengan teliti dengan kedua tangan bermula dari tepi, dan seterusnya tarik ke tengah.