Now Reading
10 Produk Burt’s Bees Malaysia Dan Alternatifnya

10 Produk Burt’s Bees Malaysia Dan Alternatifnya

Burt's Bees

Burt’s Bees Malaysia merupakan salah satu jenama popular yang menghasilkan produk yang diperbuat daripada 100% bahan semula jadi. Produk-produk Burt’s Bees Malaysia telah diformulasi khas tanpa phthalates, parabens, petrolatum, sodium lauryl sulfate (SLS) dan bahan kimia lain. Antara produk yang telah dihasilkan oleh Burt’s Bees Malaysia adalah seperti produk penjagaan kulit, rambut, bibir dan badan, makeup, vitamin dan banyak lagi. Jom kita lihat penerangan produk Burt’s Bees Malaysia dan alternatifnya yang sama di bawah!

Burt’s Bees Moisturizing Lip Balm

RM37.60

Burt’s Bees Moisturizing Lip Balm ini dapat menjadikan bibir anda lebih menawan. Ia diperkaya dengan lilin lebah yang berfungsi untuk menganjalkan bibir dan turut disertakan dengan Vitamin E antioksidan untuk melembabkan dan melembutkan bibir. Produk ini dapat menyuburkan bibir kering sekaligus menjadikannya segar dan terhidrat. Selain itu, ia hadir dalam bentuk tiub yang kecil yang memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja dengan hanya meletakkanya di dalam poket atau beg tangan. Produk kecantikan semula jadi ini 100% bebas paraben, phthalates, petrolatum dan SLS yang akan mencantikkan dan menghidupkan semula bibir anda. Gunakan produk ini jika anda ingin memiliki bibir yang sihat.

Vaseline Lip Balm Therapy Rosy (7g)

RM14.30

Vaseline Lip Balm Therapy Rosy ini melembutkan bibir dan menjadikan bibir anda kelihatan warna merah jambu. Ia juga melegakan bibir kering dan kusam di samping mengekalkan kelembapan bibir. Jadi, anda tidak perlu risau kerana tiada lagi bibir kering. Secara dasarnya, ia dihasilkan daripada jeli petroleum tulen dan mempunyai wangian ros. Terapi bibir vaseline ini dibotolkan dalam bekas yang sangat comel bersama dengan logo Vaseline di atasnya.

Arahan Penggunaan: Mudah saja. Calitkan sedikit di jari kemudian sapukan dengan cermat ke bibir anda. Pastikan tangan anda dibasuh bersih terlebih dahulu.

Burt’s Bees Tinted Lip Balm

RM36.50

Burt’s Bees Tinted Lip Balm ini mempunyai warna di samping dapat melembabkan bibir anda sehingga 8 jam. Ia mengandungi Botanical Waxes yang menjadikan bibir anda sentiasa terhidrat dan lebih cantik dengan hanya satu sapuan sahaja. Ia hadir dengan 6 pilihan shades yang cantik seperti Rose, Hibiscus, Red Dahlia, Pink Blossom, Zinnia Dan Sweet Violet. Yang penting, produk ini diformulasikan tanpa parabens, phthalates, petrolatum, atau SLS.

IN2IT Gel Tint 

RM11.90

IN2IT Gel Tint ini digunakan bukan sahaja untuk bibir malah boleh digunakan sebagai blusher untuk pipi anda. Teksturnya sangat ringan dan ia menjadikan bibir anda kelihatan bersinar dengan pantas dan semula jadi. Selain itu, produk ini sangat pigmented jadi anda hanya perlu dab sedikit sahaja. Ia turut kalis air, kiss proof dan dapat bertahan sehingga 8 jam. Ia telah diformulasi khas dengan wangian buah dan lidah buaya menjadikan bibir anda sentiasa lembab. Ia boleh dikeluarkan dengan mudah menggunakan makeup remover.

Arahan Penggunaan: Untuk bibir: Gunakan aplikator lembut untuk memudahkan sapuan dan campuran. Untuk pipi: Calit sedikit di pipi anda dan ratakannya menggunakan hujung jari atau beauty blender.

Burt’s Bees Mama Bee Belly Butter

RM85.00

Mama Bee Belly Butter ini telah dirumus khas untuk menenangkan kulit sepanjang 9 bulan kehamilan. Di samping itu, Belly Butter ini akan memastikan perut anda lembut, halus dan selesa sebelum dan selepas kelahiran bayi anda tanpa meninggalkan stretch mark. Ia dihasilkan daripada 99% bahan semula jadi dan diformulasikan tanpa phthalates, parabens, petrolatum, atau SLS. Bahan utamanya adalah seperti shea butter – lemak semula jadi ini diperoleh daripada buah pokok karate yang bermanfaat dan berkhasiat dalam melembabkan dan mengurangkan kedutan serta meningkatkan keanjalan kulit dan melindunginya daripada penuaan akibat persekitaran.

Palmers CBF Massage Cream Stretch Marks (125g)

RM38.20

Palmers Cocoa Butter Formula Massage Cream Stretch Marks ini telah dirumus khas dengan mentega koko asli dan vitamin E yang berfungsi untuk melegakan dan melembutkan kulit yang kekeringan akibat kehamilan. Ia turut mengandungi kolagen dan elastin yang membantu kulit anda meregang.

Arahan Penggunaan: Urut krim pekat yang tidak berminyak ini ke kawasan yang bermasalah seperti paha dan pinggul untuk membantu mencegah dan mengurangkan penampilan stretch mark yang disebabkan oleh kehamilan, kenaikan berat badan dan penurunan berat badan.

Burt’s Bees Baby Dusting Powder

RM99.00

Burt’s Bees Baby Dusting Powder ini memastikan bahagian bawah bayi anda sentiasa kering, lembut dan bebas dari kerengsaan. Ia hadir dengan naturally talc-free dan absorbent powder yang membuatkan bayi anda berasa selesa sentiasa kerana bayi yang bahagia adalah bayi yang selesa.  Antara kebaikan produk ini adalah ia diperbuat daripada 100% bahan-bahan semula jadi, diformulasikan tanpa talc, phthalates, parabens, petrolatum, atau SLS serta telah diuji oleh pediatrik.

Arahan Penggunaan: Sapukan dusting powder ini ke badan bayi anda dengan berhati-hati supaya tidak terkena pada muka bayi.

Anakku Baby Soothing Talcum (500g)

RM13.90

Anakku Baby Soothing Talcum ini diperbuat daripada 100% ekstrak tanaman berasal daripada pertanian organic. Boleh dikatakan 99.5% dari bahan-bahannya adalah berasal daripada bahan semula jadi. Contohnya, ia mengandungi madu Manuka yang diperakui COSMOS, dibuat dengan ekstrak lidah buaya yang disahkan organik serta dirumus dengan ekstrak Lavender yang diperakui organic. Juga terdapat wangian yang diperbuat daripada minyak pati yang sememangnya wangi dan selamat untuk si manja anda. Produk ini boleh digunakan selepas mandi dan menukar lampin. Ia juga sesuai untuk bayi dan seisi keluarga.

Burt’s Bees Lemon Butter Cuticle Cream (0.6 oz)

RM49.00

Burt’s Bees Lemon Butter Cuticle Cream ini dapat menyuburkan dan melembabkan kuku dan cuticles anda. Ia dihasilkan daripada 100% bahan semula jadi seperti Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil dan Theobroma Cacao (Cocoa) Seed Butter, Vitamin E dan Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil yang berfungsi dalam menyuburkan kuku yang rapuh. Selain itu, ia hadir dengan sedikit bau lemon yang menjadikan kuku anda wangi, bersih dan segar. Dengan menggunakan cuticle cream ini secara berterusan, hasilnya, kuku anda akan kelihatan cantik dan menawan secara semula jadi.

Vibrant Glamour Nail Repair Serum

RM70.00

Vibrant Glamour Nail Repair Essence ini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan, produk ini dapat menyuburkan dan menyihatkan kulit kering dan kulit tua. Ia sesuai untuk mereka yang mengalami masalah fungal nail dan mereka yang mempunyai kuku retak dan kasar.

Arahan Penggunaan: Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan lembut, rendam kuku dalam air suam untuk terlebih dahulu. Kemudian, ambil 1-2 titis nail repair serum, sapukan pada kuku dan di sekeliling kulit. Urut di sepanjang tepi kuku untuk membantu penyerapan. Adalah disyorkan untuk menggunakan produk ini 2-3 kali sehari.

error: Content is protected !!