Ecolite bersemangat menyediakan minuman kesihatan untuk membantu orang menjadi sihat dan berkomited untuk memastikan khasiat boleh dicapai dengan cara yang mudah dan senang. Teknologi pengeluaran yang profesional dan pengurusan kualiti yang ketat digunakan untuk membawakan anda produk kesihatan yang berkualiti tinggi. Ini disebabkan Ecolite percayai bahawa kesihatan yang baik bermula dengan khasiat yang baik kerana ini adalah asas untuk mendapatkan tenaga.
ECOLITE Birds Nest White Fungus & Rock Sugar
RM26.80
Ecolite Birds Nest ini dibuat daripada sarang burung asli, jamur putih dan gula batu dengan menggunakan teknologi canggih terkini dan resipi tradisional. Produk ini baik untuk menyihatkan paru-paru, meningkatkan sistem imuniti dan juga mencantikkan kulit. Kandungannya tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Namun demikian, ia memberikan anda keyakinan untuk mengambilnya. Sesuai diambil oleh semua generasi dan boleh dihidangkan suam atau sejuk.
KINOHIMITSU Birds Nest
RM39.90
Produk ini adalah sarang burung yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan sistem ketahanan badan, melegakan keletihan dan membantu menyokong kesihatan pernafasan. Juga boleh meningkatkan kelembapan kulit supaya kulit menjadi halus dan berseri. Ia juga baia untuk meningkatkan daya tahan kesihatan terhadap tekanan persekitaran luaran. Sarang burungnya dibersihkan dengan teliti dan tanpa menggunakan agen pemutih menjadikannya amat tulen. Ia tidak mengandungi pengawet, pewarna dan perasa tiruan.
ECOLITE Ginseng Essenshu Compound Plus Liquid
RM76.00
Produk ini terkenal dengan kesannya mengisi semula qi dan darah, menguatkan limpa dan perut dan mengurangkan penuaan tulang. Ini adalah formulasi lembut, jika dilanjutkan, secara beransur-ansur dapat menyuburkan dan memulihkan fungsi tubuh. Ia digunakan secara tradisional untuk menghilangkan keletihan dan kelemahan selepas sakit dan meningkatkan selera pemakanan. Juga membantu memperbaiki peredaran darah dan penjagaan kesihatan umum.
CHEONG KWAN JANG Red Ginseng Extract Honey Syrup
RM270.00
Produk ginseng ini berkesan untuk anti penuaan, meningkatkan sistem ketahanan badan dan membantu pemulihan daripada keletihan badan. Pengambilannya secara konsisten boleh menyokongkan peredaran darah dan meningkatkan memori anda. Ia dibuat dengan menumpukan Cheong kwan Jang yang berusia 6 tahun dari Red Ginseng Korea dan mencampurkannya dengan madu untuk memberikan rasa yang lebih ringan.
ECOLITE Collagen Bird’s Nest Original
RM4.90
Ecolite Collagen Bird’s Nest ini memberikan seluruh badan khasiat yang diperlukannya untuk menyokong penciptaan dan pembaikan tisu penghubung badan. Gabungan minuman sarang burung bersama dengan kolagen akan memberikan kesan yang ketara terhadap kulit anda dengan menegangkannya dan menjadikan kulit halus, muda dan berseri. Nikmatilah cara yang menyegarkan ini untuk menikmati kebaikan minuman sarang burung kolagen.
HAPPY HEALTH Bird Nest Drink with Collagen Plus++ & Longan
RM5.98
Happy Health Bird Nest Drink With Collagen dibuat daripada Bird’s Nest Collagen & Longan asli dengan menggunakan teknologi yang terkini dan resipi tradisional untuk mendapatkan ekstrak kandungan yang murni dan rasa yang asli. Ia dibotolkan siap untuk diminum dan boleh diminum sejuk atau dihangatkan. Hanya perlu digoncanglan sebelum minum dan ia sesuai untuk semua peringkat umur.
ECOLITE Boostick Concentrated Pear + Bird’s Nest
RM38.80
Produk Ecolite ini membantu meningkatkan khasiat untuk kulit anda dan menjadi faktor sebagai pertumbuhan epidermis yang unik dan sialic sarang burung boleh membantu dalam pembaharuan sel kulit. Kandungan air, serat dan nutrien pir Cina yang tinggi pula akan menambahkan lebih banyak khasiat kepada kulit anda. Keseluruhannya, produk ini berkesan untuk mencantikkan kulit, menyuburkan trakea dan paru-paru serta memperbaiki sistem pencernaan.
ANNONA Bird’s Nest With American Ginseng, White Fungus & Rock Sugar
RM18.00
Kajian produk ini menunjukkan Faktor Pertumbuhan Epidermal (EGF) yang terkandung di dalam sarang burung dapat memperbaiki kompleksi kulit dan data mengawal kerengsaan kulit. Fungsinya memperbaiki tisu kulit dengan pantas dapat mencantikkan dan menghaluskan kulit. Pengambilan produk ini juga akan memberikan tenaga dan sifat energetik yang neutral serta membantu meningkatkan sistem imuniti yang lemah. Kandungan sakura di dalamnya berfungsi sebagai anti oksidan untuk memulihkan tona kulit dengan lebih sekata dan menanggalkan toxin supaya kulit menjadi lebih cerah.
ECOLITE Pu Yao Jing
RM75.00
Ecolite Pu Yao Jing digunakan secara tradisional digunakan untuk kelemahan anggota badan, buah pinggang dan kekebasan tubuh badan. Campuran herba berkualiti yang unik ini membantu meningkatkan daya hidup, menguatkan hati dan ginjal serta melegakan kelemahan tendon. Kandungan esen Cortex Eucommia dan Cordyceps Plus akan mengaktifkan aliran “qi” untuk membinakan badan yang kuat dan pengaliran darah yang sempurna. Ia adalah tonik kesihatan ringan tanpa kandungan alkohol.
HUIJI Waist Tonic
RM169.90
Huiji Waist Tonic dibuat dengan 100% herba semulajadi yang berkualiti seperti Cordyceps dan Ginseng. Ia diambil untuk menguatkan badan dan pinggang serta menyuburkan dan menggelapkan rambut. Membantu melegakan sakit di pinggang dan lutut, meringankan kekebasan tangan dan melegakan kekejangan otot. Produk ini amat baik untuk meningkatkan tenaga dan sistem imuniti, menurunkan kadar gula dan kolesterol dalam darah, meningkatkan fungsi dan ingatan otak serta membuangkan toksin.