Now Reading
10 Produk Glucosamine Yang Terkenal Di Pasaran

10 Produk Glucosamine Yang Terkenal Di Pasaran

glucosamine

Glucosamine merupakan sebatian semula jadi yang terdapat di tulang rawan di mana tisu yang kuat menenangkan sendi-sendi. Terdapat beberapa bentuknya sebagai suplemen untuk membantu masalah yang berlainan. Kebanyakan orang menggunakan Glucosamine Sulfate untuk merawat keadaan yang menyakitkan yang disebabkan oleh keradangan, kerosakan dan kehilangan tulang rawan (osteoartritis). Antara jenama-jenama yang menghasilkan suplemen ini adalah seperti yang berikut.

SWISSE Glucosamine Sulfate 1,500mg 180 tablets

SWISSE Glucosamine Sulfate 1,500mg 180 tablets

RM88.00

Swisse Glucosamine Sulfate dihasilkan daripada formula berkualiti premium untuk menyokong pergerakan sendi, membantu menjaga kelenturan dan kesihatan tulang rawan serta membantu memberi kelegaan kepada osteoartritis yang bersimptom ringan. Osteoartritis dicirikan sebagai pemecahan tulang rawan pelindung di dalam sendi dan supplemen ini merupakan sebagai makanan tambahan yang berasal dari kerang sebagai komponen utama kesihatan sendi dalam badan serta membantu melegakan sakit sendi dan keradangan yang berkaitan dengan osteoartritis lutut.

NOW Foods, Vegetarian Glucosamine & MSM 120 capsules

NOW Foods, Vegetarian Glucosamine & MSM 120 capsules

RM69.99

Produk ini menggabungkan dua bahan sokongan yang terkenal dalam formulanya yang tidak termasuk glucosamine yang berasal dari kerang. Glucosamine adalah blok yang penting untuk pembentukan glikosaminoglikan (GAG) dan proteoglikann sebagai komponen utama tisu tulang rawan. Sebatian ini menarik air untuk membentuk kusyen bagi sendi, memberikan pelinciran dan penyerapan kejutan. MSM (Methylsulfonylmethane) adalah bentuk organik sulfur, mineral yang diperlukan untuk pengeluaran GAG dan proteoglikan.

SHINE Glucosamine Capsule (100 capsules)

SHINE Glucosamine Capsule (100 capsules)

RM36.95

Shine Glucosamine adalah suplemen glucosamine dan kondroitin untuk membantu menjaga kesihatan sendi. Ia berfungsi sebagai terapi tambahan untuk osteoartritis. Osteoartritis adalah sendi degeneratif yang paling sering menyerang kedua-dua jantina pertengahan umur dan tua dan ditandai dengan degenerasi tulang rawan sendi dan pembesaran tulang pada sendi, sering disertai dengan rasa sakit dan kekakuan. Glucosamine akan membantu mengurangkan kesakitan tersebut dan memperbaiki fungsi sendi dengan memberikan nutrien pada tulang, tulang rawan dan tisu badan yang lain. Ia juga meningkatkan kelikatan cecair sinovial dengan meningkatkan pengeluaran cecair sinovial kepada sendi.

VIARTRIL S Glucosamine 1500mg 30 Sachets (for Joint Pain)

VIARTRIL S Glucosamine 1500mg 30 Sachets (for Joint Pain)

RM109.61

Viartril-S adalah formula unik Crystalline Glucosamine Sulfate yang digunakan sebagai makanan tambahan untuk pemeliharaan sendi dan tulang rawan yang sihat. Ia membantu melegakan gejala sakit dan batasan fungsi osteoartritis, membaiki kerosakan yang disebabkan oleh kehausan sendi dan juga dapat mengurangkan perkembangan osteoartritis. Ambil hanya 1 sachet sehari selama 6 bulan berturut-turut untuk melihat kesan terbaik kepada kesihatan sendi anda. Produk ini merupakan Glucosamine Sulfate yang asli dan satu-satunya yang telah diuji sepenuhnya dalam ujian klinikal untuk keselamatan dan keberkesanannya.

HEALTHY CARE Glucosamine HCL 1500mg 400 Tablets

HEALTHY CARE Glucosamine HCL 1500mg 400 Tablets

RM121.99

Healthy Care Glucosamine menyediakan dos glucosamine yang sesuai untuk meningkatkan fungsi sendi yang sihat. Ia membantu serta menyokong pergerakan sendi dan melegakan simptom artritis yang ringan termasuk radang sendi yang ringan, sakit sendi dan sakit-sakit ringan. Produk ini juga penning untuk membina tulang rawan sendi, membantu mobiliti dan fleksibiliti sendi serta membina tendon dan ligamen yang sihat bagi kesihatan tisu-tisu penghubung. Hanya perlu ambil satu kapsul setiap hari untuk kerberkesanan penjagaan sendi, ligamen dan tulang rawan.

KS Glucosamine HCI with MSM Extra Strength 1500mg

KS Glucosamine HCI with MSM Extra Strength 1500mg

RM135.00

Produk glukosamin ini membantu menyokong mobiliti dan fleksibiliti sendi, jarak gerakan dan fungsi sendi, menggalakkan rawan yang sihat. Produk ini tidak mengandungi glukosamin sulfat. Setiap kapsulnya mengandungi 1500 mg glukosamin hidroklorida dan 1500 mg Methyl Sulfonylmethane (MSM) kerana sulfur adalah penting untuk berfungsi bersama dengan glukosamin untuk menyediakan blok pembinaan kolagen. Produk ini adalah sangat baik untuk sesiapa sahaja yang memerlukan sokongan pemakanan tambahan untuk sendi-sendi dan tisu-tisu penghubung.

PURITAN'S PRIDE Double Strength Glucosamine Chondroitin MSM Joint Soother 120 Capsules

PURITAN’S PRIDE Double Strength Glucosamine Chondroitin MSM Joint Soother 120 Capsules

RM120.00

Puritan’s Pride Glucosamine Chrondroitin & MSM mengandungi tiga bahan popular yang menyokong kesihatan sendi dan tulang rawan. Ia membantu menguatkan, mempertahankan dan melindungi sendi serta menyokong pergerakan dan fleksibiliti untuk pergerakan yang lebih selesa. Glukosamin adalah sebatian yang terdapat di hampir semua tisu manusia, terutamanya tisu penghubung, oleh itu produk glukosamin ini digunakan oleh sel-sel tulang rawan untuk membuat komponen struktur yang terdapat dalam kapsul sendi untuk menenangkan sendi dan tulang dan memberikan penyerapan kejutan.

EVLution Nutrition FlexMode, 90 capsules

EVLution Nutrition FlexMode, 90 capsules

RM108.00

Produk Flexmode ini mengandungi Glucosamine Sulfate bersamaan dengan 10 bahan kuat untuk mempromosikan pelinciran sendi, kekuatan, kelenturan, dan mobiliti untuk menyokong kehidupan aktif lelaki dan wanita. Ia membantu menyokong kesihatan dan pembaikan sendi sendi anda daripada aktiviti yang berat. Ia menggalakkan mobiliti dan kelenturan fleksibiliti. Selain daripada itu, ia juga menyokong kekuatan sendi, menggalakkan perlindungan sendi dan anti-radang untuk menjaga kesihatan tulang rawan dengan mencegah kerosakan tulang rawan.

BIOGLAN Glucosamine 1500mg 200 Tablets

BIOGLAN Glucosamine 1500mg 200 Tablets

RM83.80

Bioglan Glucosamine mempunyai kekuatan tinggi dan memberikan glukosamin berkualiti tinggi dengan kekuatan 1500mg Glucosamine Hydrochloride dalam satu tablet. Dos ini membantu melegakan gejala osteoartritis ringan. Glukosamin adalah bahan semula jadi yang dihasilkan oleh badan untuk membantu membina dan mengekalkan pembinaan tulang rawan yang sihat di dalam badan. Produk ini akan membantu membina dan mengekalkan pembinaan tulang rawan sendi dan melegakan gejala yang berkaitan dengan osteoartritis ringan. Pengambilan satu tablet setiap hari untuk melegakan simptom sakit sendi dan kekejangan yang ringan.

21st Century VegeSamine 500mg  30 capsules

21st Century VegeSamine 500mg 30 capsules

RM32.95

21st Century VegeSamine mengandungi Glucosamine HCL 500 mg dalam setiap kapsulnya. VegeSamine dibuat daripada Jagung dan bukan daripada kerang. Ia dalam bentuk tulennya mengandungi semua komponen yang diperlukan untuk memperbaiki serta mengekalkan fungsi tulang rawan dan sendi yang sihat. Glucosamine HCl memberikan glukosamin yang bio-aktif. Sistem sokongan tulang rawan dan sendi yang sihat akan meningkatkan kelenturan dan pergerakan sendi bagi pergerakan yang selesa. Oleh itu, produk ini akan dapat membantu mengurangkan tekanan sendi dan kekakuan yang mungkin disebabkan oleh proses penuaan yang semula jadi.

error: Content is protected !!