Now Reading
10 Produk Hilangkan Parut Paling Berkesan

10 Produk Hilangkan Parut Paling Berkesan

Produk Hilangkan Parut

Siapa yang suka bila parut menjadi punca kurang keyakinan diri. Pemilihan produk hilangkan parut adalah penting mengikut jenis parut dan tahap keberkesanannya.

Jadi, jangan khuatir lagi ini merupakan senarai produk hilangkan parut yang boleh membantu memudarkan parut anda dan mengembalikan keyakinan anda.

Siapa yang suka bila parut menjadi punca kurang keyakinan diri. Pemilihan produk hilangkan parut adalah penting mengikut jenis parut dan tahap keberkesanannya.

Jadi, jangan khuatir lagi ini merupakan senarai produk hilangkan parut yang boleh membantu memudarkan parut anda dan mengembalikan keyakinan anda.

Untuk membeli produk hilang parut , sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda.

1. Bio Oil

RM81.00

Jika anda mengalami kesukaran untuk memudarkan parut anda, Bio Oil boleh membantu anda dengan memberikan kelembapan dan mengembalikan sel kulit dari masa ke masa.

Bio Oil merupakan pakar dalam minyak penjagaan kulit yang membantu memperbaikikan penampakan parut, stretch mark serta tona kulit tidak sekata. Ia juga efektif untuk kulit yang matang dan dehidrasi.

Formula unik yang mengandungi bahan yang mudah menyerap ke dalam kulit iaitu PurCellin Oil yang sangat efektif pada keadaan kulit lain termasuklah kulit matang dan dehidrasi. Ia diformulasikan untuk muka dan badan.

2. Dermatix Scar Reduction

RM59.00

Telah diuji secara klinikal, gel daripada Dermatix ini berkesan untuk memperbaiki, melembutkan dan meratakan parut. Malah ia boleh melegakan gatal serta mencerahkan tompok hitam berpunca daripada parut.

Namun begitu parut jenis depressed scar yang berpunca daripada jerawat dan demam campak tidak sesuai digunakan untuk dirawat dengan Dermatix Gel ini.

3. Mederma Proactive Gel

RM29.00

Berfungsi untuk memperbaiki parut dengan kandungan utama Mederma seperti Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera. Cepalin terbukti membantu melembutkan tisu parut serta mempunyai ciri anti radang.

Manakala allantoin, sangat membantu mempercepatkan proses penyembuhan, meratakan kulit serta mengurangkan rasa gatal.

Akhir sekali, aloe vera dengan sifat yang melembapkan, menyejukkan – membantu meningkatkan proses pembaharuan kulit.

4. Hiruscar Gel

RM12.60

Tidak mempunyai bajet yang banyak? Tak perlu risau. Hiruscar Gel merupakan pemudar parut yang efektif meskipun dengan harga yang berpatutuan.

Meskipun bersaiz kecil, ia mengandungi Mucopolysaccharide Polysulphate dan Allium Cepa dalam bentuk gel yang membantu memudarkan parut yang gelap atau radang dengan mengelakkan pembentukan fibroplast dan tisu yang berlebihan.

5. NB Acne Scar Cream

RM45.00

Krim daripada NB ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit, Jangan terkejut, krim ini mengandungi bahan antiseptik yang membantu membunuh semua bakteria tanpa menyebabkan pengelupasan.

Di samping berfungsi untuk memudarkan dan menghilang parut lekuk disebabkan jerawat, ia juga boleh digunakan untuk mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat dan mengecilkan liang pori.

Malah, ia juga melembapkan kulit kering dan merawat rasa gatal bagi sesiapa yang mengalami masalah kulit alergik dan ekzema.

Bahan yang terkandung di dalamnya dijamin selamat. Ia diperkaya dengan vitamin E, Disodium Edatate, White Soft Parafin (Petroleum Jelly) dan antiseptik. Pelbagai fungsi selain mengekalkan hidrasi kulit, membantu merawat dan membaikpulih kerosakan pada kulit anda.

Kelebihan NB Acne Scar Cream bukan sahaja sebagai produk hilangkan parut tetapi juga melindungi kulit anda daripada radikal bebas dan mengembalikan tekstur kulit anda kembali normal.

Ia juga mampu menghalang dan membunuh kuman atau bakteria yang melekat pada kulit akibat luka, ruam atau jerawat serta ia juga berfungsi melambatkan proses penuaan.

6. Purito Galacto Niacin 97 Power Essence

RM57.00

Mengembalikan kulit berseri anda kembali dengan Purito Galacto Niacin 97 Power Essence. Bahan utamA termasuklah Galactomyces and Niacinamide yang diketahui mempunyai sifat memutihkan dan menghidratkan. Hari demi hari anda akan perasan kulit anda menjadi lebih jernih, lembut dan kulit pudar daripada parut.

7. Palmers Scar Serum

RM70.00

Mengandungi bahan yang disarankan oleh doktor. Palmer’s Cocoa Butter Scar Serum digabungkan dengan 5 bahan hebat yang mengurangkan penampakkan parut yang disebabkan oleh pembedahan, kemalangan, kebakaran, stretch markC-section, luka, kikis dan gigitan serangga.

8. Dermatix Advance

RM53.00

Dermatix Advance adalah gel silikon yang diinovatifkan dengan teknologi CX5 untuk membantu mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut anda. Vitamin C memberikan perlindungan kulit menentang sinar berbahaya bagi membolehkan parut pudar lama – kelamaan.

9. Garden of Eden Natur E Scar Serum

RM68.00

Eliksir tulen, vitamin E semulajadi, berfungsi dengan hebat merawat parut. Dengan sifat anti oksidannya, serum ini melindungi sel kulit daripada radikal bebas yang menghalang proses pemulihan.

Ia juga merupakan pelembap intesif yang membantu melembutkan parut baru dan lama di samping memudarkannya.

Apabila diaplikasikan pada kulit kering merekah, ia meresap dengan cepat ke dalam kulit dan serta merta melembapkan dan melembutkannya. Ia juga bagus untuk kesan terbakar akibat selaran matahari.

10. Smooth E Acne Scar

RM28.00

Smooth E Acne Scar disertakan dengan formula teknologi baru untuk parut yang lebih maju, membuatkan polysiloxane, teknologi silikon baharu yang memberikan rasa lembut dan halus pada kulit.

Berfungsi untuk memudarkan kecacatan sedia ada dan parut jerawat. Mengandungi bahan efektif allium cepa (bawang) dan cephalin yang membantu mengurangkan saiz jerawat dan kemerahan.

Manakala palmitoyl tripeptide-5 menyerap dan merangsang sintesis kolagen secara mendalam, kemudian sodium hyaluronate bertindak sebagai pelembap kulit dan vitamin E memberikan sifat anti oksidan semula jadi untuk melembutkan kulit.

error: Content is protected !!