Kose Sekkisei adalah jenama penjagaan kulit yang berasal dari negara Jepun. Untuk pengetahuan, Kose telah terbukti keberkesanannya selama 30 tahun dengan memberikan kesan yang positif pada kulit wanita yang bermasalah.
Dihasilkan daripada ramuan turun temurun sejak tahun 1985 lagi, jenama ini telah tersebar luas sekaligus menjadikan produk Kose ini popular di dunia dengan petua kulit cantik berseri. Berikut adalah senarai produk Kose dan alternatifnya yang boleh didapati di Lazada Malaysia.
Kose Sekkisei Clear Whitening Mask
RM93.00
Kose Sekkisei Clear Whitening Mask ini dirumus khas dengan ekstrak tumbuhan oriental yang membantu dalam menegangkan kulit, membaiki pori-pori, dan menghilangkan bintik hitam, palam keratin, dan sel permukaan kulit yang rosak. Produk ini digabungkan dengan serbuk hitam bersaiz nano yang mudah meresap ke seluruh permukaan kulit. Hasilnya, kulit tampak lebih sihat dan tegang. Di samping itu, aromanya yang lembut dapat memberi ketenangan kepada minda yang letih. Yang penting, 96% wanita mengatakan bahawa wajah mereka terasa lembut dan bersih setelah menggunakan produk ini.
Wardah Perfect Bright Peel Off Mask
RM12.70
Wardah Perfect Bright Peel Off Mask adalah topeng peel off tanpa alkohol yang mampu membuang lapisan kulit mati dan kotoran yang terkumpul di wajah. Produk ini menjadikan wajah anda lebih bersih, lebih lembut dan cerah serta merta dengan Double Lightening Actives.
Arahan Penggunaan: Sapukan secara merata pada wajah dan leher yang telah dibersihkan. Tunggu sehingga topeng kering 5-10 minit. Tanggalkan topeng secara perlahan.
Kose Sekkisei Treatment Cleansing Oil
RM132.00
Kose Sekkisei Treatment Cleansing Oil ini dapat menanggalkan kesan solekan pada wajah sekaligus menghilangkan kulit kusam dengan berkesan. Ia merupakan salah satu cleansing oil yang membersihkan kulit menjadikan kulit lebih cantik dan bersih. Ia diperkaya dengan minyak herba oriental yang disatukan dengan ketumpatan tinggi yang menjadikan kulit lebih lembut. Yang penting, ia tidak memberikan kemasan yang melekit.
Arahan Penggunaan: Pam dua hingga tiga kali ke atas tapak tangan. Dengan menggunakan jari, sapukan perlahan pada kulit secara menyeluruh. Bilas dengan air sejuk atau panas. Sekiranya tangan atau wajah anda basah, keringkan dahulu sebelum menggunakan produk ini.
Biore Cleansing Oil
RM24.30
Biore Cleansing Oil ini mempunyai keajaiban kuasa pembersih yang menyegarkan dengan hanya sekali lap. Produk ini telah diformulasikan dengan Japan Brightening Micellar yang berfungsi dengan luar biasa, ia mampu untuk menghilangkan kesan solekan yang degil, sekaligus memberi penghidratan untuk kulit yang bersih dan lembut. Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal dan kering. Ia tidak mempunyai tambahan: Alkohol, Minyak, Wangian & Pewarna. Diformulasikan lembut yang tidak memerlukan pembilasan atau pembersihan dua kali.
Kose Sekkisei Emulsion
RM184.00
Kose Sekkisei Emulsion ini dapat mengekalkan keupayaan kulit agar sentiasa lembap. Ia diformulasikan dengan Polimer Keseimbangan Kelembapan untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit terhadap udara sekitar. Selain itu, ia menghalau pengeluaran melanin dan mencegah jeragat, bintik-bintik gelap dan kulit kasar atau kering disebabkan sinaran UV. Ia memberi penghidratan berpanjangan untuk kulit.
Arahan Penggunaan: Pam 1-2 emulsi ini ke tapak tangan, sapukannya kepada seluruh wajah. Kemudian, lakukan hand press agar ia dapat menyerap dengan lebih baik.
Nutox Moisture Emulsion SPF 25 PA++
RM52.10
Nutox Moisture Emulsion ini merupakan pelembab kulit yang ultra ringan dan tidak mudah berminyak. Ia berfungsi dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan. Ia disertakan bersama SPF25 PA ++ untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. Produk ini tidak mempunyai paraben, juga bebas pewarna dan minyak mineral.
Arahan Penggunaan: Gunakan pada wajah dan leher yang telah dibersihkan. Sapukan secara merata setiap pagi. Untuk hasil terbaik, gunakannya selepas Nutox Serum Concentrate.
Kose Sekkisei Lotion
RM25.00
Kose Sekkisei Lotion adalah losyen herba yang menyegarkan di samping mencerahkan warna kulit dan menenangkan keradangan pada kulit. Ia juga melindungi kulit daripada sinaran UV & persekitaran. Tekstur losyen ini yang ringan, menjadikan kulit lebih lembut, licin dan terhidrat. Ia membaiki liang kulit serta memulihkan kulit yang terbakar akibat sinaran matahari.
Arahan Penggunaan: Sapukan pada kulit bersih setelah mencuci muka. Tepu kapas dengan losyen dan tepuk lembut pada kulit, bermula dari kawasan muka yang lebih luas. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan produk ini sekali atau dua kali seminggu.
Muji Light Toning Water
RM60.90
Muji Light Toning Water ini memberi penghidratan segar untuk kulit sensitif yang mudah kering. Mengandungi ekstrak purslane, ekstrak grapefruit seed dan Lipidure (polyquaternium-51) – bahan yang melembapkan kulit, juga sebagai komponen perlindungan kulit. Produk ini tidak merosakkan kulit. Malah, menjadikannya segar, bersih dan lembut. Yang penting, ia bebas wangian, tanpa pewarna, bebas minyak mineral, bebas paraben serta alkohol.
Arahan Penggunaan: Selepas mencuci, ambil jumlah yang sesuai dan letakkan di tapak tangan atau kapas muka, kemudian, urut ke seluruh wajah.
Kose Sekkisei White Liquid Wash 140ml
RM128.00
Kose Sekkisei White Liquid Wash ini adalah cleanser ringan yang menghilangkan kotoran tanpa mengeringkan kulit. Ia mengandungi agen pembersih berasaskan taurin emolien yang membersihkan dan menghidrat kulit secara lembut.
Juga mengandungi ekstrak Rubus Suavissimus yang menenangkan kulit daripada kerosakan disebabkan sinar UV. Ia juga menjadikan kulit lebih lembut dan sihat sekaligus membuang sel kulit mati dan kotoran pada kulit wajah yang menyebabkannya kelihatan kusam. Tekstur produk ini lembut dan berbuih, turut mempunyai aroma santai dan menyegarkan yang terasa lembut pada kulit.
La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser
RM79.90
Produk ini telah diformulasikan khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Ia dapat membersihkan kotoran dan minyak dengan lembut sambil mengembalikan keseimbangan pH kulit pada 5.5. ia turut menanggalkan kotoran dan sebum dari permukaan kulit tanpa mengganggu keseimbangannya dan menjadikan kulit berasa bersih dan segar. Dengan Thermal Spring Water, produk ini memberi ketenangan pada kulit dan tidak menyebabkan iritasi. Ia turut terbukti dapat mengurangkan jerawat, cela, bintik hitam dan mengawal kulit berminyak. Hasilnya, kulit berasa bersih dan segar. Gunakan sebagai pencuci muka setiap hari untuk kulit berminyak. Tanpa sabun. Bebas paraben. Bebas alkohol. Bebas Minyak.