Now Reading
10 Produk Koyok Di Pasaran Malaysia

10 Produk Koyok Di Pasaran Malaysia

Koyok

Koyok merupakan tampalan ubat traditional dengan kain yang sering digunakan oleh orang-orang tua dahulu yang berasal dari negara China. ‘Ko’ membawa maksud krim manakala ‘yok’ membawa maksud ubatan iaitu krim ubatan.

Koyok ditampal pada kulit badan dengan kain supaya ubat akan menjadi lebih tahan lama. Koyok merupakan pengetahaun nenek moyang dari zaman dahulu dan juga digunakan juga oleh orang tua pada zaman ini. Namun begitu, apakah kebaikan gunaan koyok kepada kita?

HUNDREDPLAST 10PATCHES

RM2.50

Hundredplast Koyok merupakan produk syarikat Teong Huat Medical. Ini adalah amat sesuai untuk orang yang mengalami masalah sakit otot, leher dan bahu. Ia akan membantu anda melegakan perasaan kesakitan yang dialami. Setiap kotak produk ini mempunyai 10 kepingan kecil dengan ukuran 65MM x 42MM. Anda perlu simpan ini di tempat yang sejuk dan kering di bawah suhu 30 darjah celsius untuk mengekalkan keberkesanan ubatnya.

Plaster Berubat Patch 1pcs

RM3.20

Plaster Berubat Patch adalah ubatan pada tampalan kain secara traditional yang mampu melegakan kesakitan otot dan sakit sendi, leher kaku, kali terseliuh, sakit belakang, artritis, dan sebagainya. Ia adalah bersifat lebih panas berbanding dengan tampalan neobun yang lain. Setiap kotak produk ini mempunyai satu kepingan sahaja dengan ukuran 6.5cm*4.2cm. Anda boleh memotongnya kepada saiz pembolehubah untuk disesuaikan dengan kesakitan otot anda.

Lao Jiang Wang Essential Oil Patch

RM2.60

Lao Jiang Wang Essential Oil Patch merupakan produk yang asal dari Hong Kong. Ia adalah tampalan ubatan minyak pati dengan halia yang dapat membantu anda melancarkan peredaran perdarahan. Setiap bungkusan produk ini mempunyai lapan kepingan tampalan ubatan yang ukurannya lebih kecil. Ini adalah sesuai untuk golongan yang menghadapi masalah badan sejuk, kecederaan tisu lembut, sakit sendi, ketegangan otot sakit belakang dan sebagainya.

Aicaowenjiutie Essential Oil Patch

RM7.99

Aicaowenjiutie Essential Oil Patch adalah tampalan kain dengan ubatan traditional yang mempunyai banyak manfaat kepada tubuh badan anda yang diperoleh dari alam semula jadi iaitu rumput ‘ai’. Rumput ‘ai’ mempunyai banyak manfaat dan digunakan sebagai ubatan dalam perubatan traditional Cina (TCM) seperti menyingkirkan kesejukan dari badan anda dengan meningkatkan peredaran perdarahan. Ini adalah sangat sesuai untuk wanita yang sering sejuk kaki dan tangan semasa kedatangan haid.

Jiangaiyouyue Essential Oil Patch

RM3.20

Jiangaiyouyue Essential Oil Patch adalah tampalan kain dengan minyak halia. Setiap bungkusan produk ini mempunyai 4 kepingan kecil. Minyak halia adalah amat manfaat kepada orang tua kerana dapat membantu untuk melegakan sakit pinggang badan yang lemah. Ini juga boleh digunakan untuk wanita yang baru bersalin untuk menghangatkan badan mereka dan membuang angin dalam perut mereka. Selain itu, ia juga sesuai untuk melegakan kesakitan otot dan kaki.

Koyok Cap Kuda Murah

RM2.80

Koyok Cap Kuda Murah merupakan produk yang asal dari negara China. Setiap bungkusan produk ini mempunyai 5 kepingan kecil dengan ukuran 13cm*8cm. Ini dapat membantu anda melegakan kesakitan artritis, badan, otot dan reumatoid. Anda boleh gunakan ini untuk melegakan kesakitan yang dialami bila-bila masa sahaja di mana-mana jua. Anda harus menukar dan menggantikan tampalan ubatan ini dengan baharu setiap 24 jam.

Kinokoyok Detox Foot Patch (GINSENG)

RM8.00

Kinikoyok Detox Foot Patch adalah tampalan ubatan dengan ginseng pada tapak kaki yang akan digunakan semasa tidur. Setiap bungkusan produk ini mempunyai 10 kepingan kecil. Penggunaan tampalan ubatan ini semasa tidur akan membantu anda membuang toksik daripada badan dan menguruskan bentuk badan. Selain daripada itu, ia juga dapat membantu anda menguatkan tenaga badan serta menghindari daripada bau badan yang busuk akibat toksik bertimbul dalam badan anda.

15pcs Herbal Ginger Patch Detox Pain Relief Adhesive Patches KOYOK HALIA

RM9.90

Herbal Ginger Patch Detox Pain Relief Adhesive Patches adalah tampalan ubatan yang dapat membantu anda untuk melegakan stress dalam pekerjaan dan kehidupan seharian. Ia juga dapat melegakan kesakitan otot anda yang dialami dalam aktiviti seharian. Setiap bungkusan produk ini mempunyai 15 kepingan kecil dengan ukuran saiz 12cm*8cm. Sebelum menggunakan tampalan ubat ini, anda harus membersihkan kawasan kulit anda yang terjejas dan merangsang kesakitan.

Tiger Balm Plaster – RD Small (7cm x 10cm)

RM4.50

Tiger Blam Plaster merupakan produk yang berasal dari negara Malaysia. Tampalan ubatan ini dibuat dengan teknologi hidrogel, menjadikan koyok ini sebagai ubat tampalan yang lebih tahan lama dengan sensasi yang sejuk dan bukannya hangat kepada badan anda. Ini akan memberi perasaan yang lebih selesa kepada kulit anda berbanding tampalan ubatan yang lain. Ini adalah amat sesuai untuk orang yang berkulit sensitif dan tidak tahan panas.

NEOBUN PLASTER BERUBAT CAPSICUM 10’S

RM4.00

Neobun Plaster Berubat Capsicum adalah tampalan ubat yang dapat membantu anda untuk melegakan sakit kepala, sakit gigi, sakit tulang belakang serta sakit otot yang dialami. Ia adalah bersifat lebih pedih berbanding dengan tampalan neobun yang lain. Setiap kotak produk ini mempunyai satu kepingan sahaja dengan ukuran 6.5cm*4.2cm. Anda boleh memotongnya kepada saiz pembolehubah untuk disesuaikan dengan kegunaan kesakitan otot anda.

error: Content is protected !!