Kisah jenama Listerine bermula lebih dari 130 tahun hingga awal perubatan moden. Ia telah menjadi pemimpin nombor 1 dalam ubat kumur.
Antiseptik di dalam Listerine dapat membunuh sehingga 99.9% kuman di mulut anda. Percayakah anda kalau jenama ini telah digunakan oleh 1 bilion orang di seluruh dunia? Ini semua terjadi kerana terdapat pelbagai rangkaian produk dan rasa untuk memenuhi semua keperluan penjagaan mulut anda. Ayuh kita lihat produk-produk yang boleh didapati di pasaran Malaysia.
Untuk membeli produk pencuci mulut, sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda.
Listerine Mouthwash Original
RM10.90
Hanya 30 saat bilasan yang diperlukan, dua kali sehari untuk mulut yang sihat! Namun begitu, ubat kumur Listerine ini juga dikenali dengan rasa yang memedihkan mulut – tetapi ini merupakan rawatan yang terbaik untuk membunuh bakteria merbahaya di dalam mulut anda! Anda boleh mendapat perlindungan sehingga 24 jam dengan penggunaan yang kerap. Mempunyai kekuatan untuk membunuh kuman yang menyebabkan bau mulut, plak dan penyakit gusi. Sebanyak 21% gingivitis juga dapat dikurangkan. Telah diuji dan terbukti untuk mengurangkan 52% plan gigi dengan lebih efektif apabila dibandingkan dengan menggosok dan flos.
Colgate Plax Freshmint
RM10.00
Colgate Plax Freshmint mencegah rongga, menyegarkan nafas dan membunuh hingga 99.9% bakteria yang bersembunyi di mulut anda. Perkara yang paling baik ialah anda dapat merasakan semuanya tanpa sensasi terbakar! Membunuh bakteria hingga 99.9%, menyediakan menghasilkan 64% gusi yang lebih sihat. Mengandungi fluorida untuk membantu mencegah rongga. Dilengkapkan dengan rasa pudina, memberikan nafas segar yang tahan lama. Juga mampu untuk memberi perlindungan 12 jam terhadap plak dan bakteria dan ia telah diuji secara klinikal oleh doktor gigi.
Listerine PocketPaks
RM25.00
Jalur pudina mulut Listerine Pocketpaks ialah solusi paling pantas untuk mendapatkan nafas yang segar! Ia mampu membunuh 99.9% kuman yang menyebabkan nafas yang berbau. Listerine Pocketpaks ini dijamin halal dan terdapat dalam pelbagai variasi perasa – Cool Mint, Fresh Burst dan Cool Heat. Ia sering dipamerkan di lorong penjagaan mulut ataupun berhampiran dengan kaunter pembayaran. Saiz kompak juga membuatkan ia muat di dalam bag tangan anda!
Watsons Mint Breath Strips
RM3.90
Watsons Mint Breath Strips ini bertindak dengan melarut di dalam mulut anda untuk rasa pudina yang menyegarkan. Ia diformulasikan bebas gula dan membantu menyegarkan nafas. Setiap jalur mampu memberi anda nafas segar dan sejuk.Jalur pudina ini juga mampu membunuh bakteria yang menyebabkan nafas yang berbau. Dijual dengan harga yang berpatutan dan saiznya yang kecil, ianya patut dijadikan sebagai aksesori harian setiap wanita di luar sana!
Listerine Healthy White
RM12.20
Anda mesti selalu dengar bahawa dengan penggunaan ubat kumur, anda mampu mencegah pembentukan kaviti? Ubat kumur ini bukan sahaja mampu untuk membunuh kuman, ia juga bertindak sebagai pemutih. Nikmatilah kekuatan Listerine 2-dalam-1 ini yang memberi anda senyuman yang lebih cerah dan melengkapkan rutin penjagaan mulut anda. Enamel gigi juga akan dikuatkan jika ubat kumur ini digunakan setiap kali selepas anda memberus gigi. Rawatlah gigi yang menguning untuk senyuman yang lebih cerah yang membuatkan anda rasa lebih yakin.
Oral-B Mouth Rinse 3D White
RM12.90
Oral-B 3D White Luxe Diamond Strong Rinse adalah ubat kumur berbuih lembut yang memutihkan gigi dengan menghilangkan noda permukaan untuk senyuman yang lebih putih. Ia membantu menguatkan enamel gigi untuk mengelakkan kaviti. Melawan kuman yang memyebabkan nafas berbau sehingga 24 jam dan mulut dibiarkan terasa segar. Dapatkan lah gigi lebih putih dalam 7 hari dengan menggosok dengan menghilangkan noda permukaan. Ubat kumur ini bebas dari alkohol tanpa memberikan sensasi terbakar.
Listerine Cool Mint Inter Dental Floss
RM48.30
Flos benang ini membantu dan melindungi gigi dan gusi anda dengan menghilangkan plak di kawasan yang sukar dicapai oleh berus gigi. Flos yang berbau dan berasa pudina ini mampu mengeluarkan zarah makanan kecil yang tersekat di celah gigi dan sekitar gusi. Hasilnya, anda dapat menangani masalah nafas yang berbau. Doktor gigi mengesyorkan pembersihan benang secara berkala kerana terbukti dapat menghilangkan plak di antara gigi untuk membantu mencegah penyakit gusi.
Oral-B Essential Mint Wax Floss
RM10.90
Flos Oral-B Essential ini memberikan tindakan pembersihkan maju untuk rasa segar dan bersih di mulut anda.Mempunyai reka bentuk yang canggih memberikan kekuatan, pengendalian dan keselesaan yang unggul. Kemasan seperti satin lembut pada gusi dan jari untuk keselesaan anda semasa flos. Direka dengan prihatin oleh Oral-B, ia sanagat mudah untuk dimasukkan di celah gigi, sehingga anda dapat mencapai tempat yang paling ketat. Walaupun dalam keadaan basah, ia selesa dikendalikan.
Listerine Kayu Sugi
RM12.20
Jika ubat kumur Listerine Original memberi anda sensasi terbakar, anda bolehlah memilih Listerine Kayu Sugi yang telah diformulasi denga ekstrak batang Salvadora Persica (kayu sugi) semula jadi. Formulasi ini mampu membunuh sehingga 99% kuman yang menyebabkan mulut berbau. Ianya bebas alkohol dan sesuai digunakan oleh orang yang memiliki masalah gigi dan gusi yang sensitif. Mengandungi 4 jenis minyak pati, semuanya untuk memanfaatkan kesihatan dan kebersihkan mulut anda – kayu sugi, eucalytop metil, salisilat thymol, dan menthol.
Colgate Plax Fresh Tea Mouthwash
RM10.00
Colgate Plax juga menawarkan ubat kumur yang lebih lembut untuk gigi dan gusi yang sensitif. Konten ekstrak teh segar yang semula jadi meninggalkan aroma yang yang segar dan menyenangkan dalam mulut anda. Anda serta-merta dapat merasakan mulut anda 10 kali lebih sejuk jika dibandingkan dengan aksi memberus gigi sahaja. Ia mampu membunuh lebih 99% bakteria. Mengandungi fluorida untuk mencegah kaviti gigi. Ia juga mampu untuk mengawal nafas berbau 24 jam, 7 hari seminggu dengan penggunaan yang seragam.