Bagi mereka yang berjinak dengan alat solek, anda mungkin tidak begitu biasa dengan penggunaan ‘loose powder’ ini. Tapi, jika anda mahu cuba menambahkan produk baru dalam rutin kecantikan anda, apa kata anda cuba ‘loose powder’ kerana ia sememangnya berguna bagi setiap individu.
Innisfree No Sebum Mineral Powder
RM28.00
Innisfree sememangnya sudah terkenal kerana produk penjagaan kulit mahupun alat solek yang berkualiti. Dengan formulasi mineral Jeju, teh hijau dan pudina Jeju, ia mengawal pengeluaran sebum pada muka anda dengan baik. Malah, ia juga mengekalkan kelembapan pada kulit untuk menghasilkan penampilan kulit yang sihat. Jadi, lepas ini anda tidak perlu risau jika kulit anda kelihatan berminyak lagi dengan produk ini.
Maybelline Clearsmooth All In One Loose Powder
RM23.90
Anda dengan mudah boleh mendapati produk ini di kebanyakan kedai ‘drugstore’ seperti Watsons atau Garnier berhampiran. Serta, harganya juga tidak terlalu mahal tapi masih memberi kesan efektif seperti produk dengan harga yang lebih tinggi lain. Di samping itu, ia juga sesuai digunakan untuk semua warna kulit dan mempunyai tekstur yang halus agar pemakaiannya tidak begitu ketara apabila dilihat oleh orang lain.
dUCk Cosmetics Girl Powder Moisture-Lock
RM84.00
Produk ini telah diiktiraf antara produk tempatan yang mempunyai sama taraf seperti produk antarabangsa. Dengan harga yang berpatutan, ia mengandungi vitamin E dan minyak jojoba untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Malah, ia juga didatangkan dalam pakej yang mempunyai cermin bagi memudahkan anda ‘touch up’ muka di mana-mana sahaja.
Huda Beauty Easy Bake Loose Powder
RM150.00
Jika anda mahu cubakan produk loose powder yang bagus, cubalah produk daripada Huda Beauty ini di mana anda boleh mengawal jumlah bedak yang digunakan tanpa membuat sepah. Malah, ia juga tidak membuatkan tona kulit anda kelihatan lebih cerah atau lebih gelap kerana ciri ‘colour-corrects’nya.
Borjois Poudre Libre Loose Powder
RM52.90
Produk ini adalah antara produk loose powder terbaik di ‘drugstore’ dan banyak digunakan oleh ‘make-up artist’ kerana kualitinya yang setaraf produk mahal lain. Seterusnya, ia juga memberikan hasil yang tidak begitu ketara pada kulit jadi kesannya tidaklah terlalu kelihatan apabila gambar anda ditangkap dengan ‘flash’. Di samping itu, ia juga tidak mengeringkan dan sangat bagus terutama jika digunakan pada pengantin atau mereka yang perlu memakai alat solek buat tempoh lama.
Kate Tokyo The Base Zero Face Powder
RM49.00
Jika anda sukakan hasil yang sedikit berkilat, anda boleh cuba produk ini kerana ia mengandungi sedikit ‘shimmer’. Namun begitu, memandangkan ia hanya mempunyai satu kod warna sahaja, ia mungkin tidak begitu sesuai bagi mereka berkulit gelap kerana akan menunjukkan perbezaan warna kulit yang tidak sekata. Serta, kesan berkilatnya juga harus dipakai pada bahagian-bahagian tertentu sahaja agar tidak mengganggu penampilan keseluruhan wajah anda.
Becca Hydra-Mist Set & Refresh Powder
RM184.00
Menggunakan terlalu banyak beduk boleh menyebabkan kulit kering dan ketat. Tapi, dengan produk Becca ini, ia membolehkan anda mendapat hasil yang baik tanpa kelihatan seperti bercampuk. Malah, ia juga mempunyai 50% kandungan air dan glycerin yang membantu mengekalkan kelembapan kulit anda lebih lama.
It Cosmetics Bye Bye Pores Silk HD Anti-Aging Micro-Powder (tired-looking skin)
RM140.00
Sekiranya kulit anda kelihatan seperti tidak bermaya atau penat, produk daripada IT Cosmetics ini mungkin boleh membantu. Ia mengandungi mineral anti-penuaan yang membantu memudarkan kedutan dan garisan-garisan halus pada wajah. Malah, ia juga memberikan kesan yang ‘smooth’ agar kulit anda terlihat segar dan berseri. Kandungan vitamin A dan C juga boleh membantu mencegah tanda penuaan.
Anastasia Beverly Hills Loose Setting Powder
RM174
Produk ini sememangnya adalah antara kegemaran bagi mereka yang mampu membelinya. Walaupun harganya adalah agak mahal, namun ia didatangkan dengan 4 tona warna serta 1 warna universal bagi memberikan hasil yang sempurna. Malah, ia juga menyerap minyak pada wajah mengurangkan kilatan pada wajah. Produk ini juga memudarkan kawasan yang bermasalah dan menjadikan solekan anda tahan lebih lama.
Revlon New Complexion Loose Face Powder
RM62.90
Dengan harga yang berpatutan, anda boleh mendapatkan hasil sama seperti produk berkualiti yang lebih mahal seperti Laura Mercier dan lain-lain. Malah, ia juga mungkin sesuai bagi kulit kering serta mempunyai dua kod warna. Jadi, pastikan anda memilih kod yang bersesuaian dengan warna kulit agar tidak memberi kesan akhir yang terlalu ketara.
SUMBER
https://dailyvanity.sg/beauty-reviews/best-loose-powders
https://productnation.co/my/27345/best-loose-powder-malaysia