Nano White memang terkenal dengan teknologi Nanotechnology untuk menghasilkan produk penjagaan muka yang sempurna. Rangkaian penjagaan pemutihan kulit ini diperbuat dengan Nanateknologi, Omega White-C dan Happy DermologyTM.
Endorfin ini menjadikan penyerapan yang lebih baik sehingga nanomolekul (1000 kali lebih halus) menembusi kulit. Hasilnya menjadikan kulit licin, jernih, putih dan cantik. Produk kecantikan ini merangkumi Nano White, Nano White Fresh dan Nano White Men-3 yang senang didapati di pasaran. Produk pemutihan kulit ini juga sangat berkesan.
NANO WHITE Double Action Whitening Gel-Cream (40ml)
RM38.18
Nano White Double Action Gel-Krim Pemutihan ini dienkapsulasi dengan teknologi pelepasan esensi Nano White Super AntioxidantTM untuk memastikan keberkesanan maksimum pemutihan kulit. Hasil kulit menjadi lebih halus, putih, jernih dan lembap.
Ia juga dapat meminimumkan penampilan bintik-bintik hitem / gelap dan mencerahkan warna kulit secara berganda. Tekstur krim-gel yang ultra ringan dan tidak berminyak ini juga sangat senang diserap oleh kulit.
The INKEY LIST Vitamin B, C and E Moisturizer 50ml (SkinDiet)
RM29.90
The INKEY LIST Vitamin B, C and E Moisturizer ini mempunyai kombinasi vitamin yang penting untuk kesihatan kulit termasuk B3 (Niacinamide) – membantu menyeimbangkan minyak, Vitamin C – mencerahkan kukit dan Vitamin E sebagai antioksidan.
Pelembap harian ringan ini sesuai untuk kulit normal. Selepas mencuci muka dan meletakkan serum, cuma perlu sapukan bintik kecil pada muka sebagai langkah pelembap.
NANO WHITE Clarifying Cleansing Milk (200ml)
RM11.28
Nano White Clarifying Cleaning Milk ini diperkayai dengan Happy DermalogyTM, nanoteknologi dan Omega White-C. Teksturnya yang ringan dan tidak berminyak senang untuk menanggalkan alat solek dan kekotoran pada kulit.
Cuma perlu letakkan pada kulit dan urut dengan perlahan-lahan sehingga bersih. Selepas itu, lap dengan kotton kapas dan bilas dengan air bersih. Keringkan muka dengan tuala yang bersih.
Garnier Light Complete Whitening Serum Day Cream SPF19 50ml
RM20.72
Garnier Light Complete Whitening Serum Day Cream ini diperbaharui dengan 3X Serum Vitamin C dan Yuzu Lemon Segar dari Jepun. Serum ini membantu meratakan warna kulit dan menjamin warna kulit yang lebih cerah dalam masa tiga hari sahaja. Krim serum tekstur ringan ini mempunyai penyerapan cepat dengan formula perlindungan matahari SPF19.
Dengan ramuan 3X Vitamin C ini, kulit kusam dan bekas jerawat dapat dipudarkan sambil melawan kerosakan radikal bebas pada kulit. Sapukan pada muka dan leher yang telah dibersihkan. Elakkan kawasan mata.
NANO WHITE Brightening Hydrating Mask (22ml)
RM7.73
Nano White Brightening Hydrating Mask yang diperkayai dengan ekstrak grapefruit , ekstrak bunga ungu semulajadi dan sodium hyaluronate dapat berfungsi secara intensif untuk memberikan kulit kelembapan dan pencerahan dengan segera. Kesan pencerahan segera ini mencerahkan ton kulit dan menampakkan kulit yang lebih cerah dan sungguh berseri.
Cuma perlu membuka lipatan mask dan letakkan pada muka sambil mengelakkan bahagian mata dengan mulut. Tunggu selama 15-20 minit sebelum membuang mask. Urut baki serum pada kulit dan boleh digunakan satu hingga dua kali seminggu.
NIVEA Body Cream [Radiant & Smooth] – 100ml
RM9.03
Nivea Body Cream (Radiant & Smooth) diperbuat
Secara semulajadi dapat mengurangkan kusam, mengelupas sel mati, mencerahkan bintik-bintik dan memutihkan warna kulit.
NANO WHITE Fresh Dark Spot Corrector (15ml)
RM21.39
Nano White Dark Spot Corrector yangdiperbuat dengan Minyak Tea Tree, Alga Laut dan Vitamin C mampu mengawalkan sebum berlebihan untuk mengurangkan lebihan minyak pada kulit. Ia juga dapat memutihkan bintik-bintik hitam dan jerawat untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah dan berseri.
Cuma perlu letakkan sedikit gel (tertakluk kepada tempat terjejas dengan bintik / jerawat ) sebelum meletakkan krim pelembap. Guna pada waktu pagi dan malam sahaja.
Olay White Radiance UV Whitening Lotion 150ml
RM43.90
Olay White Radiance UV Whitening bukan sahaja memutihkan tetapi juga dapat mengurangkan bintik-bintik dan menjadikan liang kelihatan lebih kecil. Perlindungan UVA / UVB SPF19/ PA++ dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya. Mengikut ujikaji, produk ini tidak berminyak. Bagi pengguna yang mempunyai kulit kering dan normal disyorkan menggunakan jenis krim dan kulit kombinasi pula sesuai dengan losyen.
NANO WHITE Brightening Micellar Water (200ml)
RM7.96
Nano White Brighening Micellar Water boleh menanggalkan alat solek yang tahan air (waterproof) tanpa perlu membilas. Formulasi air ini dirumus khas dengan Omega White C, Vitamin C & E untuk menjadikan kulit bersih, segar dan cerah. Produk juga dapat menghilangkan bintik hitam dan putih dengan mudah dan digemari digunakan kerana efektif dan semulajadi.
Cuma perlu letakkan pada pad kapas dan lap sehingga muka bersih. Tidak perlu membilas.
Pond’s White Beauty Pinkish Glow Facial Foam 50g
RM6.60
Pembersih muka baru Ponds White Beauty Pinkish Glow merupakan jenama yang sudah sekian lama dan dipercayai. Pembersih muka ini sangat sesuai untuk bintik hitam dan kulit yang hiperpigmentasi. Hasilnya dapat memberikan pemutihan kulit dan kulit jadi halus pink yang cantik dan menawan. Pembersih ini juga sangat jimat untuk digunakan dengan tiub kecil 50g yang juga sesuai untuk dibawa semasa melancong.