OGX adalah jenama penjagaan rambut ‘drugstore’. Penjagaan rambut mereka dijual di berpuluh-puluh kedai di seluruh Amerika Syarikat, serta di lebih 42 negara. Walaupun, kebanyakan jenama produk OGX tidak memaparkan dasar ujian terhadap haiwan secara terbuka. Tetapi, Produk-produk daripada OGX diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi eksotik untuk mengekalkan jenama produk mereka.
OGX Renewing Argan Oil Morocco Shampoo
RM40.38
Syampu rambut dengan campuran berharga ini mengandungi minyak argan Maghribi yang bertindak untuk membantu memulihkan dan mengunci kekuatan rambut. Minyak argan mempunyai kesan anti-oxidant yang boleh melawan kerosakan rambut yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas ini boleh merosakkan struktur kulit dan rambut dan mempercepat penuaan. Minyak argan digunakan dalam syampu ini kerana kaya dengan vitamin E yang sangat baik untuk kesihatan rambut. Syampu ini sangat baik digunakan untuk rambut kerana tidak mengandungi sebarang bahan daripada sulfat dan paraben.
Herbal Essences Bio Argan Oil of Morocco Shampoo
RM21.90
Syampu Minyak Argan daripada Herbal Essence ini dibuat untuk melicinkan dan membaiki rambut dari akar ke hujung untuk rambut. Syampu Minyak Argan ini bebas paraben dan bebas warna, dan dibuat dengan sekurang-kurangnya 90% bahan-bahan asal semulajadi. Syampu dan perapi Herbal Essence ini selamat digunakan dan mengandungi nilai pH yang seimbang dan baik untuk rambut yang sihat. Syampu ini mempunyai aroma semula jadi daripada fizzy citrus, rempah eksotik dan vanila berkrim supaya rambut kekal wangi sepanjang hari.
OGX Biotin and Collagen Shampoo
RM65.00
Syampu ini membantu untuk menebalkan dan menstrukturkan semula sebarang jenis rambut dengan hanya satu penggunaan. Gabungan eksklusif biotin Vitamin B7, kolagen, dan protein gandum hidrolized, membantu menyelitkan nutrien ke dalam setiap helaian rambut dan mewujudkan penampilan rambut yang lebih tebal dan sihat. Kandungan vitamin B7 dalam syampu ini akan merangsang pengeluaran keratin di dalam rambut dan meningkatkan kadar pertumbuhan folikel.
Sunsilk Super Collagen Shampoo Power-Shine
RM19.90
Sunsilk’s Collagen Filler Power Shine diselitkan dengan bahan campuran kuat Collagen Filler iaitu bahan penjagaan kulit yang terkenal, dan kompleks Super Shine dapat menyuburkan helaian rambut yang kusam, menjaga rambut anda serta-merta licin, dan berkilat dari penggunaan pertama. Kandungan Hydrolyzed Collagen dalam syampu ini dapat meningkatkan tekstur rambut yang telah rosak secara fizikal atau oleh rawatan yang berlebihan. Kolagen tersebut selamat digunakan kerana tidak akan menyebabkan keregsaan pada kulit.
OGX Nourishing Coconut Milk Shampoo
RM69.00
Gabungan eksklusif susu kelapa, minyak kelapa, dan protein putih telur membantu menambah kekuatan, keanjalan, penghidratan, dan keseimbangan untuk rambut yang sihat. Syampu Susu Kelapa ini sangat mewah berkrim, berbuih dan campuran penghidratannya membantu menjadikan rambut berasa lembap, bersinar dan lembut. Penggunaan susu kelapa secara pada rambut dan kulit kepala boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan menyuburkan rambut dengan jumlah nutrien dan vitamin yang tepat.
Palmer’s Coconut Oil Conditioning Shampoo
RM26.51
Minyak kelapa tulen kaya dengan Vitamin E yang dapat menambah kelembapan dan menjadikan rambut lebih bersinar. Syampu ini dapat merawat rambut yang kering, menguatkan rambut, bersinar dan lebih sihat. Minyak Kelapa Tulen dan Vitamin E digabungkan untuk melembapkan, melembutkan, menambah sinar rambut dan menambah kecantikan rambut. Syampu ini bebas daripada sulfat dan pencuci keras, yang membersihkan perlahan-lahan tanpa menggugurkan rambut atau mengganggu keseimbangan kelembapan kulit kepala.
OGX Extra Creamy + Coconut Miracle Oil Ultra Moisture Body Wash
RM69.00
Produk pencuci badan ini mengandungi campuran berkrim yang dapat menghidratkan kulit. krim mandian ini diperkaya dengan minyak kelapa, intipati ekstrak kacang tiare dan vanila. Ia dapat memulihkan kelembapan pada kulit yang paling kering dengan campuran tropika yang pantas menyerap, kaya dan berkrim. Minyak kelapa lebih efektif dalam melembabkan kulit daripada minyak mineral. Oleh itu minyak kelapa digunakan sebagai bahan utama krim mandian ini untuk melembabkan kulit badan dengan lebih berkesan.
Palmer’s Indulgent Coconut Oil Body Wash
RM20.90
Formula Minyak Kelapa Palmer Memanjakan Pencuci Badan Kelapa mengandungi Minyak Kelapa tulen dan Monotik untuk menghidrat dan memanjakan kulit. Pencuci Badan Kelapa Yang Memanjakan Palmer tidak mengandungi sulfat, paraben atau phthalates. Minyak kelapa lebih efektif dalam melembabkan kulit daripada minyak mineral. Oleh itu minyak kelapa digunakan sebagai bahan utama krim mandian ini untuk melembabkan kulit badan dengan lebih berkesan. Minyak monoi pula boleh digunakan untuk membantu melembapkan kulit dan melegakan selaran matahari, mengurangkan keradangan, melegakan kulit kering dan gatal, melegakan ekzema dan ruam.
Ogx Anti-Breakage Keratin Oil Shampoo
RM42.75
Syampu keratin ini bekerja keras untuk membantu mempertahankan rambut terhadap hujung perpecahan rambut. Syampu Minyak Keratin membantu mengukuhkan setiap helai dengan kekuatan, kerana rambut yang lebih kuat boleh tumbuh lebih lama dan lebih cantik. Syampu yang mengandungi keratin, bukan sahaja dapat membersihkan permukaan rambut, tetapi juga membantu keratin menembusi jauh ke dalam folikel melalui kutikula terbuka setiap rambut. Kandungan minyak keratin dalam syampu ini dapat memulihkan rambut rosak setelah dipanaskan oleh pengering rambut, alat pelurus rambut, dan ammonia dalam produk yang biasanya digunakan untuk pewarna rambut anda.
CHI Keratin Reconstructing Shampoo
RM146.00
Syampu berasaskan minyak keratin ini membantu membersihkan rambut dan membina semula rambut yang rosak dengan menambah oaras keratin semula jadi. Ia juga dapat menguatkan rambut dan melindungi rambut daripada kerosakan rambut yang akan datang. Penggunaan syamou ini akan menambah keanjalan rambut dan menjadikan rambut lebih bersinar. Syampu yang mengandungi keratin, bukan sahaja dapat membersihkan permukaan rambut, tetapi juga membantu keratin menembusi jauh ke dalam folikel melalui kutikula terbuka setiap rambut.