Alpecin merupakan sejenis produk syampu lelaki khas yang berfungsi untuk merawat rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Antara fungsi lainnya juga adalah mengatasi masalah kulit kepala seperti kulit kepala gatal, kelemumur atau kulit kepala yang terbakar akibat sinar matahari.
Alpecin dirumus khas menggunakan kafein yang terbukti berkesan mengurang dan menghilang segala masalah berkaitan rambut kerana kafein merangsang akar rambut, memanjangkan fasa pertumbuhan dan meningkatkan pertumbuhan rambut. Produk ini adalah berasal dari German dan telah berjaya meyakinkan beribu rakyat Malaysia untuk konsisten menggunakannya.
Alpecin Caffeine Shampoo C1 (250Ml) – Strengthens Hair Growth And Reduces Hair Loss, For Men
RM34.40
Alpecin Caffeine Shampoo C1 (250Ml) adalah syampu khusus untuk lelaki dan berfungsi menggalakkan pertumbuhan rambut, mengurangkan rambut gugur serta memberi kesan rambut yang kelihatan lebih lebat berbanding biasa. Kajian menunjukkan pengguna syampu akan merasakan struktur rambut bertambah baik dengan cengkaman rambut yang lebih baik dan semestinya rambut halus menjadi lebih kuat dan dapat digayakan dengan lebih baik dan pantas. Dengan Alpecin, rambut akan kekal sihat dalam masa yang singkat dan bertahan dalam jangka masa panjang.
Mane ‘n Tail Original Shampoo and Body 355ml
RM39.00
Mane ‘n Tail Original Shampoo adalah syampu yang fleksibel kerana boleh digunakan oleh semua pihak yang pada asalnya dicipta untuk menjaga rambut kuda supaya menjadi lembut dan berkilau. Diperkaya dengan agen pembersih yang berkesan, syampu ringan yang kaya dengan buih apabila bersentuhan dengan air, membantu menghilangkan kekotoran tanpa menghilangkan minyak semula jadi rambut. Meningkatkan kemampuan mengurus dan melembutkan helaian rambut yang tidak teratur, sambil memulihkan dan menjadikan rambut licin dan kelihatan sihat. Yang paling penting sekali ianya selamat digunakan pada rambut manusia dan kuda.
Mise En Scene Perfect Serum Shampoo 530ml
RM36.90
Mise En Scene Perfect Serum Shampoo 530ml berfungsi memperbaiki 7 gejala kerosakan rambut iaitu rambut kering berkurang, tekstur kekasaran tahap rendah, rambut berpecah berkurang, tiada rambut kusut, menguatkan rambut, ketahanan dan rambut yang lebih bersinar.
Tsubaki Premium Repair Shampoo 490ml
RM38.25
Syampu Pembaikan Premium Tsubaki 490ml menjamin pengguna untuk menikmati suasana seperti melakukan salun rambut berkualiti di spa walaupun hakikatnya ia dilakukan di rumah tanpa perlu menunggu giliran. Syampu ini diperkaya dengan bahan kecantikan dan pelembap untuk membantu memperbaiki rambut kering dan tidak teratur, kesannya rambut menjadi halus, berkilat dan terkawal dari akar hingga ke hujung. Diformulasikan dengan Teknologi dari Shiseido yang diinspirasi oleh teknik rawatan salun untuk menyampaikan ramuan kecantikan pada rambut.
Head & Shoulders Ultra Men Shampoo 315ml – Old Spice
RM13.90
Head & Shoulders Old Spice Anti-Dandruff Shampoo melawan serpihan dan menjadikan kulit kepala anda bersih dan berbau hebat. Menjamin penyelesaian pada pelbagai gejala berkaitan rambut dan menawarkan hasil yang terbukti menghilangkan serpihan dan gatal yang berkaitan dengan kelemumur pada rambut dan hanya memerlukan satu hingga dua kali penggunaan sahaja untuk menghilangkan kelemumur di kepala serta mengandungi haruman jenis lelaki. Sudah semestinya ia terbukti secara klinikal untuk perlindungan kelemumur bagi lelaki.
CLEAR MEN Cool Sport Menthol Anti-Dandruff Shampoo 450ml
RM25.30
Dirumus khas untuk lelaki, CLEAR Men Anti-Hairfall Shampoo disertakan dengan Ekstrak Kopi untuk menghilangkan semua bekas kelemumur dan sisa dari kulit kepala anda dan dalam masa yang sama memberi khasiat dan menghidupkan kembali kulit kepala sehingga rambut gugur hingga 10x lebih sedikit. Syampu lelaki CLEAR diformulasikan dengan Taurine dan Triple Anti-Dandruff Technology untuk mengaktifkan kulit kepala untuk menghilangkan, menahan dan mencegah kelemumur.
MARC ANTHONY Refreshing Coconut Clear Dry Shampoo 330ml
RM59.90
Syampu Refreshing Coconut ini sangat berkualiti yang dirumus khas menggunakan aroma kelapa segar. Syampu ini berfungsi mengeringkan rambut dengan serta-merta untuk menyerap minyak yang berlebihan dari rambut dan menghilangkan bau rambut dan mengembalikan kelebatan rambut selepas hari kedua menggunakannya. Produk ini adalah bebas dari Sulfat, SLS, Parabens, Phthalates
Selsun Blue Medicated Anti Dandruff Shampoo Extra Strength 200ml
RM17.90
Syampu Selsun Blue merupakan syampu terbaik untuk rawatan kelemumur dan merawat kegatalan pada kulit kepala yang degil. Sesuai untuk kulit kepala gatal dan semua jenis rambut. Mengandungi 1% Selenium Sulfida bagi mengawal kelemumur dan menjadi pelembap untuk rambut yang lembut dan mudah diurus dan ditambah dengan Menthol untuk memberi ketenangan kepada kulit kepala.
Eucapro SLS Paraben Sulphate Free Hair Shampoo (For All Hair Type)
RM33.00
Syampu Rambut Eucapro SLS Paraben Sulphate dirumus untuk semua jenis rambut. Ia berfungsi untuk membersih dan mencuci rambut dengan lembut dan mengekalkan rambut yang sihat. Hanya bahan asli digunakan dan tidak mengandungi SLS, SLES, Paraben, dan Sulphate.
HADA LABO AHA/BHA Face Wash (Acne Control)
RM34.90
MARO 3D Volume Up Shampoo EX 460ml adalah formulasi pertama peringkat dunia mengandungi penambah isipadu 3D yang membantu menambahkan helaian rambut dan pada masa yang sama menguatkan rambut dan mengekalkan kesihatannya untuk tekstur semula jadi, berkilau dan bersinar.