Rejim muka yang bagus adalah penting untuk menjaga kecantikan muka dan kulit muka kita. Tidak dinafikan terdapat pelebagai jenis produk yang dapat membantu anda untuk mencapai tekstur muka yang lembut, lembab dan berseri seperti anda bersolek sepanjang hari. Antara produk di pasaran yang dapat membantu anda untuk mencapai kulit muka impian anda adalah SAFI RANIA GOLD. Produk rejim muka ini dapat membantu anda untuk mencapai kulit impian anda.
Safi Rania Gold Facial Cleanser
RM12.90
Pembersih muka Safi Rania Gold mengandungi Nano Gold 24K dan nutrien Royal Jelly. Produk ini diformulasi dengan teknologi Beetox yang mengandungi Micro-Foam terbaru yang mempunyai agen anti-oksidan untuk pembersihan yang lebih mendalam di kulit muka. Ia mempunyai buih berkrim yang kaya dengan agen pelembap untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan pada kulit anda. Pembersih muka ini boleh menghilangkan solekan dengan amat berkesan.
Bio Essence 24k Bio Gold
RM27.90
Pembersih muka ini diperkaya dengan Bio Energy Complex 24K Bio-Gold yang mengandungi fungsi yang lebih baik untuk memberi tenaga pada kulit pada waktu pagi. Ia mempunyai sifat anti-oksidan yang boleh membantu mengatasi tanda-tanda penuaan, meningkatkan keanjalan dan seri kulit. Produk ini menyegarkan dan menghidrat kulit dengan segera setelah dicuci sambil itu menghilangkan kotoran harian, membuang sisa degil di dalam liang pori anda.
SAFI RANIA GOLD Day Cream
RM28.00
Krim muka ini berfungsi untuk melembapkan dan membantu menegangkan struktur kulit dengan berkesan. Ia juga melindungi kulit dari UVA, UVB & InfraRed (IR) dan mencegah kulit anda menjadi lebih gelap. Produk ini menggalakkan tona kulit yang sekata selepas penggunaan dan juga membekalkan nutrien secukupnya untuk kulit muka anda supaya lebih halus dan anjal. Produk ini mengandungi Nano Gold 24k dan nutrisi propolis.
Bio Essence Day Cream
RM89.91
Krim muka ini diformulasikan dengan Bio Energy Complex. Ia adalah formula unik yang dapat mengubah kemampuan kulit untuk memperbaiki dan memperbaharui semula kulitnya. Dengan meningkatkan penyerapan oksigen, ia membantu kulit anda bernafas, mengubah sel dari keadaan tidak aktif ke lebih bertenaga. Ini meningkatkan kebolehan penyerapan bahan bio berharga iaitu emas 24K untuk menjadikan kulit anda nampak lebih sihat, lebih berseri dan cantik. Emas 24K berfungsi sebagai anti-oksidan kuat yang boleh melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas sehingga memperlambat tanda-tanda penuaan pertama.
SAFI RANIA GOLD Serum
RM32.00
Serum ini diperhebatkan bersama nutrisi Beetox & Propolis Beetox & Nano Gold 24K untuk memperbaiki dan menambahkan keanjalan kulit dengan lebih efektif. Ia berfungi untuk memelihara struktur kulit bukan sahaja di kulit luaran menembus ke bahagian dalaman kulit. Produk ini akan memperlahankan kemunculan garis halus serta kedutan. Ia juga mengandungi propolis yang merupakan satu anti-oksidan semulajadi untuk melawan radikal bebas bagi mencegah penuaan awal
Bio Essence Bio Gold Serum
RM84.92
Serum ini diformulasikan dengan Bio-Energy Complex dan diperkaya dengan minyak argan dari Morocco dan serpihan emas 24k, Sodium HA, Vitamin B5 dan Ceramide. Serum ini boleh mencerahkan kulit anda dalam masa 7 hari dengan penggunaan yang kerap. Produk ini juga memberi perlindungan daripada kerosakan oksidatif. Ia adalah sesuai digunakan untuk kulit kusam dan tona kulit tidak sekata, kulit berpigmen, kulit kering dan kulit yang mempunyai garis halus.
SAFI RANIA GOLD Eye Cream
RM17.00
Krim mata ini adalah rawatan khusus untuk sekitar mata yang sensitif. Ia juga berfungsi untuk menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis-garis halus dan lingkaran gelap, menganjal dan memberi kesegaran pada kulit sekitar mata, mencegah masalah kulit di sekitar mata dan meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit di sekitar kawasan mata supaya kelihatan lebih sihat dan berseri. Krim ini mengandungi Peptida Oligo yang dapat mencegah lingkaran hitam dan mencerahkan kulit di sekitar mata.
Bio Essence Bio Gold Eye Serum
RM89.91
Serum mata ini diformulasikan dengan kekuatan 98% emas yang dapat mengurangkan garis-garis halus dan menyuburkan kulit supaya lebih tegang dan kelihatan sihat dan terhidrat. Ia juga melicinkan kedutan pada kulit sekeliling mata dan mencerahkan kulit sekeliling mata anda dengan mensasarkan pigmentasi gelap di kulit anda. Dengan penggunaan yang kerap ini membolehkan mata anda kelihatan lebih cerah dan berseri.
SAFI RANIA GOLD Night Cream
RM25.69
Krim muka untuk malam ini berasaskan gel yang menyerap dengan pantas ke dalam kulit anda. Krim ini akan menggalakkan pemulihan sel-sel kulit yang aktif di waktu malam dan menghalang kemunculan tanda-tanda awal penuaan seperti garis halus dan kedutan. Produk ini juga menghidratkan kulit dari dalam lalu akan menampilkan kulit wajah berseri pada keesokan hari. Produk ini diperkayakan dengan Nano Gold 24k dan propolis.
Bio Essence Night Cream
RM69.93
Krim muka malam ini berfungsi untuk membantu mengatasi dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah dan leher anda. Ia juga menyuburkan dan melembapkan wajah dan leher secara intensif untuk membantu mencegah kulit kering dan garis halus di kulit anda. Apabila digunakan dengan kerap, kulit akan nampak lebih lembab, berseri dan cerah. Produk ini diperkayakan dengan serpihan emas 24k.