Produk Rejoice berasal dari United States sejak tahun 1969 lagi. Jenama ini mula diperkenalkan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong pada tahun 1998. Jenama ini mula mendapat perhatian ramai apabila ia memperkenalkan sebuah syampu yang memberi manfaat 2-dalam-1 dengan harga yang sangat berpatutan. . Jenama ini sentiasa berkembang mengikut trend dan gaya hidup di samping memastikan produk-produk dapat berkembang seiring dengan keperluan pengguna. Sebagai contoh, pada tahun 2017, Rejoice telah melancarkan koleksi Perfume Rejoice yang membolehkan pengguna menikmati syampu minyak wangi premium yang dibuat oleh pakar minyak wangi antarabangsa. Antara produk terbaik Rejoice dan alternatifnya adalah seperti berikut:
Rejoice Rich Smoothness Shampoo
RM16.99
Syampu Rejoice Rich Smoothness ini dapat melembutkan rambut anda sehingga 48 jam. Ia diformulasikan dengan bunga magnolia untuk wangian yang tahan lama menjadikan rambut anda bebas kusut dan harum. Dengan menggunakan formula detangling yang disempurnakan dengan Argan Essence yang menyuburkan rambut, ia menjadikannya halus dan mudah dikendalikan. Untuk hasil yang lebih bagus, anda disyorkan untuk menggunakan syampu ini bersama perapi Rejoice.
Arahan Penggunaan: Basahkan rambut anda. Kemudian, sapukan syampu dan urut kulit kepala dengan lembut. Bilas sehingga bersih.
Sunsilk Smooth and Manageable Shampoo
RM26.50
Jika anda menggunakan syampu ini anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada rambut yang kasar dan kering! Syampu Sunsilk Smooth and Manageable ini dihasilkan dengan formula eksklusif iaitu dengan Moisture-Lock Technology dan mengandungi lima minyak semula jadi. Ia dapat melembutkan rambut anda sehingga kelihatan sihat, tahan lentur dan lembut disentuh. Ia menjadikan rambut sentiasa berada di sisi anda. Produk ini sesuai untuk mereka yang memiliki rambut jenis normal.
Arahan Penggunaan: Tuangkan syampu ini ke tangan anda, sapukan rambut anda secara merata, urut dengan lembut, dan kemudian bilas hingga bersih. Untuk mendapatkan rambut yang lebih luar biasa, gabungkannya dengan keseluruhan produk Sunsilk.
Rejoice Perfume Smooth Shampoo
RM26.90
Syampu Rejoice Perfume Smooth ini adalah syampu yang mengandungi minyak wangi premium tahan lama yang direka khas untuk rambut anda. Ia dirumus khas dengan aroma bunga peony, untuk keseimbangan aroma bunga dan menyegarkan yang sempurna. Ia dicipta oleh pakar minyak wangi antarabangsa. Kebaikannya adalah ia dapat menyuburkan rambut anda agar rambut lebih lembut, licin dan berkilat.
Arahan Penggunaan: Basahkan rambut anda. Kemudian, sapukan syampu dan urut kulit kepala dengan lembut. Bilas sehingga bersih.
Elastine Shampoo De Perfume Pure Breeze
RM29.90
Selain memberi keharuman yang berpanjangan kepada rambut anda, produk Elastine Shampoo De Perfume Pure Breeze ini juga adalah untuk membantu rambut yang rosak, tisu kulit, peningkatan fungsi sel, penghasilan enzim serta menjadikan rambut kelihatan lebih bersinar dengan penjagaan intensif. Meskipun syampu ini tidaklah wangi seperti minyak wangi tetapi harumnya lebih lama daripada minyak wangi. Oleh kerana teksturnya yang lembut, ia sesuai untuk digunakan seisi keluarga.
Rejoice Rich Smooth Conditioner
RM13.88
Perapi Rejoice Rich Smooth ini menjadikan rambut anda lembut dan dapat berkekalan sehingga 48 jam. Ia juga mempunyai wangian yang tahan lama. Diperkaya dengan Argan Essence menjadikan rambut halus dan lembut untuk disentuh. Produk ini tidak akan membuat rambut anda kelihatan berminyak. Untuk kesan yang terbaik, anda disarankan untuk menggunakan produk ini bersama dengan syampu Rejoice.
Arahan Penggunaan: Selepas mencuci rambut, gunakan perapi ini pada rambut lembap. Bilas sehingga bersih.
TRESemme Conditioner Keratin Smooth
RM18.90
Perapi TRESemme Keratin Smooth ini membantu anda untuk memiliki rambut yang lembut setiap hari. Produk ini telah dirumus khas dengan minyak Argan dan Keratin. Dengan menggunakan Micro-Conditioning Technology, perapi ini memberi 5 khasiat pada rambut anda dengan hanya sekali cuci. Antaranya ialah anti-keriting, detangles, bersinar, melembutkan, dan tames flyaways.
Arahan Penggunaan: Cuci rambut anda dengan syampu TRESemme Keratin Smooth terlebih dahulu. Kemudian, sapukan perapi TRESemmé Keratin Smooth pada rambut basah dari pangkal rambut hingga ke hujung. Biarkan selama 2-3 minit dan bilas. Arahan Keselamatan: Elakkan daripada terkena mata. Sekiranya bersentuhan dengan mata, bilas dengan air.
Rejoice Shampoo Anti- Hairfall
RM17.90
Syampu Rejoice Anti-Hairfall menjadikan rambut anda bebas kusut dan harum. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan formula detangling yang disertakan dengan Olive Essence yang mengurangkan rambut gugur pada setiap cucian, menjadikannya lembut dan tersusun rapi sehingga 48 jam. Ia turut disertai bersama dengan nota bunga magnolia untuk wangian yang tahan lebih lama.
Arahan Penggunaan: Pastikan rambut basah. Sapukan syampu pada kulit kepala dan rambut. Urut lembut pada kulit kepala. Bilas sehingga bersih.
Pantene Shampoo Hair Fall Control
RM29.90
Syampu Pantene Hair Fall Control ini membantu mencegah rambut daripada rosak sekaligus mengurangkan rambut gugur. Jika rambut anda telah rosak, rambut menjadi berongga dari masa ke masa. Hal ini melemahkan lagi struktur dalamannya dan menjadi punca utama kepada rambut rosak. Oleh itu, produk ini diformulasikan dengan Pro-V dan Keratin Damage Blockers, di mana ia membantu dalam meningkatkan pengekalan struktur protein yang kuat dari pangkal hingga ke hujung rambut. Ia turut menguatkan bahagian dalam rambut serta menembusi dan membantu mengisi bahagian rambut yang berongga.
Rejoice Anti Dandruff 3-in-1 Shampoo
RM13.20
Syampu Rejoice Anti Dandruff ini mempunyai tiga fungsi di mana ia mampu melawan kelemumur, mengurangkan rambut gugur sekaligus menyegarkan kulit kepala dengan hanya satu cucian. Ia menjadikan rambut anda lebih lembut dan mampu bertahan sehingga 48 jam. Ia disertai dengan Menthol untuk sensasi segar di samping menyejukkan kulit kepala. Untuk kesan yang terbaik, gunakan bersama perapi Rejoice.
Arahan Penggunaan: Basahkan rambut terlebih dahulu. Kemudian, sapukan syampu dan urut kulit kepala dengan lembut. Bilas sehingga bersih.
Sunsilk Hair Shampoo Anti Dandruff
RM9.74
Sunsilk Hair Shampoo Anti Dandruff ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah rambut kelemumur. Produk ini dirumus eksklusif dengan Zinc Pyrithione, berfungsi untuk mengeringkan kulit kepala dengan lembut, menghilangkan kelemumur dan menjadikan rambut lembut untuk disentuh. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan secara berkala.
Arahan Penggunaan: Tuangkan syampu ke atas tapak tangan anda, kemudian sapukan ke rambut secara merata, urut dengan lembut, dan bilas sehingga bersih.