Serum Vitamin C adalah vitamin yang mempunyai anti-oksidan untuk mengurangkan garis-garis halus pada wajah dengan merangsang penghasilan kolagen, mencerahkan kulit anda dan menghalang proses pigmentasi yang berlebihan.
Ia juga melindungi kulit anda daripada terdedah dengan elemen penuaan, persekitaran dan merawat kulit yang rosak akibat sinaran UV. Serum Vitamin C mempunyai kensistensi dalam bentuk gel atau cecair yang boleh digunakan pada kulit wajah memberikan rasa segar dan awet muda.
Caidiou Serum
RM116.00
Caidiou fokus pada penyelidikan mengenai ciri unik kulit wanita dan mengembangkan produk penjagaan kulit wanita yang sesuai yang dibuat dari bahan tumbuhan semula jadi berkualiti tinggi. Ianya boleh digunakan di bahagian leher, muka, dan di lingkaran mata. Ia mengandungi Vitamin C bagi merangsang pengeluaran kolagen yang menjadikan kulit anda lebuih cerah dan bertenaga, lebih segar dan menampakkan lebih awet muda. Vitamin C juga dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di muka.
Breylee Vitamin C Serum
RM25.90
Breylee Vitamin C Serum berfungsi mengurangkan pengoksidaan dan mengekalkan kecerahan wajah. Esen makromolekul VC dapat disimpan di permukaan kulit untuk membentuk lapisan pelindung yang melindungi kulit dari segala jenis kerosakan. Kulit menjadi lebih cerah dan masalah kulit kering dapat diatasi. Produk ini mengandungi Vitamin C molekul kecil dengan aktiviti yang tinggi, dengan perlindungan antioksidan dan dapat mencegah pembentukan melanin. Ia juga dapat mengembalikan kesihatan kulit, meningkatkan metabolisme kulit dan mengaktifkan sel-sel kulit yang rosak sehingga dapat mengembalikan keanjalan.
By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5% Advanced Serum
RM99.00
Produk By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5% Advanced Serum dispesifikasikan dengan formulasi yang dapat mengoptimumkan lebih banyak kesan baik walaupun dengan ramuan yang mudah. Advanced Serum ini telah direkaubah untuk kesan lebih hebat dengan penghidratan dan penyerapan tanpa rasa melekit. Ia mengendurkan dan mengembalikan keseimbangan untuk mengisi dan mengekalkan kelembapan pada kulit dengan 21.5% vitamin C tulen yang optimum. Produk ini sesuai digunakan untuk kulit wajah normal, kusam, kering mahupun sensitif. Hal ini kerana produk ini dapat merawat jerawat, bintik-bintik gelap, tekstur kulit tidak sekata dan banyak lagi.
Kate Blanc Cosmestics Vitamin C 20% Serum
RM89.00
Serum Vitamin C Kate Blanc ini dijamin berkesan dan penuh dengan vitamin untuk wajah dan kawasan mata. Ini juga dilengkapi dengan asid hyaluronik dan vitamin E. Hasil yang terbukti untuk melembutkan kulit dan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus, memberikan penampilan yang berseri dan bertenaga. Vitamin C Serum boleh digunakan dengan pelembap untuk hasil maksimum. Ia dapat melawan tanda-tanda penuaan dan membantu mengurangkan keriput, garis-garis halus, warna kulit yang tidak rata, bintik-bintik gelap dan bintik-bintik matahari,
Trilogy Vitamin C Booster Treatment
RM149.95
Produk Trilogy Vitamin C Booster Treatment merupakan produk kecantikan yang baru diaktifkan dengan vitamin C, asid hyaluronik dan bunga daisy. Ia dapat menghidrat dan menghaluskan kulit dengan bantuan asid hyaluronik dengan lebih mendalam dan mengandungi anti-oksidan untuk mencegah kerosakan pada kulit. Produk ini juga memiliki anti-oksidan dari ekstrak super ceri acerola dan schisandra yang membantu melindungi kulit dan mengandungi lidah buaya, minyak rosehip dan ginseng untuk menyuburkan dan meningkatkan kesegaran kulit secara menyeluruh. Ia juga mengandungi Vitamin C untuk dalam mencerahkan kulit wajah agar kelihatan lebih berseri.
Garnier Skin Naturals Light Complete Vitamin C
RM73.80
Garnier Skin Naturals Light Complete Vitamin C Serum mengandungi vitamin C yang mencerahkan warna kulit anda dengan mengurangkan bintik-bintik gelap, bintik-bintik jerawat dan memulihkan kerosakan daripada sinar UV matahari. Serum ini turut mengandungi ekstrak Yuzu Lemon yang dapat diserap masuk ke dalam kulit yang menjadikan kulit menjadi lebih cerah dan anda dapat melihat kulit wajah menjadi lebih cerah hanya dalam masa 7 hari sahaja. Formula ini ringan dan cepat menyerap untuk kulit normal dan berminyak. Produk Garnier ini boleh digunakan untuk kesemua jenis kulit. Produk ini diujikan secara ermatologi dan disahkan Hhalal.
Wishtree Multi Vitamin Brightening Serum
RM130.00
Wishtree Multi Vitamin Brightening Serum adalah serum anti-oksidan yang kuat dengan gabungan Vitamin B3, B5, C dan E yang penting untuk mencerahkan warna kulit kusam, mengurangkan bintik-bintik gelap, memperbaiki liang pori dan meningkatkan tahap penghidratan untuk kulit berseri. Hasilnya adalah kulit yang lebih halus, lebih cerah dan bercahaya. Vitamin B3 & C Jepun adalah anti-oksidan kuat yang diuji secara klinikal untuk mencerahkan kulit, mencerahkan bintik-bintik gelap dan mengecilkan liang pori, sambil meningkatkan sintesis kolagen untuk kulit yang kelihatan berseri dan awet muda.
Laikou California Vitamin C Serum
RM8.50
Laikou California Vitamin C Serum mengandungi Vitamin C bermolekul kecil yang beraktiviti tinggi. Ia mengandungi anti-oksidan untuk menghilangkan bintik-bintikhitam dan mencegah pembentukan melanin. Dengan khasiat sebagai pemutihan dan mencerahkan warna kulit, ia dapat mengembalikan kesihatan kulit yang rosak sehingga dapat mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit. Bahan yang digunakan ialah Vitamin C, ekstrak Tremella dan asid yyaluronik. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Sebelum menggunakannya, amatlah disarankan untuk pemilik kulit sensitif untuk menguji produk ini di belakang telinga sebelum menggunakannya.
Annona Vitamin C Serum
RM219.00
Vitamin C Serum Annona ini mempunyai kepekatan nutrien bahan aktif yang tinggi berbanding pelembap. Serum Annona mengandungi ekstrak delima yang menjadikan pipi akan kelihatan kemerah-merahan apabila digunakan. Kulit anda akan menjadi lembut dan bekas jerawat atau jeragat akan pudar. Produk ini tidak berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit dan tidak berbau. Kelebihan Vitamin C Serum Annona ialah ia tidak mengandungi alkohol, paraben, pewarna dan wangian artifisial dan merupakan produk yang halal dan boleh dipercayai.
Vibrant Glamour Vitamin C
RM78.00
Perincian produk Vibrant Glamour ditambah dengan
Vitamin C dapat meningkatkan keanjalan kulit dengan berkesan, menyediakan bahan berkhasiat untuk kulit, mudah menyerap, menyuburkan kulit, memperbaiki kulit kasar, mencerahkan warna kulit, mengecilkan pori, dan memperbaiki garis-garis kering dan garis-garis halus kulit, Ianya sesuai digunakan untuk kesemua jenis kulit. Jika mempunyai kulit yang sensitif, sila uji terlebih dahulu di bahagian dalam lengan sebelum menggunakannya.