Produk Shaklee kian dikenali ramai kerana produknya dilihat sangat berkesan untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan mereka. Pelbagai Dietary Supplement boleh didapati di Shaklee dan pastinya mempunyai sijil halal yang terkini. Ini merupakan 8 produk Shaklee dan alternatifnya yang anda boleh cuba seisi keluarga.
Shaklee VIVIX
RM368.00
Dengan anti oksidan yang tinggi, membantu memberikan tenaga pada tubuh badan, selain menjadikan kulit cantik dan awet muda, mengawal paras gula dalam darah, merawat luka dan membuang toksin badan. Badan anda akan jadi lebih segar dengan pengamalan VIVIX daripada Shaklee ini.
Glamo Herbs Original Minuman Botani
RM118.00
Minuman botani GlamoHealth merupakan satu minuman dan mempunyai pelbagai fungsi khas yang membantu memecahkan batu karang seawal 7 hari.
Minuman botani GlamoHealth, Village Formula dapat mengatasi masalah seperti memecahkan batu karang, mencuci sistem perkumuhan, mengatasi kencing tak lawas dan membantu melegakan penyakit pedih ulu hati.
Shaklee ESP
RM159.00
ESP Shaklee membantu mengurangkan masalah gastrik anda dengan pengambilan pada waktu pagi dan tengah malam. EBM dihasilkan menjadi kulit, rambut dan kuku bertambah cantik.
Nutrilite Soy Protein Drink
RM136.50
Minuman Protein Soya Nutriliteâ„¢ yang diperbuat daripada sumber semula jadi dan bukan GMO ini mengandungi adunan tiga gandum, soya dan protein pis yang unik lagi berkualiti tinggi. Selain tanpa perisa tiruan, pengawet atau pewarna yang ditambah, Minuman Protein Soya Nutriliteâ„¢ ini juga tanpa laktosa, mesra vegetarian (bagi mereka yang mengambil produk tenusu), rendah lemak dan rendah kolesterol.
Shaklee Omega Guard
RM130.00
Membantu mengurangkan batuk berkahak. Diperkaya dengan omega 3, DHA dan EPA yang membantu perkembangan dan menghubungkan sel otak anak anda. Ia juga membantu mengawal kolestrol serta mengurangkan selera makan.
Nature’s Bounty Omega-3 Fish Oil
RM108.00
Mengandungi asid lemak Omega-3 termasuk EPA dan DHA, ia baik untuk mengawal tahap tekanan darah, kesihatan sistem kardiovaskular serta peredaran darah. Nature’s Bounty menggunakan minyak ikan yang diperolehi dengan cara yang mesra ekologi dari Peru yang mempunyai piawaian yang ketat. Minyak ikan ini disalut agar dapat meminimumkan rasa hanyir ikan dan cukup kecil untuk memudahkannya untuk ditelan.
Sustained Release Vita-C Plus
RM97.50
Pengambilan membantu kulit anda bertambah berseri, menghilangkan masalah jerawat serta meningkatkan imun badan menentang penyakit. Tiada lagi masalah resdung dan gatal hidung.
Blackmores Vitamin C
RM35.70
Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara semulajadi. Ianya hanya didapati dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Untuk suplemen Vitamin C yang terbaik, pilihlah Blackmores.
Tiada garam tambahan, yis, gluten, gandum, susu, pengawet, pewarna tiruan dan pemanis di dalam suplemen vitamin C ini. Bahan aktif dalam suplemen ini mungkin akan memberi kesan sampingan kepada seseorang invidividu. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.
Shaklee OsteMatrix
RM61.20
Selain mengurangkan masalah sengugut, Ostematrix dariapda Shaklee ini juga sesuai untuk merawat masalah gastrik anda. Ia juga membantu merawat sakit belakang, sakit sendi dan lutut.
Swisse Ultiboost Calcium & Vitamin D
RM53.00
Simptom dan kesan penyakit osteoporosis boleh dikurangkan dengan pengambilan suplemen. Suplemen Swisse Ultiboost Calcium & Vitamin D membantu menyokong kesihatan tulang dan gigi serta memberi sumber kalsium yang menghalang dan merawat penyakit osteoporosis. Produk ini tidak mengandungi sebarang tambahan laktosa atau gluten.
Shaklee Vita-E Complex
RM156.20
Membantu sebagai ikhtiar untuk hamil, Vita-E Complex menjaga sistem reproduksi lelaki. Di samping itu, membantu memudarkan parut dan jeragat malah merawat masalah tumit pecah.
Eurobio Bio-Natural Vitamin E Plus Selenium
RM45.00
Vitamin E dalam jenama ini ialah d-alpha Tocopherol iaitu bahan semulajadi yang mempunyai khasiat untuk para lelaki. Ianya dapat mencegah kanser Prostat, meningkatkan kadar penghasilan air mani, memberi tenaga dalaman dan juga sesuai untuk individu aktif bekerja bagi mengurangkan stres. Vitamin E ini diperbuat dengan vegicaps yang sesuai untuk vegan kerana ianya bebas daripada bahan kimia merbahaya serta cruelty-free.
Shaklee Collagen Powder
RM298.00
Collagen Powder Shaklee yang mudah diserap oleh badan, membantu memberikan kolagen tambahan untuk kulit, kuku, rambut dan sendi anda. Kulit bertambah anjal, dan tiada lagi masalah sakit sendi, rambut bercabang atau kuku rosak.
Joymix Pure Collagen Powder
RM70.00
Kolagen dari Joymix ini mengandungi 200,000mg kolagen yang bebas perisa tambahan, pewarna tiruan dan bahan pengawet. Ianya dapat membaikpulih kerosakan pada kulit anda dan mengurangkan penampilan kedutan serta garis halus.
Kolagen terkenal dengan bahan yang dapat menguatkan tulang, otot dan rambut anda agar tidak mudah gugur atau rapuh. Produk ini mampu meresap ke dalam lapisan kulit dan tidak ada bau ‘fishy’ yang memudahkan anda untuk mencampurkannya dengan minuman lain.
Bebas daripada bahan kimia merbahaya, minuman kolagen ini selamat untuk diamalkan setiap hari. Bahan yang terkandung adalah daripada 100% hydrolized marine collagen iaitu bahan terbaik untuk membaikpulih kulit dan memberi penampilan awet muda.
Shaklee Lecithin
RM55.00
Pengemulsi lemak yang membantu menghalang lemak daripada melekat pada pembuluh saluran darah, di samping menyingkirkan lemak daripada badan. Malah lecithin Shaklee ini membantu ibu daripada masalah bengkak susu. Lecithin juga meningkatkan fokus serta daya ingatan anda.
Vitahealth Lecithin 1200mg
RM83.00
Lecithin ni sendiri adalah lemak atau dikenali sebagai pengemulsi semulajadi. Bertindak dengan melekat pada lemak yang menyebabkan lemak terapung dalam darah dan akhirnya menghalang lemak melekat pada membrane. Tubuh manusia tidak menghasilkan lecithin tetapi sangat memerlukan lecithin. Antara sumber lecithin ialah kuning telur, jagung dan soya.