Simple adalah jenama produk penjagaan kulit yang mengutamakan produk yang lebih lestari, lebih beretika, lebih semula jadi, dan sentiasa bebas daripada penggunaan bahan kimia berbahaya. Produk Simple sama sekali tidak menggunakan bahan pewarna mahupun bahan kimia sebagai bahan dalam pengeluaran produk mereka. Simple hanya menggunakan bahan-bahan yang telah memenuhi kriteria keselamatan yang ketat, produk mereka sesuai digunakan walaupun kulit yang paling sensitif.
Simple Water Boost Cleansing Micellar Water
RM23.92
Simple Water Boost Micellar Water berkesan membersihkan dan menghilangkan kekotoran dan solekan serta dapat menenangkan dan melembabkan semula kulit yang kering. Produk ini bersifat ringan dan dapat membersihkan segala kesan solekan dan kotoran dari kulit tanpa mengeringkan kulit atau mengetatkan kulit wajah. Ringan pada kulit, gelembung pembersih misel cukup pintar untuk menarik dan mengangkat solekan dan kotoran dari kulit anda tanpa membiarkannya kulit berasa kering atau ketat.
Garnier Pure Active Micellar Cleansing Water
RM23.10
Garnier Pure Active Micellar Cleansing Water adalah kaedah mudah untuk menghilangkan solekan, membersihkan kulit, kawasan mata dan bibir dalam 1 langkah tanpa perlu dibilas. Sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan sensitif. Seperti magnet, agen pembersih menangkap dan menghilangkan kotoran, solekan dan sebum yang berlebihan dari kulit. Diperkaya dengan agen pembersih, ia membantu melawan kotoran yang degil. Kulit terasa segar tanpa perlu menggosok muka untuk membersihkan dan menghilangkan solekan.
.
Simple Kind to Skin Refreshing Facial Gel Wash
RM17.90
Kebaikan Produk:
- Dapat membersihkan solekan, kotoran dan kekotoran lain sehingga kulit anda terasa bersih, segar dan dihidupkan semula.
- Dibuat daripada bahan-bahan yang menyihatkan kulit, mengandungi Triple Purified Water dan vitamin untuk membantu menyuburkan kulit dan bebas daripada kegatalan.
- Sangat sesuai untuk kulit sensitif.
- Tidak mengandungi warna atau pewarna, tidak mengandungi sabun dan tanpa minyak wangi buatan.
- Diuji secara dermatologi dan diluluskan.
Cosmoderm Q10 Gentle Cleansing Milky Foam
RM21.90
Pembersih muka ini adalah berasaskan losyen susu, larut air tanpa sabun dan khas untuk kulit kering atau sangat sensitif. Formulasi tanpa sabun yang membersih tanpa mengeringkan lapisan perlindungan kulit. Melarutkan segala kotoran dan mekap agar mudah bersih. Kulit rasa bersih, lembut dan lembap selepas dibilas dengan air.
Kelebihan produk:
- Sistem pembersihan yang lembut dan mampu membersih tanpa mengeringkan kulit wajah.
- Kulit rasa lembut dan licin.
- Membantu mengekalkan lapisan perlindungan luar kulit.
Simple Soothing Facial Toner
RM18.50
Toner muka ini mengandungi campuran ramuan seperti Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel, dan Allantoin. Toner wajah ini sangat sesuai digunakan selepas mencuci muka dan sebelum mengaplikasikan produk penjagaan wajah yang lain untuk menghilangkan kesan kotoran dan solekan dari kulit wajah. Soothing Facial Toner ini sangat sesuai walaupun untuk kulit sensitif kerana tidak mengandungi minyak wangi atau pewangi tiruan, dan tidak mengandungi bahan kimia keras yang dapat menjejaskan kulit.
Safi Rania Gold Toner
RM15.58
Toner Safi Rania Gold ini diformulasikan dengan Nano Gold 24K dan nutrien madu. Rangkaian penjagaan kulit pencegahan penuaan yang berkesan yang menggabungkan Bio Nano Gold 24K dan Silk Protein untuk merangsang sintesis kolagen dan juga mengunci kelembapan pada lapisan kulit. Kesannya, kulit anda lebih lembut, cerah dan awet muda.
Kelebihan produk:
- Mengetatkan liang dengan Air Mawar.
- Menyingkirkan residu dengan lembut.
- Bebas alkohol dan tidak melekit.
- Mengecilkan liang pori dan menanggalkan sisa kotoran sambil meninggalkan haruman mawar.
Simple Kind to Skin Hydrating Cleansing Oil
RM40.35
Simple Hydrating Cleansing Oil adalah pembersih yang lembut, menenangkan dan berkesan untuk menghilangkan solekan dan membersihkan secara mendalam tanpa merengsakan kulit. Dibuat dengan 100% minyak biji anggur semulajadi, tekstur ringan dan diperkaya dengan vitamin penyegar kulit agar kulit bersih, terhidrat dan lembut. Mudah dibilas tanpa meninggalkan kesan berminyak. Tidak mengandungi pewarna dan tiada minyak wangi buatan yang boleh menjejaskan kulit, menjadikannya sempurna untuk kulit sensitif. Diuji secara dermatologi dan diluluskan.
Laneige Perfect Pore Cleansing Oil
RM27.00
Pembersih muka berasaskan minyak ini mengandungi minyak kelapa dara semula jadi yang menjadi ejen pembersih yang mempunyai keupayaan untuk menanggalkan solekan yang tebal dan kalis air. Ia juga mengandungi ekstrak mugwort yang menjadi agen perangsang semula jadi yang membersihkan liang. Pencuci muka berasaskan minyak ini bukan sahaja dapat melunturkan pemakaian solekan pada wajah, tetapi juga berupaya membersihkan liang-liang pori daripada kekotoran sisa solekan, menghilangkan komedo dan sebum berlebihan. Produk ini juga mengandungi campuran bahan yang membantu menyerap minyak berlebihan pada wajah iaitu Aloe, Lavender, Lemon Verbena, Chamomile, Centella dan Marshmallow.
Simple Kind to Eyes Revitalising Eye Roll-on
RM21.00
Simple’s Revitalizing Eye Roll-On mengandungi gel mata yang diformulasikan daripada ekstrak timun dan kebaikan vitamin untuk mengurangkan bengkak dan menghidupkan kembali mata yang letih setelah bangun daripada tidur. Mengandungi tiga nutrien untuk kulit iaitu ekstrak timun untuk menyegarkan dan menghidupkan semula, Gliserin untuk menghidrat dan menyuburkan, dan ekstrak Lupin untuk mengurangkan bengkak mata. Tidak mengandungi sebarang wangian, bebas daripada bahan kimia yang berbahaya, dan tidak mengandungi ramuan yang berasal daripada haiwan.
Cosmoderm Eye Treatment Gel with CoQ10
RM26.50
Gel rawatan ini diperkaya dengan Co-Enzyme Q10, kolagen, dan ekstrak tumbuhan yang menenangkan untuk mengurangkan lebam bawah mata, kantung mata, dan garis-garis halus pada kawasan mata. Menenangkan dan menyegarkan kawasan di sekitar mata Meningkatkan keanjalan struktur kulit sambil mengurangkan kejadian lingkaran hitam. Teksturnya yang halus , tidak berminyak, mudah diserap untuk melembapkan epidermis. Meningkatkan peredaran kulit yang halus di bawah mata untuk mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam. Sesuai untuk remaja hingga dewasa tidak kiralah lelaki atau wanita.