Now Reading
10 Produk Simple Moisturizer dan Alternatifnya

10 Produk Simple Moisturizer dan Alternatifnya

Simple Moisturizer

Kulit yang sihat adalah kulit yang sentiasa terhidrat dan lembap! Jika kulit anda dibiarkan kering dalam jangka masa yang tertentu, proses penuaan akan semakin cepat terjadi. Oleh itu, untuk mendapatkan kulit yang sihat, anda hendaklah bijak dalam mengenal pasti jenis kulit anda dan seterusnya memilih moisturizer yang sesuai. Simple Moisturizer adalah salah satu pelembab yang bagus untuk kulit wajah. Berikut adalah contoh produk Simple Moisturizer dan alternatifnya yang sama berserta keterangan yang mungkin membantu anda dalam memilih moisturizer yang sesuai untuk kulit muka anda.

Simple Hydrating Light Moisturiser

RM21.80

Simple Hydrating Light Moisturizer ini meresap ke dalam kulit dengan cepat dan membantu mengekalkan kulit yang sihat sepanjang hari. Ia diformulasikan dengan campuran khas yang mengandungi Pro-Vitamin B5, Vitamin E, Gliserin dan Minyak Biji Borage. moisturizer Simple ini memberikan peningkatan hidrasi pada kulit juga bertindak sebagai base yang sesuai untuk solekan atau pelembap sebelum tidur. Ia hadir dalam pembungkusan ultra ringan dan fleksibel yang dibuat dengan plastik. Selain itu, produk ini telah diuji dan diluluskan oleh ahli dermatologi. Ia tidak mengandungi pewangi tiruan, tidak ada bahan kimia yang keras, dan bebas paraben.

Safi Hydra Glow Hydrating Water Drop Moisturiser

RM39.90

Safi Hydra Glow Hydrating Water Drop Moisturiser ini adalah pelembap gel krim ringan yang berubah menjadi titisan air yang menghidrat semasa penggunaan. Ia telah disuntik dengan Vitamin B3 yang larut dalam air untuk memulihkan, mengekalkan dan membaiki kelembapan kulit dengan berkesan, meratakan warna kulit dan meningkatkan keanjalan kulit untuk menampakkan kulit kelihatan lembut, terhidrat dan glowing. Pelembap ini telah digabungkan dengan Hydra Aktif Teknologi yang menggabungkan 3 bahan penghidratan yang kuat iaitu: Fermented Rice Extract: meningkatkan cahaya dan ketelusan kulit, Vitamin B5: mengekalkan kelembapan, menguatkan struktur kulit dan mengembalikan kelembutan kulit, dan Asid Hyaluronik: mengunci kelembapan kulit dengan berkesan.

Simple Protecting Moisturiser Cream SPF 30

RM40.50

Simple Protecting Moisturizer Cream SPF30 ini adalah gabungan daripada pelbagai vitamin dan ramuan skin-loving dengan perlindungan SPF untuk memberi penghidratan kepada kulit yang kering, letih dan kusam sambil melindunginya dari sinaran UVA & UVB. Teksturnya yang ringan menyerap ke dalam kulit anda dengan cepat sekaligus meningkatkan kadar kelembapan kulit sehingga 24 jam. Produk Simple moisturizer ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Produk ini tidak mempunyai wangian buatan atau pewarna dan bahan kimia.

Nivea Men Protect & Care Protective Moisturiser SPF 15

RM24.90

Nivea Men Protect & Care Protective Moisturiser dengan SPF15 ini telah diformulasikan dengan Aloe Vera dan Pro-Vitamin B5 yang mampu untuk merawat kulit anda dan melindunginya daripada faktor luaran yang menyebabkan kulit kering. Ia dirumus khas dengan formula tidak berminyak di samping menambah tahap kelembapan kulit anda dengan serta merta. Ia turut membantu melindungi kulit anda daripada sinar matahari dan sinaran UVA dan UVB yang berbahaya. Ia bertindak sebagai pelindung yang serba lengkap dengan SPF15 serta mengandungi Vitamin E dan Pelembap Aktif yang berfungsi untuk melindungi kulit. Ia mencegah kulit kering dan melembapkan kulit secara mendalam dan berpanjangan.

Simple Replenishing Rich Moisturizer

RM61.04

Simple Replenishing Rich Face Moisturizer ini sesuai untuk semua jenis kulit, terutama kulit sensitif. Ia dapat mengunci penghidratan selama 24 jam dengan serta-merta di samping menggandakan penghidratan kulit. Ia telah disuntik dengan bahan-bahan skin-loving seperti Gliserin, Allantoin, dan Bisabolol yang memberi penghidratan, menenangkan, dan dapat menyuburkan kulit anda. Produk Simple ini tidak mengandungi pewangi tiruan atau pewarna dan tidak ada bahan kimia keras yang boleh merosakkan kulit anda.

The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5

RM89.70

Pelembab ini dapat merawat kulit anda dengan kelebihan formula sokongan penghidratan Hyaluronic Acid 2% + B5 dari The Ordinary. Ia menggabungkan Asid Hyaluronik dengan berat molekul rendah, sederhana dan tinggi, rawatan bebas minyak menembusi lapisan kulit yang lebih dalam untuk memberikan penghidratan yang kuat dan tahan lama. Ia juga mengandungi Vitamin B5 yang meningkatkan keberkesanan untuk menjadikan kulit licin, montok dan awet muda. Selain itu, ia turut menghidrat dan menyembuhkan kulit kering dan rosak dengan menstabilkan fungsi penghalang kulit dan mendorong pertumbuhan tisu yang lebih kuat.

Simple Regeneration Age Resisting Night Cream

RM42.36

Simple Regeneration Age Resisting Night Cream ini merupakan salah satu produk Simple moisturizer yang bagus dalam membantu meregenerasikan kulit anda semalaman. Ia mengandungi bahan-bahan skin-loving yang mampu melembabkan kulit anda. Ia dirumus khas dengan ekstrak teh hijau yang berfungsi untuk memerangi penuaan pramatang. Juga mengandungi ekstrak cendawan  dan ginkgo biloba yang berfungsi untuk menghaluskan dan menjana semula kulit. Turut hadir bersama Oat-Beta Glucan dan Allantoin yang menenangkan dan mengurangkan kepekaan dengan lembut serta Shea Butter dan Borage Seed Oil yang memelihara dan mengisi semula kulit yang telah rosak.

L’Oreal Paris Revitalift Anti Aging Night Cream (50ml)

RM71.90

L’Oreal Paris Revitalift Anti-Aging Night Cream ini mampu melawan tanda-tanda penuaan pada 8 zon utama wajah anda. Ia merangsang 8 pengangkat semula jadi kulit supaya pada keesokan harinya anda bangun dengan kulit yang lebih cantik. Wajah juga kembali anjal dan awet muda, kedutan dapat dikurangkan. Ia mengandungi dermalift yang membantu menegangkan semula kulit dengan mengganti semula. Juga terdapat Pro-Retinol A yang terkenal dalam merangsang pembaharuan sel untuk menebalkan epidermis sekaligus mengurangkan kedutan. Hasilnya tompok gelap kelihatan berkurang, tona kulit lebih sekata dan muka tampak lebih segar dan tidak berminyak.

Simple Vital Vitamin Night Cream

RM38.40

Simple Vital Vitamin Night Cream ini dapat memulihkan dan mencantikkan kulit anda sepanjang malam. Ia mengandungi Pro-Vitamin B5 yang membantu memulihkan, melembutkan dan menghaluskan kulit. Juga terdapat Vitamin E yang dapat meningkatkan pembaikan dan perlindungan kulit sementara serta Vitamin F yang berfungsi untuk memperbaharui dan menjana semula kulit. Allantoin & Bisabolol juga hadir dalam menenangkan dan melembutkan kulit anda. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ia tidak mengandungi minyak wangi atau pewangi tiruan dan tidak ada bahan kimia keras yang boleh merosakkan kulit anda. Ia juga telah diuji dan diluluskan oleh dermatologi.

Nivea Q10 Power Anti-Wrinkle + Firming Night Cream

RM41.00

Nivea Q10 Power Anti-Wrinkle + Firming Night Cream ini dapat memberikan kelembapan intensif sepanjang malam, mengurangkan kedutan, menjana semula kulit pada waktu malam dan hasilnya kulit yang tumbuh semula kelihatan lebih muda. Produk ini adalah sejenis krim malam yang memberi penghidratan intensif, turut diperkaya dengan Coenzyme Q10 dan Vitamin A yang membantu kulit tumbuh semula dan memulihkannya pada waktu malam. Formulanya yang ringan dan cepat menyerap meregenerasi kulit semalaman, melawan penampilan garis-garis halus dan kedutan, di samping melicinkan kulit.

error: Content is protected !!