Now Reading
10 Produk Systema di Pasaran dan Alternatifnya

10 Produk Systema di Pasaran dan Alternatifnya

Systema

Systema mengeluarkan produk berus gigi dan ubat gigi yang terbaik untuk gaya hidup yang lebih baik. Systema mencadangkan berus gigi yang dioptimumkan dan disesuaikan untuk pelbagai keadaan dan menjaga gigi dengan berus gigi yang nipis pada semua produk berus gigi yang dikeluarkan. Semua ubat gigi bukan sahaja menjaga keadaan gigi, mencegah nafas berbau dan plak tetapi ia juga membunuh bakteria pada gusi dengan ciri-ciri tambahan. Systema berusaha untuk menawarkan produk yang berkualiti melalui R&D berterusan untuk menjamin kesihatan gigi pelanggan.

Systema Advanced Anti-plaque toothpaste

RM10.90

Ubat gigi Systema ini dirumus khas untuk individu yang mempunyai masalah gigi sensitif dan untuk menjaga kesihatan gusi. Memberus gigi menggunakan ubat gigi ini dapat membantu mengurangkan bakteria gigi dan menggalakkan kesihatan gusi. Ubat gigi anti-plak ini menggunakan teknologi Buster Advance Plaque Jepun yang bertindak untuk memecahkan plak dan membunuh bakteria 99.9% di kawasan yang sukar dicapai di dalam rongga mulut seperti di celah-celah gusi dan gigi. Penggunaan ubat gigi yang digalakkan adalah dengan memberus gigi dua kali setiap hari bagi menjamin gigi yang bersih dan sihat.

Elgydium Anti-Plaque Toothpaste 

RM24.90

Ubat gigi yang mengandungi Chlorohexidine dan Kalsium Karbonat ini dapat mencegah plak gigi, mengurangkan kerengsaan gusi dan ketidakselesaan dalam mulut. Ubat gigi ini juga membantu meningkatkan kebersihan mulut secara harian tanpa merosakkan enamel pada gusi. Ubat gigi ini mengandungi bahan klorhexidine yang digabungkan dengan bahan penggilap, bahan pemulihan mineral, dan karbonat kalsium untuk kebersihan mulut harian yang optimum.  Ubat gigi ini juga menyediakan sensasi yang segar selepas memberus gigi. Keberkesanan ubat ini terbukti secara klinikal dapat mengurangkan 50% plak pada gigi dalam masa 3 minggu.

Systema Extreme Clean Breath toothpaste

RM8.80

Ubat gigi Systema ini menggunakan teknologi anti-bakteria plak yang termaju dari Jepun. Ia bertindak menghancurkan plak gigi dan menghapuskan 99.9% bakteria di kawasan mulut yang sukar dicapai seperti lapisan bio di dalam poket gusi. Ubat gigi ini mengandungi GK2 yang dapat melegakan gusi. Penggunaan ubat gigi yang digalakkan adalah dengan memberus gigi dua kali setiap hari bagi menjamin gigi yang bersih dan sihat. Manfaat lain bagi produk ini adalah memutihkan gigi, mencegah punca penyakit gusi, menguatkan enamel dan menyegarkan nafas..

Colgate Total Pro Breath Health Toothpaste

RM11.30

Ubat gigi Colgate Total Pro Breath Health memberikan perlindungan keseluruhan mulut selama 12 jam yang berpanjangan daripada pembentukan bakteria. Ubat gigi ini mengandungi formula unik anti-bakteria dengan Teknologi Pengawal Bau yang akan membantu melindungi mulut daripada bakteria yang boleh menyebabkan nafas berbau. Ubat gigi ini bukan sahaja melindungi gigi, malah ia juga dapat melindungi lidah, pipi, dan gusi. Selain daripada memberi kesegaran nafas, ia juga memberi perlindungan kaviti, menyingkirkan plak, dan menjaga gusi daripada jangkitan bakteria.

Systema Toothbrush Activated Charcoal

RM11.90

Systema telah memperkenalkan berus gigi bulu Super-Tapered 0.02mm yang diformulasikan daripada arang. Proses pembuatan berus gigi dengan pengakitfan Binchotan Charcoal menjadikan berus gigi mempunyai sifat penyerapan yang kuat, permukaan yang halus, sangat berliang untuk menarik dan menyerap kelembapan yang menjadikannya kering lebih cepat untuk menghalang pertumbuhan bakteria pada berus gigi. Berus gigi arang ini bersifat anti-bakteria kerana berusnya yang sangat nipis menghalang kelembapan seterusnya menghalang pertumbuhan bakteria pada berus gigi. Berus yang nipis ini juga memudahkan penyingkiran plak pada kawasan yang sukar dicapai dalam rongga mulut.

COLGATE SlimSoft Charcoal Toothbrush

RM15.90

Colgate Slim Soft Charcoal dengan bulu arang mempunyai diameter hujung bulu berus yang kurang daripada 0.01mm untuk membantu membuang bakteria dengan lebih berkesan. Berus bulu arang yang sangat nipis dapat membersihkan secara mendalam di antara celah-celah gigi dan celah-celah gusi dengan lembut. Hujung bulu berus yang tirus dan lembut direka khas untuk membersihkan sisa-sisa makanan dan plak pada gigi yang berada di hujung rongga dengan lebih berkesan. Berus gigi yang lembut ini dapat membersihkan gigi dengan lembut tanpa mencederakan gusi.

SYSTEMA Special Needs Toothbrushes – Sensitive

RM23.75

Berus gigi khas gigi sensitif ini dikeluarkan dengan bulu berus ultra lembut convex untuk menjamin pembersihan gigi yang lebih berkesan walaupun pada gigi sensitiv. Hujung berus yang berukuran 0.02mm ini dapat menembusi ruang antara gusi dan di antara gigi yang paling sukar dicapai untuk menyingkirkan sisa makanan dan plak. Berus gigi sensitif ini dihadirkan dengan pemegang getah sepenuhnya untuk memberi pengguna cengkaman yang baik untuk mengawal tekanan semasa memberus gigi. Ia dapat membantu mengawal tekanan dan melegakan tekanan pada gigi sensitif dan gusi bengkak yang bengkak.

Sensodyne Sensitivity & Gum Toothbrush

RM9.90

Berus gigi Sensodyne Sensitivity & Gum Toothbrush adalah berus gigi lembut dan padat yang direka khas untuk orang yang mempunyai gigi sensitif. Berus gigi Sensodyne ini menampilkan filamen bulat lembut untuk membantu mencegah kerosakan gusi. Leher berus gigi yang nipis mampu memberus ke semua kawasan mulut termasuk kawasan yang mudah dicapai dan pemegangnya menyediakan cengkaman yang selesa. Berus gigi yang lembut ini dapat mengurangkan tekanan pada gusi yang sensitif ataupun gusi yang bengkak ketika sedang memberus gigi.

SYSTEMA Enhanced Clean Toothbrushes – Spiral

RM21.35

Berus gigi yang dipertingkatkan Systema ini dapat menghilangkan plak 40% lebih banyak tanpa perlu memberus gigi dengan kuat atau keras. Berus gigi ini dikeluarkan dengan bulu berus lingkaran heksagon. Ia mempunyai 6 sisi tajam untuk mengikis plak dengan lebih berkesan dan hujubg bulu berus berukuran 0.02mm dapat membersihkan gigi secara lebih mendalam walaupun pada bahagian gigi yang sukar dicapai. Berus gigi yang lembut dan halus ini dapat membersihkan gigi tanpa melukakan bahagian gusi dan menyebabkan gusi berdarah.

Darlie Spiral Clean Toothbrush

RM5.04

Berus gigi lingkaran dengan bulu berus teknologi Jerman yang berpatenkan ini mempunyai reka bentuk heksagon ynag unik di bahagian setiap bulu berus. Ia terbukti secara saintifik dapat memberikan kesan pembersihan yang lebih baik di bahagian celah gigi dan di sepanjang garis gusi. Bulu berus gigi yang berukuran kurang daripada 0.01mm ini dapat mencapai lebih dalam untuk pembersihan yang lebih baik. Berus yang nipis ini dapat mengelakkan daripada kelembapan dan berus gigi cepat kering untuk mengelakkan pembiakan bakteria pada berus gigi.

error: Content is protected !!