Lingkaran gelap di keliling mata ataupun lebih dikenali sebagai ‘panda eyes’ adalah masalah kebanyakan orang sama ada kanak-kanak, muda atau tua. Penyebab utama terjadinya lingkaran hitam bawah mata ialah kurang tidur, tekanan, stres, diet dan keturunan.
Lingkaran hitam bawah mata boleh membuatkan anda tampak lesu dan lebih tua dan untuk menghilangkannya bukan lah mudah – ia memerlukan disiplin ketat seperti mengekalkan diet yang sihat serta tidur yang cukup.
Selain dari mengamalkan gaya hidup sihat, marilah lihat produk-produk yang boleh membantu anda menghilangkan panda eyes dengan cepat.
THE ORDINARY Caffeine Solution 5% + EGCG
RM60.00
Serum ini berfungsi untuk mengurangkan penampilan “panda eyes”, beg bawah mata, dan bengkak di kawasan sekeliling mata. Formula bertekstur ringan ini mengandungi kepekatan kafein 5% yang sangat tinggi, ditambah dengan Epigallocatechin Gallatyl Glucoside (EGCG) dimurnikan dari daun teh hijau membantu pengedaran darah untuk menampakkan kawasan mata yang lebih segar. Sebaiknya, serum ini digunakan dengan pelindung cahaya matahari untuk kesan yang lagi efektif.
SIMPLE Revitalising Eye Roll-On
RM19.80
Ramuan khas seperti Pro-vitamin B5, ekstrak timun, lupin dan gliserin dan esktrak diadun di dalam gel ini untuk membantu menyegarkan mata yang letih. Aplikator “roller” bola yang inovatif mampu mengurut kawasan mata yang lembut memberi sensasi sejuk dan segar dengan segera. Ia telah diuji secara klinikal and terbukti tidak mengandungi wangian, pewarna tambahan serta bahan-bahan kimia yang berbahaya dan menjadikan ia ideal untuk kulit sensitif.
HADA LABO Hydrating Eye Cream
RM70.00
Mengandungi bahan utama – 3 jenis asid hyaluronik untuk menhidratkan kulit lembut di sekitar mata dengan mendalam untuk kelembutan segera. Juga mengandungi ACTIFLOW untuk mencerahkan “panda eyes” dengan jelas dan mengurangkan bengkak. Ekstrak dan minyak Jojoba ditambah di dalam formulasi untuk menghapus garis halus dan penuaan kulit secara berkesan di sekitar kawasan mata. Gel ini bebas dari wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna untuk menyeimbangkan pH dan mengurangkan kerengsaan pada kulit.
GARNIER SKIN NATURALS Light Complete Eye Roll-On
RM30.00
Garnier Light Brightening Eye Roll-On diinsipirasikan dari urutan mata yang terbukti boleh melancarkan peredaran darah di kawasan kontur mata. Sambil anda memutarkan bebola kecil di bahagian mata, anda menerima manfaat efek mata yang lebih segar selain daripada mencerahkan kesan lingkaran hitam atau “panda eyes” dan beg di kawasan mata. Diformulasikan dengan kafein, kontur mata anda dilindungi daripada kesan mata sembap. Saiznya yang kompak juga membolehkan ia dibawa ke mana-mana sahaja.
NUTOX Eye Refiner
RM55.90
Diperkaya dengan ekstrak sarang burung dan ekstrak botani semula jadi, Shadownyl ™, Nutox Eye Refiner meningkatkan kandungan protein untuk penghasilan sel-sel kulit yang baru, memadamkan bertahun-tahun dari mata anda. Formulasi bebas minyak yang tidak melekit memberikan penghidratan yang tahan lama dan secara dramatiknya, mengurangkan garis-garis halus, kedutan, “panda eyes”, dan kesan mata sembap hanya dalam satu minggu. Mempunyai tekstur yang lembut memberi sensasi yang menyenangkan di kawasan mata.
HIMALAYA Under Eye Cream
RM35.00
Himalaya Under Eye Cream dirumus khas untuk memanfaatkan ramuan herba seperti Cipadessa dan Begonia Winter untuk memberi kawasan mata yang lebih sihat. Herba-herba ini dipilih untuk menyahtoksin kawasan mata anda dan mengurangkan kesan mata sembap. Ia terbukti membantu mengurangkan penampilan beg bawah mata, garis-garis halus dan mencerahkan lingkaran hitam di bawah mata. Terima kasih kepada ujian klinikal, anda boleh menikmati keseronokan krim mata halus yang bebas dari bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi seperti paraben, phthalates dan petroleum.
ORIGINS GinZing Refreshing Eye Cream to Brighten and Depuff
RM125.00
Terkenal dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi, krim mata Origins GinZing ini telah diperkaya dengan Panax Ginseng dan kafein untuk menampilkan mata yang lebih segar. Ramuan khas ini membantu untuk memberikan kesan pencerahan di lingkaran hitam di bawah mata serta mengurangkan efek mata sembap terutamanya pada waktu pagi. Ia juga bebas dari bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit seperti paraben, paraffin dan sebagainya. Untuk kesan yang lebih mendalam, anda boleh mengurut krim ini di kawasan mata sebelum tidur.
SAFI RANIA GOLD Krim Kontur Mata
RM20.90
Krim kontur mata Safi Rania Gold dengan Bio Nano Emas 24K dan protein sutera ini ialah rawatan khusus untuk sekitar mata yang sensitif. Krim kontur mata ini juga mengandungi ekstrak madu yang memberikan kelembapan yang berterusan kepada kawasan mata. Ia meningkatkan keanjalan dan menguatkan struktur dalaman lapisan epidermis kulit. Kesannya, krim ini menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis-garis halus dan mampu mengurangkan kesan “panda eyes” dibawah mata anda. Teksturnya yang ringan, namun kaya, mudah meresap bertindak meningkatkan penghasilan kolagen.
INNISFREE Jeju Pomegranate Revitalizing Eye Essence
RM110.00
Diperkaya dengan intipati jus delima segar yang popular untuk merawat lima tanda penuaan kulit – kehilangan kelembapan, seri muka, sinar kulit, keanjalan dan kedutan halus. Asid elagik perahan buah delima Jeju merawat tanda-tanda penuaan kulit yang disebabkan oleh perengsa luaran dan menguatkan daya pertahanan diri kulit untuk kekal sihat. Tekstur gel yang ringan berkesan dengan lembut untuk menegangkan kulit kusam di sekitar mata yang sensitif. Efeknya digandakan dengan aplikator seramik yang unik untuk menumpukan segala khasiat ke kawasan kontur mata.
AHC Ageless Real Eye Cream
RM25.00
Krim mata ini terkenal dengan kandungan kolagen yang tinggi. Diperkaya dengan kolagen Biomimic yang mempunyai saiz 1/300 daripada saiz pori-pori anda; ia diserap ke dalam kulit anda dengan sangat mudah! Juga mengandungi anti-oksidan khas dari AHC, ia membantu menghidupkan semula kulit yang kusam dan letih dan meminimumkan penampilan kedutan dan garisan halus. Dijamin untuk mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata atau “panda eyes” sambil memberikan kelembapan maksimum. Sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan di seluruh muka – kawasan yang sudah menunjukkan tanda-tanda awal penuaan seperti kawasan bibir dan kening.
Penggunaan produk yang betul mampu menghilangkan masalah panda eyes pada sekeliling mata anda. Oleh itu, pilihlah produk yang terbaik agar mata anda sentiasa kelihatan bermaya, wajah kelihatan segar dan juga tidak letih. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.