Now Reading
10 Produk Gillette Terkemuka Di Malaysia Dan Alternatifnya

10 Produk Gillette Terkemuka Di Malaysia Dan Alternatifnya

Gillette

Gillette merupakan produk Amerika yang dihasilkan oleh syarikat multinasional Proter & Gamble yang begitu popular dengan produk penjagaan diri. Produk Gillette merangkumi pisau cukur bukan sahaja untuk golongan lelaki malah juga tidak melupakan keperluan golongan wanita. Krim pencukur juga senang didapati di pasaran Malaysia dan merupakan jenama yang dipercayai. Bilah pengganti pencukur senang didapati dan produknya yang inovatif tidak ketinggalan zaman sungguhpun jenama lama dan klasik.

Gillette Mach3 Extra Comfort Gel Shave 70 G

RM9.90

Gillette® MACH3 Extra Comfort Shave Gel boleh mengekalkan kelembapan yang unggul untuk kulit semasa mencukur. Hanya perlu meletakkan gel pada kulit basah sebelum mencukur untuk menghasilkan busa kaya untuk pencukuran yang sempurna.Bilas selepas mencukur.

Bahan Ramuan: Air, Gliserin, Asid Palmitic, Triethanolamine, Isopentane, Glyceryl Oleate, Asid Stearic , Isobutane, Sorbitol, Hydroxyethylcellulose, Wangian, Mentol

Schick Xtreme3 ​​Men Sensitive Close and Comfortable 2 + 1 Free Razor

RM4.97

Razor Shick Extreme3 Sensitif Close pisau cukur pakai buang kini dengan pegangan tanpa slip yang baru dan dipertingkatkan dengan jalur pelinciran khas yang diformulasikan dengan Aloe Vera. Pisau pakai buang mempunyai 3 bilah yang lentur dan berputar untuk menyesuaikan siri dengan kontur wajah. Dengan ini, pencukuran rapat, terkawal dan selesa dapat dicapai sungguhpun hannya menggunakan razor pakai buang yang menjimatkan.

GILLETTE Foamy Shaver Lemon Lime 175G

RM13.68

Gillette Foamy Lemon Lime mempunyai buih yang banyak dan kelembapan tinggi untuk mencukur dengan selesa. Produk ini sangat mudah digunakan dan sangat popular selama beberapa generasi dahulu sehingga kini. Krim pencukur klasik ini mempunyai aroma segar limau nipis yang menyenangkan untuk pencukuran yang cukup sempurna.

Hanya perlu meletakkan gel pada kulit basah sebelum mencukur untuk menghasilkan buih untuk pencukuran yang sempurna. Bilas selepas mencukur.

BIC Twin Lady 2 Blade Disposable Pouch 5+2

RM8.20

BIC Twin Lady 2 Blade Disposable Pouch 5+2 adalah pisau cukur serba mudah yang direka khas untuk pencukuran yang sempurna dan selesa bagi golongan wanita. Pisau 2 bilah ini menghasillkan pencukuran yang tepat membukitikan jenama pencukuran ini terkemuka di Eropah.

Kombinasi kepala yang langsing dan pemegang ringan yang mudah dikendalikan memeberikan pengendalian kawalan yang hebat juga. Tambahan rekabentuknya yang berwarna-warni agak segar dan menyeronokkan untuk dipakai oleh golongan wanita.

Gillette Mach 3 Men Shaver Turbo Razor Shave Kit Value Kit

RM84.90

Set pelengkap kit ini sempurna dan sangat berbaloi dengan pisau cukur, krim cukur dan pengganti pisau cukur. Siri MACH 3 mempunyai pertahanan yang lengkap dan anti-luka untuk menyediakan keselesaan pencukuran yang terbaik. Krim pencukur MACH 3 yang disediakan mempunyai pengekalan kelembapan yang unggul bagi siri ini. Busa kaya and lapisan ultra pelincir ini menyediakan penyejukan dan keselesaan optimum semasa mencukur.

Guardian Tri-Blade System Razor Cartridge 4’s- Titanium 3

RM10.00

Pencukur Schick Exacta 2 untuk wanita memberikan pencukuran yang mudah untuk menjadikan kulit terasa halus dan lembut. Alat cukur pakai buang ini mempunyai jalur pelindung yang diformulasikan dengan Aloe Vera dan Vitamin E. Ia memberikan peluncuran yang mudah dan membantu mengurangkan kerengsaan berserta dengan pemegang cengkaman getah yang selesa.

Butang tekan bersih juga disediakan untuk pembilasan yang mudah. Pisau cukur dengan 2 bilah nipis disertakan dengan cengkaman getah tanpa licin memenuhi penggunaan golongan wanita juga.

Gillette Daisy Classic 5 Razors Ladies

RM7.90

Setiap produk Gillette Saisy Razor 18-ct mempunyai jalur kelembapan di atas bilah yang dapat memberikan pelinciran dan reka bentuk pemegang memberikan cengkaman yang selamat. Alat pencukur yang berwarna merah jambui pakai buang disediakan dengan penutup yang boleh digunakan semul dan rekabentuk yang sesuai digunakan oleh golongan wanita.

Bilah penukur yang disediakan agak tajam dan perlu dielak disentuh dengan tangan untuk mengelakkan luka dan untuk keselamatan perlu dijauhi daripada kanak-kanak.

Euromax Twin Blade – Disposable Razor Short Handle – Hanger

RM24.00

Euromax Twin BLADE Disposable Razor dengan pemegang pendek sangat ekonomi dan berwarna warni. Pembungkusan hanger sangkut ini sangat sesuai untuk dijadikan set penjualan yang serba mudah dan senang dipamerkan untuk perniagaan runcit dan borong.

Set pencukur ini dalam pek 12 bilah pisau dalam satu hanger sangkut terdapat dalam warna kuning, biru dan hitam. ia juga senang digunakan untuk pencukuran yang halus dan selesa

Gillette Venus Spa Women’s Razor Handle & amp 2 Blade Refills

RM25.50

Produk Gillette Venus Spa mempunyai 3 bilah pencukur untuk kelancaran dan haruman wangi teh putih yang menenangkan hati. Pencukuran yang senang dan mudah digunakan menjadikan pek pencukuran premium ini sangat diminati oleh golongan wanita. Cuma perlu tambahkan air sahaja dan gel pencukur tidak perlu digunakan. Lebih-lebih lagi aroma teh putih yang segar dapat menenangkan deria sensasi.

Untuk penggunaan yang lebih lama dinasihatkan untuk mengeringkan bilah pencukur setiap kali selepas digunakan.

WETELL III PLUS Triple Blade Disposable Razor Pisau Cukur Shaving

RM0.90

Wetell III Plus Triple Blade Pencukur sekali pakai merupakan produk yang paling menjimatkan di kalangan produk yang diperkenalkan. Produk ini sungguhpun murah tetapi masih menggunakan 3 bilah pisau yang serba tahan lama. Jalur pelincir asas yang cuma perlu diaktifkan dengan air juga terdapat pada pisau pencukur ini. Selain itu ia juga mempunyai pemegang ultra grip yang lembut dan mudah digunakan.

error: Content is protected !!