Now Reading
10 Produk TRESemme Dan Alternatifnya

10 Produk TRESemme Dan Alternatifnya

TREsemme

TRESemme adalah jenama produk penjagaan rambut dari Amerika Syarikat sejak tahun 1947. Sebahagian besar daripada kita mungkin tidak pernah mendengar jenama produk ini. Walaubagaimanapun, produk TRESemme telah melebarkan sayapnya di seluruh negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Asia termasuk negara kita, Malaysia. Secara asasnya, jenama TRESemme ini telah mencipta formula yang sesuai untuk pelbagai jenis rambut. Produk-produknya terdiri daripada syampu & perapi, syampu kering, mousse, gel, hair spray, styling spray, krim & susu dan lain-lain. Berikut adalah contoh produk-produk penjagaan rambut yang telah dihasilkan oleh TRESemme dan alternatifnya.

TRESemme Shampoo Scalp Care

RM35.50

Syampu TRESemmé Scalp Care ini telah dirumus khas dengan minyak pokok teh dan ZPTO, ia membersihkan rambut secara mendalam, menenangkan kulit kepala dan mengurangkan rasa gatal. Ia turut menghilangkan kelemumur di samping menyuburkan dan menguatkan rambut serta mengurangkan rambut gugur setiap hari.

Arahan Penggunaan: Sapukan pada rambut basah, urut dengan lembut dan bilas hingga bersih. Arahan Keselamatan: Elakkan daripada terkena mata. Sekiranya bersentuhan dengan mata, bilas dengan air.

Good Virtues Co. Healthy Hair & Scalp Shampoo

RM12.90

Syampu Good Virtues Co. Healthy Hair & Scalp ini diperkaya dengan minyak Habbatus Sauda organik (Minyak Benih Hitam Organik) yang dapat menjadikan rambut kelihatan lebih segar, lembut, licin dan berkilau. Formula pelindung yang digunakan dalam menghasilkan produk ini dilengkapi dengan ekstrak Maca Root semulajadi untuk menguatkan folikel rambut serta membantu mengurangkan rambut gugur. Produk ini juga bebas daripada bahan seperti minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna sintetik, dan tidak diuji pada haiwan.

TRESemme Hair Fall Control Shampoo

RM35.50

Syampu TRESemme Hair Fall Control ini telah dirumus khas dengan minyak Chia Seed dan Amino-Vitamin, ia mampu mengurangkan hingga 98% rambut gugur serta menjadikan rambut 10x lebih kuat. Kebanyakan individu yang mengalami masalah rambut gugur adalah disebabkan rambut yang telah rosak. Oleh itu, ujian makmal telah membuktikan dengan menggunakan syampu TRESemme Hair Fall Control setiap hari, ia mampu melebatkan kembali rambut anda.

Arahan Penggunaan: Sapukan pada rambut basah, urut dengan lembut dan bilas hingga bersih. Untuk kesan yang maksimum, gunakan dengan TRESemme Hair Fall Control Conditioner. Arahan Keselamatan: Elakkan daripada terkena mata. Sekiranya bersentuhan dengan mata, bilas dengan air.

.

Dove Hair Fall Rescue Shampoo

RM29.00

Syampu Dove Hair Fall Rescue ini membantu dalam mengawal rambut gugur dan mengurangkan keguguran rambut yang disebabkan oleh kerosakan. Ia mengandungi Nutrilock aktif yang mempunyai banyak khasiat seperti menguatkan dan melindungi rambut daripada gugur. Ia juga bukan sahaja menyuburkan rambut dari akar sehingga ke hujung malah menjadikan rambut kelihatan lebih lebat. Selain itu, ia juga diformulasikan dari ekstrak Dynazinc dan Grapeseed menjadikan rambut 10x lebih kuat dari akar. Produk ini memberikan kesan dengan kadar segera dan jangka panjang, juga sesuai untuk penggunaan harian.

TRESemme Keratin Smooth Conditioner

RM18.90

Perapi TRESemme Keratin Smooth ini membantu anda untuk memiliki rambut yang lembut setiap hari. Produk ini telah dirumus khas dengan minyak Argan dan keratin. Dengan menggunakan Micro-Conditioning Technology, perapi ini memberi 5 khasiat pada rambut anda dengan hanya sekali cuci. Antaranya ialah anti-keriting dan anti-kusut melembutkan rambut anda agar ia bersinar.

Arahan Penggunaan: Cuci rambut anda dengan syampu TRESemmé Keratin Smooth terlebih dahulu. Kemudian, sapukan perapi TRESemmé Keratin Smooth pada rambut basah dari pangkal rambut hingga ke hujung. Biarkan selama 2-3 minit dan bilas. Arahan Keselamatan: Elakkan daripada terkena mata. Sekiranya bersentuhan dengan mata, bilas dengan air.

Herbal Essences Bio:Renew Repair Argan Oil Conditioner

RM27.90

Herbal Essences Argan Oil of Morocco adalah perapi yang direka khas untuk rambut yang rosak dengan menggunakan bahan-bahan yang diinspirasikan secara semula jadi untuk mebaiki. Apa yang menjadikan minyak Argan baik untuk rambut adalah ia kaya dengan anti-oksidan, fenol, asid lemak Omega-6, karoten, dan vitamin A, C, dan E. Kesannya, ia dapat mengembalikan kelembapan dan rambut menjadi lebih bersinar. Selain itu, manfaat utama menggunakan minyak Argan untuk rambut adalah untuk mengurangkan rambut kerinting atau rambut bercabang. Ia turut menggalakkan pertumbuhan rambut di samping menjadi perlindungan unggul daripada kerosakan persekitaran.

TRESemme Keratin Smooth Hair Shine Anti-Frizz Serum

RM39.50

Produk TRESemme Keratin Smooth System ini diperbuat daripada Keratin dan minyak Marula dari Afrika, ia mampu memberi 5 faedah dalam melembutkan rambut anda. Antaranya ialah melawan rambut keriting, mengurangkan rambut kusut, menjadikan rambut tampak lebih bersinar, menambah kelembutan rambut dan tames flyaways dalam satu sistem sahaja.

Selepas mencuci rambut dengan menggunakan syampu dan perapi, TRESemme Keratin Smooth Shine Serum ini penting dalam membuatkan rambut anda kelihatan lebih lembut dan berkilat. Produk ini direka khas dengan formula tidak berminyak sekaligus menjadikan rambut kelihatan lebih sihat.

L’Oreal Paris Elseve Extraordinary Oil Gold

RM29.99

L’Oreal Paris Elseve Extraordinary Oil Gold serum ini sesuai untuk semua jenis rambut. Ramuan utamanya adalah daripada campuran 6 bunga yang berharga iaitu Marticaria, Lotus, Rose, Chamomile, Flax dan Tiare. Kebaikan serum ini adalah ia dapat mengurangkan rambut kerinting, melicinkan rambut dan menambah sinaran rambut tanpa menjadikan rambut anda kelihatan berminyak.

Arahan Penggunaan: Gosokkan 2 titis di antara tapak tangan anda. Sapukan secara merata pada pangkal dan hujung rambut yang basah atau kering. Serum ini adalah sebagai sentuhan akhir untuk kelembutan rambut dan kilauan rambut. Sekiranya bersentuhan dengan mata, segera bilas dengan air.

TRESemme Volumizing Dry Shampoo

RM6.90

TRESemme Volumizing Dry Shampoo ini mampu membuatkan rambut anda kelihatan segar dan bergaya setiap hari. Produk ini diperkaya dengan sitrus unik dan campuran vitamin memastikan rambut anda kelihatan cantik dan wangi setiap masa. Syampu kering ini turut memberi sokongan kepada rambut anda dalam menghilangkan lebihan minyak, kotoran, dan bau, tanpa meninggalkan sisa yang kelihatan. Size produk ini yang kecil dan ringan juga menjadikan ia sangat convenient dan boleh dibawa ke mana sahaja.

Batiste Dry Shampoo Original (50ml)

RM7.50

Produk Batiste Dry Shampoo ini telah diformulasikan dengan pati “tidak perlu air” berasaskan pati inovatif. Ia memberikan penyelesaian yang cepat dan mudah untuk menghilangkan lebihan minyak di akar rambut serta menghilangkan rambut kusam dan tidak bermaya dengan pantas. Ia sesuai untuk semua jenis rambut. Cukup dengan semburkan, urut dan siap! Terdapat berbagai-bagai jenis variasi rangkaian wangian dan faedah tambahan untuk produk ini.

Arahan Penggunaan: Goncang dengan kuat sebelum digunakan. Jauhkan muncung sekitar 30 cm dari rambut, semburkan ke akar. Urut dengan hujung jari. Berus & gaya.

error: Content is protected !!