Now Reading
10 Produk Kecilkan Pori Yang Berkesan!

10 Produk Kecilkan Pori Yang Berkesan!

10 Produk Untuk Kecilkan Pori Anda Yang Berkesan

Pori yang besar pastinya mengganggu keyakinan anda terutama ketika bergambar kerana kadangkala ia boleh kelihatan dalam gambar yang berdefinisi tinggi. Malah, memakai solekan juga seperti tidak kena kerana bahagian dengan pori besar seperti mengganggu keseluruhan rupa.

Ini justeru boleh merendahkan keyakinan hingga membuatkan anda tidak mahu bergambar terlalu dekat ataupun memakai alat solekan lagi kerana berasa seperti tidak cantik.

Tapi, jangan risau kerana masalah pori besar ini boleh kita tangani dengan penggunaan produk-produk tertentu walaupun ia tidaklah boleh hilang 100%. Jadi, selepas ini anda tidak perlu risau lagi untuk menangkap gambar atau memakai solekan dengan yakin!

Berikut adalah 10 produk untuk kecilkan pori yang anda boleh cuba.

1. Wardah Acnederm Pore Refining Toner

RM11.90

Biasanya, pori yang besar lebih berkemungkinan menyebabkan jerawat kerana adanya pengumpulan minyak berlebihan. Jadi, bagi menangani masalah jerawat, anda haruslah menangani masalah pori dahulu dan produk toner ini adalah sangat sesuai bagi mereka dengan kulit berminyak serta mempunyai masalah jerawat. Ia bebas alkohol, ringan dan diformulasi dengan esktrak Witch Hazel untuk mengecilkan pori dengan berkesan.

2. The Body Shop Tea Tree Pore Minimizer

RM59.00

Dengan formula tea tree dan anti-bakteria, produk ini mengurangkan keradangan di sekitar kawasan dengan pori yang besar. Malah, ia juga merupakan penyelesaian terbaik bagi kulit bercela. Harganya juga agak berpatutan jika dibandingkan dengan produk-produk berkualiti tinggi di luar sana jadi dapatkannya jika anda ingin mencuba produk daripada The Body Shop ini.

3. Benefit POREfressional

RM115.00

Selain mempunyai reputasi baik dalam aspek alat solekan, produk Benefit juga mempunyai produk yang boleh membantu mengurangkan penampilan pori anda. Ia mengawal pengeluaran minyak pada wajah dan bertindah seperti primer atau ‘oil-blotting paper’ untuk memerangkap minyak berlebihan. Jadi, anda hanya perlu menggunakannya pada kawasan dengan masalah pori besar yang kelihatan sahaja.

4. Dickinsons Original Witch Hazel Pore Perfecting Toner

RM42.00

Jika anda mencari produk yang sesuai dengan wajah lelaki, toner ini mungkin menjadi pilihan yang baik. Ia tidak mengeringkan kulit serta menjanjikan kulit yang bersih dan sekata. Malah, dengan kandungan ekstrak Witch Hazel asli, ia membantu mengecilkan pori dan mengawal pengeluaran minyak dan sebum agar kulit anda kekal segar dan bebas daripada kotoran.

5. Fresh Umbrian Clay Mattifying Serum

RM175.00

Walaupun harganya agak mahal, namun serum daripada jenama Fresh ini sememangnya terbaik dalam mengecilkan pori yang besar. Ia direka khas bagi menangani masalah pori bagi kulit berminyak serta yang mudah terdedah kepada masalah jerawat, jadi ia sememangnya berguna dalam menangani masalah anda. Dengan bahan yang bermanfaat, ia menjaga pengeluaran minyak sambil mengekalkan kelembapan kulit pada tahap yang maksimum.

6. Olay Total Effects 7-in-1 Pore Minimizing Toner

RM39.90

Walaupun terdapat banyak produk daripada Olay yang sememangnya berkesan dalam menangani masalah kulit wajah anda, apa kata cuba produk toner ini yang sesuai bagi kulit normal? Ia boleh menyerap dengan pantas ke dalam kulit untuk memberikan anda hasil kulit yang bersih tanpa pori yang kelihatan. Malah, ia juga bebas pewangi jadi ini tidak akan memedihkan kulit.

7. Pure Beauty Pink Pore Toner

RM30.00

Jika anda mempunyai kulit kombinasi, cuba produk toner daripada Pure Beauty ini. Bukan sahaja mempunyai pembungkusan yang menarik, malah ia juga berwarna merah jambu yang mungkin menarik perhatian golongan gadis dan wanita di luar sana. Di samping membantu mengecilkan pori, ia juga mampu menyembuhkan kulit yang meradang. Malah, dalam produk yang sama, anda juga boleh melambatkan proses penuaan kerana ia mengandungi asik laktik yang sememangnya bermanfaat dalam hal itu.

.

8. Dr. Brandt Pores No More® Pore Refiner

RM179.00

Ini mungkin adalah produk paling mahal dalam senarai, namun ia sememangnya mendapat pengiktirafan sebagai antara produk terbaik dalam mengatasi masalah pori besar. Dengan formula teknologi terkini dan esktrak tea tree, ia memudarkan pori besar tanpa membiarkan ia berkumpul dengan minyak. Malah, ia juga mengawal pengeluaran minyak dengan baik terutama di kawasan ‘T-zone’ dengan teknologi anti-keradangan.

.

9. Garden of Eden Natur E Scar Serum

RM41.50

Produk serum ini dikatakan adalah antara yang terbaik dalam mengecilkan pori serta menghapuskan parut jerawat. Diperkaya dengan vitamin E semula jadi, produk ini mampu memudarkan parut. Ia juga menyerap cepat ke dalam kulit, segera menghidrat dan melembutkannya. Jadi, masalah pori anda akan berkurangan dan kulit pun bertambah lembut dan sihat.

10. Aiken Tea Tree Oil Pore Refining Toner

RM12.40

Dengan kandungan Tea Tree, ia boleh mengawal pengeluaran minyak pada kulit yang sekaligus boleh merawat masalah pori besar juga. Jadi, hanya dengan satu produk, anda bukan sahaja boleh mengurangkan masalah jerawat, tetapi boleh juga merawat masalah asalnya iaitu mengecilkan pori yang besar. Harganya berpatutan dan mudah didapati di drugstore berdekatan anda.

SUMBER

www.productnation.co/my-bm/27830/toner-terbaik-kecilkan-pori-malaysia/

www.productnation.co/my-bm/28045/produk-drugstore-kecilkan-pori-malaysia/

www.lipstiq.com/news/44703/6-great-pore-minimizing-must-haves/

error: Content is protected !!